03 June 2011

one minute plz


waktu berjalan terlalu pantas.
terlalu.
terlalu berharga seminit imtihan berbanding di luar imtihan.

betapa gerun hati mengetahui bahawa seminit telah berlalu dan takkan berulang kembali.

betapa debar jantung dalam seminit yang kritikal.
betapa sesak kepala memerah otak.
betapa celaru tangan menulis tulisan.


dan betapa lega seminit setelah selesai semuanya.
dan betapa mudah seminit yang seterusnya kepala berfikir-fikir untuk berehat
sedangkan " فإذا فرغت فانصب ! "

seminit oh seminit.

aku tidak tahu andai ada yang akan menangis kerana seminit-seminit itu.
seminit-seminit yang disesalkan.
aku tidak tahu sampai aku rasa.
betapa berharganya seminit itu untuk sestengah orang.
aku tidak rasa, sampailah seminit itu dihitung untukku.
sampailah seminit itu menyesakkan ku.
sampailah seminit itu mendebarkan ku.

betapa aku tak sedar, seminit2 ku yang telah berlalu, penuh dengan pembunuhan terhadap masa.
seminit2 yang lalu, terlalu kosong untuk ditimbangkan.
seminit2 lalu, terlalu penting untuk seminit2 akan datang.
baru aku rasa, baru aku hargai, baru aku prihatin.
terhadap seminit2 ku.

dan aku berazam, pada seminit2 seterusnya,
untuk ku niatkan keranaNya,
bukan masa untuk berehat yang sia-sia.

‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)


"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).

Promoting: Filem aksi terbaru: Kurtlar Vadisi Filistin @ Valley of Wolves: Palestine 2011, bole download torrent utk dapat resolution HD. subtitle jangan lupa. ;)