=

1:14 PM أمانينا 1 Comments


Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Mengikut Maslow manusia yang  mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

    • Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain. (akhlaq yang mantap + itsar)
    • Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan. (akhlaq yang mantap)
    • Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular. (aqidah yang sejahtera)
    • Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya. (mujahadah=menguasai diri)
    • Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka. (mampu bekerja=berdikari)
    • Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru. ( can't translate this )
    • Bersikap objektif. (objective-oriented, bukan program-oriented)

1 comments: