04 February 2011

perang dengan diri sendiri

aku masih di Dewan Malaysia Abbasiyya Kaherah( DMAK), menanti giliran to be evacuated. hati antara tenang tak tenang, bukan takutkan tentang muzaharat(rusuhan) yg sedang berlaku di Mesir, sebab realitinya kami sudah berada jauh dari kawasan rumah kami, yang bak kata ayu sepelaung dari Tahrir Square, tapi yang lebih aku risaukan ialah yang lebih dekat dengan aku di sini.

budak kecil mengadu tak dpt tidur lena, dan aku tanya kenapa?
"takut Allah turun bala kat bilik ni.."

aku mengadu pada kak naqibah yang sangat2 dirindui, dan dia wajibkan kita berkumpul setiap hari bersama2, jaga tarbiyah kita, fokus dengan yang dah ikut tarbiyah, baca ayat2 Allah hari2 sama2.
katanya inilah masa untuk kita ukur, ukur sejauh mana kita kuat..kalau bawa ke perang ..... mati x?

motivasi, tawakkal, himmah, semangat.

yang tak ikut tarbiyyah tu, buat apa yang boleh.
tapi kena fokus, kepada yang ikut tarbiyyah. susun saff kita.
berkumpul, tapi janganlah sampai orang kata group eksklusif sangat..

kak naqibah minta diri sebentar utk hal penting and BRB,
dan aku memberi ruang utk aku berfikir.

rasa sedikit lega, cuma perlu betulkan niat. yang bila berkumpul bukan niat mahu lari dari bilik semata2, tapi yang lebih utama, mahu kukuhkan saff, mahu kuatkan diri, mahu jaga tarbiyah,

bukan mahu lari dari tanggungjawab, tapi mahu melaksanakan tanggungjawab yang lebih aula dari tanggungjawab tadi.

announcement dah berkumandang. kami dah dapat arahan utk kumpul di dataran DMAK by 3 AM, dari giliran 77-542, (aku no 303), yakni semua pelajar akhawat yg ada di DMAK sejak isnin lepas akan checkout serentak bersama group pasangan berkahwin.


Allhumma la sahla illa ma ja3altahu sahla.

Doakan kami!

No comments: