30 June 2010

patho vs microbe

3:09 PM 7 Comments

dah habis!

masih ade lagi yang tak habis oral patho saat ini, ada lagi yang tengah selak2 buku depan department, dalam department, tepi bilik menunggu. alhamdulillah dah habis!

saya terlepas pahala redha dari awal, sbb dh geram dulu dgn doktor oral tsebut, tapi tak terlambat kan utk berlapang dada?

saya nampak markah oral saya. dan markah orang2 sblm saya. doktor ni mmg kedekut markah, berpadanan dgn jenis soalan yang ditanya. T_______T

tapi saya terfikir2...........

microbe, saya dapat doktor baik, dan saya yang tak baik, saya tak stadi dengan smart, maka banyak saya lupa. dan paling2 byk pun la markah oral, kalau saya jadi doktor, saya akan bagi sama dengan markah yang saya dapat mase patho tadi. (suggest that i get the same mark in both subject.)

tapi patho, doktor agk cruel, dan tak tolong langsung kecuali sedikit,(terima kasih doktor), dalam keadaan cara study yg lagi better dan yakin utk hadapi patho, tapi saya dapat markah yang sama dengan microbe(andaikan).

dua situasi yang bagi saya sangat2 kontra, dari segi preparation dan situasi, between the first and the last, tapi sudahnya situasinya terbalik, dengan markah yang sama.

nah, ini kuasa Allah yang susah sangat2 untuk seorang pelajar seperti saya imani, hubungan antara usaha dan result.

PUTUSKAN!

dan sekarang terbukti, terang nyata lagi bersuluh torchlight, tiada langsung hubungan antara kedua itu.
usaha utk patho berkali ganda dari microbe, tapi kesudahannya sama sahaja dengan microbe.

dan Allah bukan kira dan masuk dalam akaun pahala kita, markah2 yang kita dapat, tapi sejauh mana usaha kita dan pergantungan kita kepada Dia. masih tidak terlambat walaupun telah berlalu semuanya, untuk meletakkan sepenuh pengharapan, mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam hidup, sebab tak ada siapa lagi yang layak untuk kita bergantung harap kecuali kepada Allah Maha Esa!



Allahussomad!


impikanlah yang mustahil itu,
dan minta kepada yang selayaknya.
tiada yang lebih layak untuk kita meminta2 dan merequest sesuatu yang impossible melainkan kepada Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu!
Dia berkuasa merubah mimpi jadi realiti, dan merubah sangkaan kepada kejutan!
percaya dengan Allah, sempurnakan rukun imanmu!


p/s: iltizam untuk jadi lebih baik ya tahun depan :D



29 June 2010

doakan

10:00 PM 5 Comments
"izzah kate, kalo nak mintak doakan, tulis kat kertas, pstu stepler, nnt bagi kat die sebab die takut lupe."
"cmne nk bagi kat die?die pegi (umrah) malam ni kan?"
"ala, kite kan sekali balik (malaysia) malam ni, nnt jumpe la kt epot.."
"oo..ok2..."

*tulis2*

1. Doakan aku lulus sume subjek terutamanya Microbe.
2. Doakan aku...
3. Doakan aku...
4.Doakan aku.. 
5.Doakan semua orang...
6.Doakan....

*pass kat Amalez*

"Eh, kenapa lulus je?"
"tak yakin la Mal.."
"kan kita kena putuskan hubungan result dengan usaha.."
"tapi cm tak yakin..usaha cm ..hmmm"
"memang la..ko nampak je kite rilek..tapi kt dalam hati ni...huhuhu...sape yang tahu.."
"sebab kite tahu yang usaha kita tak mumtaz, kalau dapat mumtaz tu mmg aku rase tak layak ar..tak patut aku dapat..kalau dapat tu...."
"memang miracle la..mmg kuasa Allah terbukti gile ar...tapi kita kena doa kite nak yang terbaik..tak kesah la dapat ape nanti...kite target yang tertinggi...tapi, lepas ni, kene usaha keras la lagi...(jgn mcm ni lagi.iltizam utk lebih baik.)"

'dalam hati, aah la, kang aku target lulus, dapat lg rendah lak kang, kalo target mumtaz, dapat rendah sikit byk lagi level sblm rasib'

"bak balik kertas tu, nak tukar.."

