10 December 2011

Hidayah

2:23 PM 2 Comments
Hidayah Allah itu,
Takkan datang bergolek,
Takkan melutut menagih perhatianmu.

Hidayah itu,
Untuk orang yang mencari,
Dengan segala cita dan cinta,
Dengan segala susah dan payah,
Pada gerak kakinya melangkah,
Pada perah akalnya berfikir,
Pada tulus hatinya menunduk.

Hidayah itu,
Sekali kau merasai kehadirannya,
Sekali ia mengetuk pintu hatimu,
Jangan sekali-kali kau cuba lepaskan genggamanmu,
Jangan sekali-kali kau terfikir untuk bertangguh menerimanya,
Jangan kau teragak-agak untuk merendahkan ego dirimu.

Kerana hidayah itu,
Sekali kau lepaskan,
Sekali kau biarkan ia tergantung tak bertali,
Sekali kau malu untuk bersamanya,
Hidayah itu akan merajuk.
Katanya,
'Dia telah mensia-siakan aku,
baiklah aku pergi kepada orang yang benar-benar mahukan aku.'

Siapa suka orang main tarik tali dengan kita?
Tiada siapa yang suka.
Bosan.
Penantian yang merugikan. Membebalkan perasaan.

Dan Allah itu Maha Melimpah kasih sayangNya.
Andai satu hari nanti,
kau merintih meminta hidayah itu datang,
Meresap ke seluruh pembuluh darahmu,
Merenjat seluruh urat sarafmu,
Menggilai seluruh ruang akalmu,
Dia akan memberi kepada hambaNya yang mencari,
Kepada hambaNya yang Dia kehendaki,
Dan bergembiralah.
Dan jangan kau cuba-cuba lagi mempertaruhkan hidayah itu.


Takut-takut ia takkan datang lagi.
Dan kau yang termangu sendiri.


26 November 2011

Terlalu

6:10 AM 0 Comments
Terlalu banyak aku berfikir
Jari jemari terus bermain
Resah di dada masih tak hilang

Buku lama terselak kembali
Tulisannya sudah banyak yang pudar
Sudah banyak dipadam bekas tumpahan air
Memang aku tak mahu mengenang yang lepas
Namun terbias jua sedikit bekas

Terus ku selak helaian baru
Terus menulis cerita terharu
Terus menari pena biru
Terus, hadapi angin yang datang menderu.

20 November 2011

Warna

11:31 PM 0 Comments
Jika ku tanya pada Merah, sudah tentu Merah menggesaku agar terburu-buru mendapatkan penjelasan, menggelegakkan darah mudaku.

Jika ku tanya pada Kuning, sudah tentu Kuning menyemarakkan egoku, membuahkan kritikan yang pedas dan analisis kritikal, lagak seorang pemimpin.

Jika ku tanya pada Jingga, sudah tentu Jingga menyeru untuk tidak ikhlas, berfikiran cetek, dan terlalu bangga.

Jika ku tanya pada Hijau, sudah tentu Hijau menyuruh aku mengongkong mereka. Bersikap posesif.

Jika ku tanya pada Biru, pasti Biru tidak membenarkan aku memaafkan mereka, keras, dan memenangkan diriku sendiri.

Jika ku tanya pada Merah Jambu, pasti Merah Jambu terlalu emosi, menyangka yang tidak logik, dan tidak matang.

Jika ku tanya pada Putih, pasti Putih terlalu bimbang, dan menyendiri, lalu membosankan mereka dengan perilaku ku.


Jika ku tanya pada Hitam, pasti Hitam menebarkan aura negatifnya, meluahkan kekecewaannya, dan juga pesimis terhadap masa hadapan.




Namun Merah membekalkan tenaga,
Kuning berakal optimis,
Jingga berani mengambil risiko,
Hijau menumbuhkan harapan,
Biru mengukuhkan kepercayaan dan rasa bertanggungjawab,
Merah Jambu mencintai tanpa syarat,
Putih mengadili dengan saksama dan suci, petanda sebuah permulaan yang baru,
dan Hitam melindungi, menyimpan seribu rahsia sendiri, dan gagah.

Aku perlukan semua warna untuk menjadi Super Murobbi.
Kita semua. Saling memerlukan.

emhoho
20112011

27 October 2011

AlQuran untuk kita, tapi kita yang mana satu?

2:52 AM 0 Comments
Saya nak share sesuatu. Sesuatu yang saya dapat dalam usrah saya minggu ini. Saya percaya ahli usrah saya yang lain akan share juga apa yang kami dapat minggu ini, dan masing2 ada point kegemaran masing2, dan ini point yang saya gemar. Banyak sangat yang saya suka tapi saya share satu di sini.

Mari kita buka al-Quran, laman ke 67 Mushaf Resm Uthmani, Surah Ali Imran, ayat ke 138.

Mafhum dari ayat ini, saya tuliskan.
Allah berfirman : 
"Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk SEMUA MANUSIA,
dan menjadi petunjuk dan pelajaran bagi ORANG2 YANG BERTAQWA."

Satu view baru bagi saya, bila membaca alQuran, terutamanya pada ayat ini. Tak perasan pula sebelum ini, yang ayat ini ditujukan kepada dua macam golongan.

Satu, untuk ammatun nas, manusia biasa seluruhnya.
Dan kedua, untuk orang2 yang bertaqwa.

Bezanya manusia biasa mendapat faedah dari alQuran, dengan orang2 yang bertaqwa medapat faedah.

Manusia biasa, bila mereka membaca alQuran, apa yang mereka dapat? Mereka akan dapat ilmu. Ilmu, yang menerangkan tentang segala apa yang mereka tak tahu. Dan menjadikan mereka tahu. Penerangan yang sangat jelas. Dan terhenti setakat itu.

Orang2 yang bertaqwa, sudut pandang mereka berbeza. Mereka tidak membaca alQuran untuk mendapatkan ilmu. Hajat mereka kepada alQuran jauh lebih besar daripada manusia2 lain. Mereka membaca dan mempelajari alQuran untuk diikuti dan DIAMALKAN. Kerana itu, bila kita lihat kepada Generasi Al-Quran yang unik, dari kalangan para salafussoleh (3 qurun terbaik : sahabat-tabi'in-tabi' tabi'in), mereka ini tidaklah menghafal alQuran melainkan 10 ayat, kemudian mengamalkannya, kemudian barulah beranjak untuk menghafal 10 ayat seterusnya. Kerana mereka sangat2 faham yang alQuran itu untuk diamalkan, bukan untuk dicedok ilmunya yang luas kemudian menjadi sosok ilmuan terkemuka, menjadi si petah yang tersembur dari mulutnya hujah2 dari ayat alQuran.
Tidak, bukan sebab itu.

Kerana itu, kalamullah di atas menyebut,

"Inilah (Al-Quran) suatu KETERANGAN yang jelas untuk SEMUA MANUSIA,
dan menjadi PETUNJUK dan PELAJARAN bagi ORANG2 YANG BERTAQWA."

Untuk semua manusia, ia menjadi ilmu, penerangan sahaja.
Tapi untuk orang2 bertaqwa, ia menjadi huda dan mau'izoh.
Petunjuk dan Pelajaran.

Jadi, sudah tentu kita mahu tergolong dari kalangan orang bertaqwa bukan?

Jadi, ubahlah cara kita membaca alQuran.
Maksud saya bukan anda mengubah tajwid menjadi berbilang2 harakat. Meng-idgham-kan mana yang ikhfa'.
Tidak, bukan itu.
Ubah niat kita, ubah tujuan kita membaca alQuran.

Hati kita kena hidup, 
untuk takut kepada Allah, 
dan beramal dengan Al-Quran.

Macam masa exam, cuaknya kita tahap tremors dan peripheral cyanosis, dan kita mampu mengingat segala huruf dan muka surat dalam semua buku2 kita, sebab apa? sebab kita TAKUT.

الخوف تجعل عليك طاقة = Ketakutan membuatkan kamu mampu.

Mampu untuk fokus, mampu untuk ingat semuanya. Mampu untuk melakukan apa yang dituntut.


Begitu juga bila kita mahu baca alQuran, hati kita perlu untuk takut. Takut pada Allah. Takut dengan Hari Akhirat. Takut dengan nasib kita di syurga atau neraka.

الخائف هو الذي يفهم القرءان
Orang yang takut, dia lah yang akan memahami alQuran.

Surah Al-An'am, ayat 51.
AlQuran itu, memang akan jadi satu peringatan, untuk orang2 yang takut kepada pertemuannya dengan Allah kelak.
Kalau kita tak takut, kita takkan rasa apa2 bila baca alQuran.
Mari, kita pupuk rasa takut itu kepada Allah.

Takut bukan bermakna pengecut. Dua perkataan ini tidak synchronize bila kita relatekan dengan hubungan kita dengan Allah.
Kita Muslim, kita singa di siang hari, dan Rahib di malam hari.

-Emhoho, LS-

13 October 2011

Titik tolak

6:33 AM 0 Comments
Tersenyum2 saya membaca blog kak Muharikah. Mungkin saya tidak banyak spend masa bersamanya semasa kedatangan beliau ke bumi Anbiya' ini sewaktu Eid yang lalu, tapi rata2 semua kata2nya sangat valid untuk pendokong2 dakwah di bumi Mesir ini, walaupun tidak sempat bermuayashah bersamanya, kerana masalah yang kita hadapi sama sahaja.

Saya pernah tertanya2, bagaimana ukhti sekian2 mampu berkawan dengan begitu ramai orang, dan menumpahkan kasih sayangnya kepada ramai orang, dalam keadaan saya melihat semua orang yang ditumpahkan kasih sayangnya itu, masing2 kelihatan istimewa setiap masa. Saya pernah tertanya2, bagaimana dia mampu untuk berkongsi cinta, dengan begitu ramai orang? Tidak penatkah kena layan kerenah ramai orang? Bagaimana dia memaksimakan cintanya kepada setiap orang yang didekatinya itu? Saya cuba meletakkan diri saya pada kedudukannya dan saya pula yang rasa lelah, sedangkan saya tidak berbuat apa2 pun. sekadar letak kaki sendiri pada kasutnya. :D

Dan ketika ini baru saya tersedar, yang setiap individu ada cara masing2 untuk menumpahkan kasih sayang mereka. Ada yang melalui perbualan mesra melalui lisan, ada yang melalui tulisan, ym, fb, dan sebagainya.
Berbagai cara untuk kita menembus kepompong privasi mad'u2 kita.

Bukalah hati dia dahulu pada Islam, bukakan hati dia untuk kamu terlebh dahulu. Sebelum hati dia terbuka buat kamu, bukalah hati kamu untuk dia dahulu.
Dan cara kamu dapat buka hati kamu untuk dia, adalah dengan kamu membuka hatimu untuk Allah dahulu.
Dan kamu penuhi dirimu dengan cinta kepada Allah.
Orang yang mencintai ALlah, Allah akan membukakan dan meluaskan hatinya untuk mencintai makhluk yang lain.
Hatinya akan sangatttttttttttttttttttttt luas untuk diberikan kepada semua manusia. Sehingga tidak pernah habis air mata cintanya itu untuk manusia.
itu kerana, dia telah mendapat cintanya dari ALlah, dan hatinya teramat mencintai Allah.
ن الذين أمنوا وعملوا الصالحات سيجعل لهم الرحمن ودا
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal sholeh Allah yang Maha pengasih akan menjadikan untuk mereka kasih-sayang” ( Maryam :4)

 Saya tahu di mana silapnya saya. Saya belum memenuhi diri saya dengan cinta kepada Allah. Tapi saya positif untuk ke arah itu. Saya tidak akan menyalahkan sesiapa, saya tidak akan menyalahkan murobbi saya kalau saya mahu menggunakan hujah yang saya dan rakan2 tidak cukup bahan tarbawi.
Al-Quran itu sudah ada. As-sunnah sudah terbentang semuanya. Manhaj yang asli sudah ada di depan mata saya. Dan internet begitu hebat untuk kita korek segala sumber, yang sahih, untuk kita pelajari. Benar, banyak sungguh alasan yang boleh kita cipta, kalau kita mahu melambatkan diri kita dalam tarbiyah dan dakwah ini, tapi saya percaya kita semua tak mahu berlambat2 dalam mendidik dan mengislah diri kita, sebab kita mahu termasuk dalam kategori orang2 yang berlumba2, berlumba2 untuk ke syurga. Biar serba kekurangan, tapi itu bukan alasan kita untuk melambatkan diri kita, apatah lagi melambatkan perkembangan tarbiyah anak usrah kita.


terima kasih kak, saya paling suka ayat ini.

Berkongsilah walaupun sebaris ayat!
Walau sebaris ayat!
Kamu takkan tahu manakah satu baris ayat yang akan mengubah kehidupan orang lain!

Dan sebab itu saya menulis di tengah malam ini, dengan senyum girang, tanpa rasa terpaksa menulis, atau tersaiko oleh kata2 adik2 yang bertanya2 bila mahu update blog. walaupun terlalu banyak rasanya yang mahu dikongsi, tapi biarlah satu demi satu. biarpun sebaris ayat.

:D

Saya,
-yang memerlukan Allah-


22 August 2011

Safar dalam Ramadhan

4:56 PM 0 Comments
Esok pagi saya sampai Malaysia bersama seorang perfect melancholic, peaceful phlegmatic, dan Seorang yg masih lagi mencari dominannya apa.

Berbuka dan bersahur di 2 lautan.

:)

Allahumma berkati perjalanan kami. Jangan kau lalaikan kami dgn hiburan2 di atas kapal terbg nnt. Dalam Ramadhan yg mulia ini.

Ameen.

مع السلامة.


iPod hoho

18 August 2011

Lain orang

3:44 AM 1 Comments
Lain orang lain ujiannya.
Orang2 di sekeliling saya kebanyakannya sedang diuji.
Cemburu juga saya kerana mereka diuji, sbb saya tahu ujiannya itu untuk membuktikan betapa benar iman yang kita sering laung2 kan itu.
Apa benar iman kita pada Allah atau tidak.
Apa benar tindak tanduk kita itu meletakkan Allah pada tempat yang pertama atau tidak.
Sampai saya berdoa, wahai Tuhan sekalian alam, ujilah aku agar terbukti keimananku yang tiada berbelah bagi ini. Agar kukuh dan terbukti.
Bukti untuk aku masuk syurga dengan lancarnya.
Takut juga kalau2 gagal dalam ujiannya, tapi siapa tahu masa hadapan?
Percaya pada Allah.


iPod hoho

16 August 2011

Kenapa kita sahur?

