28 February 2011

semalu tak lagi menguncup

sekilas aku memandang semalu itu lantas tidak sengaja menyeretkan seliparku ke atasnya.
oh, tidak menguncup.
aku selesaikan kerja menyidaiku kembali.
dan aku kembali kepada semalu itu.
aku pijak. pijak lagi.
mahu cuba eksperimen sekolah rendah.
masih tak menguncup.
adakah semalu sudah 'resistance'?
baka semalu moden kah?
dipijak tak menguncup.
aku pijak lagi.
masih begitu.
mungkin saja teoriku benar.
atau mungkin aku tersalah pokok.
:D



semalu acapkali dikaitkan dengan wanita.
aku petik cerita ini.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu
kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada
di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata
kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat
berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu
ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang
sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang
kecil.

2 comments:

Nur Mawaddah said...

i like it!
em, buat la button like, bleh aku like artikel ni.. hehe

Anisah Shamilah MS said...

nk like jugak!