*conteng2*

1. Doakan aku lulus Mumtaz sume subjek terutamanya Microbe.

'hoo, target yang plg mustahil sekali utk mumtaz..gasak le'
'betul tu, kat sape lagi aku kene berharap kalau tak kat Allah? baru belajar semalam yang orang2 mukmin hanya kena bertawakkal kepada Allah.'


AQ 3:160
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, 
tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."


'ok, ak kena target yang terbaik utk diri aku walaupun aku tahu aku punya usaha level mana sekalipun'

'kemudian, apa2 yang ditakdirkan utk aku setelah itu, maka ketahuilah itu yang terbaik utk aku.'

'sesungguhnya ujian ini sangat kecil dibandingkan dengan orang lain.'

'maka bertawakkallah kepada Allah, kalo mu btawakkal ke doktor takde gunenye.'

'teruskan hidup dengan lebih cemerlang.'

25 June 2010

jenis2 blog

11:05 PM 9 Comments

panjang cerita

5:39 PM 0 Comments
true friends doesn't mean being together forever.

kawan sejati bukan bererti sentiasa bersama selamanya.
kawan sejati, dia tidak menceritakan keburukan kamu kepada orang lain hatta kekasih hatinya.
kawan sejati tak pernah mengkhianati kamu, andai kamu beri amanah pada dia.
dia bukan munafiq.
cakap bohong, tak amanah, tidak menepati janji.
andai dia terpaksa meninggalkan kamu, bukan kerana dia mahu meninggalkan kamu.
tapi dia tahu, dia perlu utamakan Tuhan lebih dari segalanya.
dan kalau kamu kata kamu kawan sejatinya,
kamu harus faham juga mengapa dia buat keputusan begitu.
jasad dia mungkin meninggalkan kamu,
tapi hati dia sentiasa terikat kuat dengan kamu.
andai berukhwah kerana Ilah,
jangan kamu risau,
kamu pasti bersama dengannya selamanya di syurga nanti.
perpisahan dunia hanya sementara,
jangan dilayan bisik-bisik setan yang coba2 menggunting ikatan hati kamu itu.
kawan sejati itu saling memanfaatkan.
kau dapat manfaat dari dia.
dia dapat manfaat dari engkau.
Nabi kita pernah bersabda,
sebaik-baik kamu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.
nilai sebuah persahabatan itu,
bagi seorang kawan sejati,
bukan sekadar di dunia.
bukan sekadar duduk serumah bersama.
bukan sekadar study group bersama.
bukan sekadar main bola bersama.
bukan sekadar duniawi.
bukan sekadar dengar masalah kamu.
bukan.
kamu lihat dia, kamu mahu rujuk pada dia.
kamu lihat dia, kamu percaya dia akan bagi nasihat yang sepatutnya.
kamu lihat dia, kamu tahu dia takkan alpakan kamu dengan korea dan bola.
kamu lihat dia, kamu tahu dia akan pimpin kamu sama-sama dekat dengan Tuhan.
dia tak pandang jawatan kamu setinggi mana,
dia tak peduli kamu mahu ikut dia atau tak,
dia sentiasa bersedia andai kamu perlukan dia,
dia hormat pendirian kamu,
dan dia ada pendirian yang harus dipertahankan juga,
dia punya wawasan yang kamu tak nampak,
wawasan yang harus diperjuangkan,
wawasan warisan kaum terdahulu,
yang dahulunya seakan angan2,
tapi kian menjadi realiti,
tanpa ilusi, baginya, mimpi takkan jadi realiti.
semakin hampir kepada realiti itu,
semakin banyak dia perlu kerja keras dan tahan ujian yang lebih berganda untuk cita-cita yang ingin dicapai.
sokonglah dia, dokonglah dia,
andai kamu tak mampu sebaris dengan dia.
jangan kamu masih berendam rasa sedih di hati,
sebab dunia ini bukan hanya kamu berdua yang tinggal.
sudah2 untuk terus berfikir tentang sedih hati sendiri sahaja.
masih banyak perkara besar yang perlu diselesaikan atas dunia ini.
selagi dunia ini tidak tunduk kepada kehendak Allah,
selagi itu kita semua bertanggungjawab atas segala kerosakan yang berada atas muka bumi ini.
Khilafah islamiyah masih belum tertegak.
kerja kita masih belum selesai.
jangan mudah berpuas hati dengan pujian2 yang dilemparkan kepada negara kita.
negara kita masih corrupt lagi.
ayuh sediakan tenaga kita, khidmat kita,
untuk Perang Dunia Ketiga.
berlapang dada lah, dan saling memaafkan.
jangan biar setan dan emosi negatif menjadi pak catur minda kamu.
jangan.

24 June 2010

astaghfirullah3x

6:38 PM 2 Comments
astaghfirullahal azim.
astaghfirullahalazim.
astaghfirullahalazim.


ini bukan caranya.
mahu mewujudkan silaturrahim bukan dengan cara sama2 mengumpat.
mahu merapatkan hubungan bukan dengan cara mengutuk orang lain.
mahu klik dengan seseorang bukan dengan cara makan daging saudara sendiri.
bukan bukan bukan.
astaghfirullah.
astaghfirullah..
astaghfirullah.
berdosanya aku.

ada banyak lagi cara yang lebih mulia dari cara ini.
kalau benar niat mahu mendekati seseorang, bukan dengan cara jijik ini.
bukan.
astaghfirullah.
astaghfirullah.
astaghfirullah.
berdosanya aku!

silaturrahim itu hanya akn terbina di dunia,
dan di neraka bersama2 api semarak menggila.
mengumpatlah kita bersama.
ak tak mahu,
tak mahu,
astaghfirullah.
astaghfirullah.
astaghfirullah.

sabar sabar sabar.
jangan buat kerja gila ini lagi.
jangan.
mungkin bukan mengumpat di mulut.
tapi di ym, sama sahaja.
mengumpat juga.

astaghfirullah.
astaghfirullah.
astaghfirullah.

maafkan ak kawan-kawan.
ak masih belum sempurna.
maafkan aku ya Allah.
aku lupa lagi.
surah Hujurat sudah aku tadabbur,
tapi lupa itu masih mendatang.
maafkan aku ya Allah.

astaghfirullah,
astaghfirullah.
astaghfirullah.

jagalah lidahmu, jagalah, hatimu, jagalah tanganmu.
semua itu organ mengumpat.
mengumpat terang-terangan,
mengumpat dlm hati,
mengumpat pakai ym.

astaghfirullah.
astaghfirullah.
astaghfirullah.

Leave what does not concern you

1:10 AM 3 Comments
link
On the authority of Abu Hurairah, radiyallahu ‘anhu, who said : The Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, said: “Part of the perfection of someone’s Islam is his leaving alone that which does not concern him.” [Hadith Hasan, Tirmidhi]
@
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak berguna baginya.” 
(Hadits hasan, riwayat At Tirmidzi dan selainnya)[1]

Penjelasan:
Hadits ini adalah prinsip dasar dalam tata kesopanan dan bimbingan yang selamat, yaitu seseorang hendaknya meninggalkan apa yang tidak ada kepentingannya dan tidak ada hubungan dengan dirinya. Ini di antara baiknya nilai keislamannya. Ini pun akan membuatnya lega karena jika ia tidak terbebani dengan hal itu, maka ia merasa lega, tidak diragukan lagi hal itu lebih menentramkannya.
Dari hadits ini dapat dipetik faedah:
1. Sesungguhnya kadar keislaman manusia berbeda-beda. Di antaranya ada yang baik, ada yang baik, ada pula yang tidak demikian.[2] Berdasarkan sabdanya, “Di antara kebaikan Islam seseorang.”
2. Seseorang sepantasnya meninggalkan apa-apa yang tidak ada urusan dengannya, baik dalam urusan agama, maupun dalam urusan dunia, karena dengan demikian waktunya lebih terjaga, agamanya lebih selamat, dan kealpaan yang diperbuat pun lebih ringan. Tetapi jika ia turut campur dalam urusan orang lain yang tidak ada kepentingan padanya, maka ia akan merasa lelah. Namun jika dia berpaling darinya dan hanya menyibukkan dengan hal-hal yang berguna baginya, maka hal itu akan membuatnya tenang dan tentram.
3. Seseorang sepantasnya tidak menyia-nyiakan apa-apa yang berguna baginya, yaitu perkara-perkara yang berkaitan dengannya baik dalam urusan agama maupun urusan dunia, bahkan ia harus memperhatikan dan menyibukkan diri dengan hal tersebut dan melakukan apa-apa yang lebih dekat kepada pencapaian tujuan.
.....................................................................................................

kepada yang bakal exam oral esok, all the best.
sudah, jgn serabut2 dengan perkara yang tak ada kaitan dengan kamu.
tumpukan pada exam.
kamu akn jadi hina kerana tidak menjaga waktu kamu dan spend pada benda yang sia2.
sabar ya akhawat semua.