5:27 PM 0 Comments
Terkocoh2 kami bersegera menyiapkan sahur pagi tadi.
Seorang panaskan dan tambah kuah tomyam, seorang lagi menggoreng telur, seorang lagi membasuh beras untuk menanak nasi. Seorang lagi mendidihkan air dan membancuh Ahmad Tea perisa epal. Seorang lagi menghidang dulang dan nasi baki dari iftor semalam. Ada yang terlalu penat sehingga tertidur terus selepas bulatan gembira kami tamat jam 3 pagi.

Sahur.
Pemerhatianku, kebanyakan hari-hariku asyik terlepas sahur, dan selalunya aku mengambil langkah selamat jika rasa2 tak mampu bangun sahur, dengan bermoreh selepas terawih. Berbekalkan makanan pada waktu berbuka dan waktu selepas terawih, aku rasakan sudah cukup untuk menampung keperluan aku ketika berpuasa esok hari.

Terfikir sejenak.
Eh, aku sahur ni, sebab nak supply tenaga untuk sepanjang hari ke, ke sebab Allah suruh?
Arah mana tujuan sahur ini sebenarnya?

“Dan makan minumlah kalian hingga telah jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam.” (Al-Baqarah: 187)

Hadist Anas bin Malik -radhiallahu ‘anhu- beliau berkata, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan sahurlah kalian karena pada sahur terdapat berkah.” (HR. al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no.770) 

Hadist ‘Amru bin al-’Ash -radhiallahu ‘anhu- beliau mengatakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Pembeda antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur.”
(HR. Muslim no. 770-771, Abu Dawud no. 2343, at-Tirmidzi no. 708, an-Nasa`i no. 2165, Ahmad 4/197 dan 202 dan ad-Darimi no. 1697)

Hadist Abu Sa’id al-Khudri -radhiallahu ‘anhu- dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sahur adalah berkah, makan janganlah kalian meninggalkannya walaupun salah seorang diantara kalian hanya dengan meneguk satu tegukan air. Karena sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang makan sahur.”

(HR. Ahmad 3/12 dan 44)

Hadist Abdullah bin Abbas, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Mintalah bantuan dengan makan sahur dalam pengerjaan puasa siang hari dan dengan tidur siang dalam pengerjaan shalat malam.”

(HR. Ibnu Majah no. 1695 dan al-Hakim 1/425)

Bila digoogle2 dalil tentang sahur, banyak pula yang aku jumpa.
Tak perlu aku sebut tentang fadhilat sahur kerana sudah tentu memang banyak fadhilatnya.

Tapi, kita buat perintah Allah bukan kerana fadhilatnya, tapi sebab Allah dan Rasulullah s.a.w suruh, maka kita buat.
 Contohnya solat berjemaah. "Solat berjemaah mengalirkan cas2 bila bahu bersentuh bahu  bla bla bla...:"
Kita solat sebab tu ke? Tak begitu sepatutnya.
Allah suruh, maka kita 'sami2na wa ata3na.

Jadi aku terfikir tentang ibadah sahur.
Kita bukan sahur untuk mengaut fadhilatnya.
Kita bukan tidak bersahur kerana kita rasa mampu walaupun tak makan sedikit sebelum subuh.
Kita bersahur bukan supaya kita ada makanan dalam perut kita dan ada bekal tenaga untuk hari itu.

Tak, kita bukan bersahur kerana sebab2 sampingan itu.

Kita bersahur sebab Allah dan Rasulullah s.a.w galakkan kita bersahur.
Dan kita mahu pahala sahur itu masuk dalam akaun Ramadhan 2011 kita.
Dan kita akan rasa sangat2 rugi dan sedih bila tak bangun sahur, bukan sebab hari tu kita akan jadi lapar sedikit, tapi sebab bonus sahur kita terlepas gara2 kita lebih rela melayan tidur kita dari berjihad bangun untuk sahur.

Dan aku semakin berjaga2 selepas ini bila terbaca hadith yang menyebut pembeda antara puasa kita dan ahli kitab adalah sahur.


Hmm.. lepas ni, kene betulkan balik niat bersahur tu sebab apa.
Kena sedaya upaya jugak lawan nafsu tidur untuk kejar pahala sahur kalau nak jadi jutawan Ramadhan.


p/s: meriahkan rumah kita kalau semua orang bangun sahur? takdelah pagi2 sebelum subuh tu suram je..

=)