:D
Ibn al-Qayyim membuat analogi yang best dengan berkata:

 “Hati umpama burung. 
Lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. 
Tetapi bila dia merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit.”


19 June 2010

That rose

8:49 PM 0 Comments
That rose was so lovely in it's deep red bloody color.

It brighten my day,
it makes me smile,
it makes me feel alive,
it's redness feels like flowing blood full with oxygen reaching the hypoxic brain.

I never thought I would find a rose is lovely as such.
I even never like a rose before.

Every creature must have something significance.

And so do I.
And so do you.

We're creatures, right?


Loser

3:15 AM 1 Comments
Ppl tend to think that they're the worst becoz they do the sins that others don't do.

Good thing is that, they are much more stimulated to become good like good ppl that they see.

Bad thing is that, they keep dejecting themselves, and don't even stop the sins they are doing at.

Still reading this?

Plz Em, start to think something better to do in life.



18 June 2010

subhanallahi wabihamdih. subhanallahil azim.

4:10 AM 2 Comments
saya tahu rekod saya tak sehaibat mana.
rekod tak bukak laptop langsung utk online(online gune minilaptop, lg jimat masa),
ade la beberapa hari kurang dari 5.huhuhu.

rasa lebih refresh.
walaupun solan pharma tadi susah jgk, tp memandangkan  mereka MCQ, maka takde la yang tak berjawab macam microbe.

layan lagu rentak perlahan utk ketenangan hati.
terima kaseh c's raden kerana mengesend tru skype.


subhanallah2, kuasa Allah.
terima kasih microbe, kamu memberi saya sesuatu.

nb: sudah beli tiket petang tadi. ;)

14 June 2010

hmm

3:03 AM 3 Comments
penat yang merencatkan.

mungkin bahang mesir meresap tenaga aku.
mungkin juga bahang laptop ini yang menyedut kudrat aku.

mungkin aku perlu menjauhi.
kalau tak aku akn bertambah penat.
penat luar dalam.

pharma tak memerlukan aku menghadap laptop sepanjang hari.
atau aku mungkin develop photophobia bila exam tamat.

aku harap aku mati dalam iman tertinggi.
mode penat dgn dunia tapi tak bersedia utk mati.

11 June 2010

it's all about change

11:06 PM 1 Comments
"Change is difficult but often essential for survival."
-Les Brown-


perubahan adalah benda yang dinamik dan satu-satunya benda yang akn tetap ada dan constant di Dunia ini.




"Kalau kamu tak mahu berubah, sudahlah. 
Jangan kamu kata orang yang berubah itu hipokrit pula. 
Dia mahu berubah jadi lagi baik, biarkanlah. 
Kamu doa-doalah satu hari nanti kamu akan tergerak hati mahu berubah juga."



"Dia mahukan pengakraban hubungan antara makhluk dengan Penciptanya,
dia mahu dekat dengan Tuhannya,
dia mahu kejar cinta Ilahi,
dia tahu cinta Tuhan bukan macam cinta manusia,
dia tahu dia yang kena cari Tuhan,
sebab Tuhan takkan cari dia,
Tuhan dah bagi kalamNya melalui kekasihNya,
Tuhan dah bagi panduan,
cinta Tuhan bukan macam cinta manusia,
cintakan Tuhan, dia yang kena pergi pada Tuhan,
baru Tuhan akan membalas cintanya,
cinta Tuhan sangat susah digapai,
takkan dapat melalui ym dan fb,
takkan dapat melalui mesej di handset dan surat2 cinta,
parameter cinta Tuhan sangat berbeza.
Tak boleh disamakan dengan cinta manusa.
sangat tak tertanding."



"Bad habits are easier to abandon today than tomorrow."
-Yiddish proverb-


"Everyone thinks of changing the world, 
but no one thinks of changing himself."
-Leo Tolstoy-


memang perubahan perlukan effort yang sangat besar, 
tapi untuk kebaikan kita jugak kan di Alam yang kekal (Akhirat) nanti.. :)
insyaAllah, Allah mudahkan jalan untuk kita berubah ke arah lebih baik.
tapi kena lah sungguh2 kan.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

"Sesungguhnya Allah S.W.T suka apabila seseorang di antara kamu melakukan sesuatu pekerjaan 
ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh."

Riwayat At-Tabarani


perubahan
改变
تغيير
変更
변화
Veränderung
เปลี่ยนแปลง
зміна

dan byk lagi di Google Translator.
..............................


thkx to olie for this video. ;)


orang lidi

2:34 PM 13 Comments

"seimbang"

"berjiwa besar"

"berkepala besar"

"beranggota besar"


(khas utk term, sbb ak pernah tcakap kt mu pasal hati besar smgt besar kepala besar nih. kes3~)


ada orang, semangat besaaaarrr.......berkobar2 jiwa de pi demo, berkobar2 dalam mesyuarat nk buat itu buat ini, semangat2 sampai hypertrophy all chamber of the heart, tapi tak buat2 pun kerja nye, cakap lebat lantang, tp takde buah pun yg dapat dipetik.galah pun tak nampak.semangat je lebih..pumpangpumpang sorak2, suruh orang sana orang sini buat sesuatu, tapi de pun tak buat apa2, semangat bermusimkah?

"semangat lebih, tp takde ilmu nk buat, xjadik jgk.."



ada orang, banyaaaaaaak sangat ilmu kat kepalanya. tapi tak pernah nk curahkan ilmu tu kat manusia-manusia lain. de kumpul banyak2 dalam kepala dia, simpan sorang2, maka berlakulah obesity otak, yg mana akn byk bagi impak buruk kepada kesihatan kepalanya, seperti increase intra-cranial pressure, SOL, dan berat yg lebih menumpu kepada bahagian kepala, sampaikan jalan pun senget2 sebab terlalu berat di bahagian kepala. tak pernah dia amalkan ilmu yang de dh dapat banyak2 tu.kesian anggota2 lain, hati kurang makanan, anggota kurus2.

"ilmu byk2, tp tak menggerakkan de, pun xjadik ape.."

ada orang, anggota besarrrr.........banyak sangat buat kerja, pergi sane pergi sini, buat program itu ini, terbang sana terbang sini, mesyuarat 8x sehari, kaki & tangan kalah pkcik2 bina badan tuh, kalau boleh tambah kaki tangan lagi cm rambut ular caput Medusa, tapi..takde semangat..takde ilmu utk buat semua kerja2 tu...main buat je...ikut orang...

"kerja ke byk, tp takde ilmu, hancur ar... jadi takde hala tujuan ah kerja tuh.."



manusia tu, kene seimbang 3 perkara. ilmunya, semangatnya, gerak kerjanya.

ilmu perlu dicurahkan pada yang lain, tak kesah la org tu dah tahu atau belum. yang dah tahu, itu la namenye tazkirah, kita ingatkan balik, bagi yang tak tahu, barangkali bile de dengar, de lagi faham dari kita. dan jaringan sebaran ilmu akan lebih meluas. pahala akan jadi macam sistem piramid.

semangat besar, sangat bagus. orang yang berilmu kene bimbing orang semangat besar ni cara yang betul nak salurkan semangat dengan cara yang betul, camne nk buat kerja dengan semangat yang ada. biar semangat de melarut ke anggota dan kepala dia.

orang yg kerja terlebih, juga perlu kepada semangat dan ilmu utk buat kerja. takut2 kerja yang dibuat tu tak ikut landasan, menyimpang, semangat perlu utk menguatkan dan mengistiqamahkan diri utk buat kerja.


sekadar pemerhatian saya:
-orang Malaysia di Malaysia, semangat besar, tapi tak buat ape2 pun.
-orang Malaysia di Mesir, ilmu banyak, tapi tak semua suke kongsi ilmu, sebab masing-masing asek fikir semua orang alim2, dah tahu dah semua, tak payah bagitahu pun takpe.
-orang Malaysia di negara lain, kompilasi, bercampur aduk....huhuhu...







!!!!!

2:36 AM 0 Comments



doakan semua orang. 
semua orang pun terkejut kan dgn microbe.
saye apentah lg. 
rase mcm tak pernah bace microbe masa jawab tadi. T__T

'Oh, I dunno.  hat would you like to evolve into?' by Prisk, Tom


'What are YOU looking at?' by Baloo -Rex May-



pharma dan parasite, jgn biarkan aku kecewa lagi.

banyak belajar hari ini.
bismillahi tawakkaltu 3alallah.