29 April 2010

semoga kita bertemu kembali

4:22 AM 5 Comments
Fathy bagitahu yg esok pagi kakak2/rakan sebaya UK nk balik dah. tersentak sekejap walaupun saya tahu muka saya memang takde perasaan dan reaksi yg sepatutnye, tp rasa berat utk melepaskan mereka pergi mengasak2 pemikiran saya.
........
dan saya menghadap laptop, dan terlihat ada nota kecil yg saya selitkan atas meja saya dahulu.
Lirik lagu Sebiru Hari Ini.
..........
Dengan ini saya menujukan lagu ini utk kakak2 UK,
kak Syikin, lemah lembut kerana matanya. keh3~
kak Atie yg tak pegi Mansoura. LOL
kak Fatirul.(no diagnosis)
kak Pija.(no diagnosis)
kak Mira perempuan cantik 6.
Asiah yg 'senang' bak kate Rai.
Nadia, tukg buka pintu pada kebannyakan kali saya tekan loceng.
Farha, kwn sekampung daerah Hulu Selangor.

lagu sebiru hari ini tulus ikhlas dari saya.(org lain nk menumpang sekaki buleh saja) ;)



Sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita
bersama di sini


seindah hari ini
indahnya bak permaidani taman surga
seindah hati kita
walau kita kan berpisah


bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata mesti kita kan berpisah


selamat jalan teman
tetaplah perjuangan
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini


seronoknya bila balik rumah ada orang sambut.
terharunya bila ada orang angkatkan kain di jemuran.
tak sangka nya ada orang lipatkan kain baju kita.
seronoknya balik2 ada makanan.
terharunya mereka tak pernah merungut apa2.
tak sangka nya mereka dah nak balik esok.

jumpe lagi insyaAllah!

26 April 2010

Yuyu amigos

10:57 PM 5 Comments
Kami berada di dalam rumah sek sek ganu. Kami melihat slide patho Dan kami risau kerana Susah untuk mengenal pasti organ. Apatah lagi untuk mengecam pathology nya. Haih Mari belajar kuat2. Ayu taip guna iPod hoho Dan bm beliau sgt buruk


iPod hoho

adakah ini hari meluahkan perasaan?

2:06 AM 1 Comments
To Kawan.
perjuangan kita bukan main-main.
perjuangan kita berkitar antara hidup dan mati.
samada kita hidup mulia, atau mati syahid.
dua-dua demi Islam.
demi Allah.
tak ada niat lain melainkan kerana Tuhan sekalian alam.
ini tanda kita hamba Dia.
ini tanda kita tunduk sujud rukuk pada dia.
ini bukti kita Islam.


demi Tuhan yang menciptakan hati dan perasaan,
aku harap kau tak lama-lama terawang-awang mencari jejak.
cepat-cepat kembali kepada Tuhan.
cepat-cepat minta maaf kerana membuang masa banyak sekali dalam keadaan kau sihat.
cepat-cepat cari penawar atau syaitan akan terus menerus meracuni engkau.
cepat-cepat sedar yang hakikat dunia bukan hanya diduduki oleh manusia, tapi ada makhluk lain juga.


jangan fikir bila kamu lesu itu adalah sebab kamu, 
itu bukanlah satu-satu faktor utama.
kerana kelesuan kamu adalah tanda keberhasilan syaitan dalam kerjanya.
jangan sekali-kali kau tunduk pada syaitan durjana itu.


dulu dia bongkak dgn Adam a.s.
jangan kau biar dia terus menerus bongkak dan berjaya menguasai diri kau.
bodohlah engkau kalau kau tunduk patuh dan mengaku kalah sebelum berjuang.


kau masih belum berjuang Kawan, tapi kau asyik tergoda sebelum kau berjuang.
kau asyik mengaku kalah sedangkan kau tak berjuang langsung!
sampai satu tahap, bila kau asik diasak dengan pemikiran yang kau telah terlalu banyak kali kalah,
kau jadi penat lantas mengalah terus.

hakikatnya kau tak berjuang habis!
mungkin tak pernah berjuang pun!
mungkin selama ini kau tidak terjerumus dalam maksiat, hanya semata-mata persekitaran "bilik" kau yang selamat, dan kau tak diuji dengan segala keindahan dunia kerana semua itu berada di "bilik sebelah".
bukan kerana kau berjuang untuk menjaga diri kau dalam keadaan persekitaran yang tidak selamat.
kau selamat selama ini kerana suasana sekitar kau selamat.
dan bila kau termasuk ke bilik sebelah yang tidak selamat, kau hanyut.


nampak tak?
teliti balik.
betulkah apa yang kau fikir selama ni?
betulkah selama ni kau berjuang untuk melawan maksiat itu?
betulkah?
atau kau telah termakan dengan bisikan syaitan durjana itu?
yang membisikkan dan meng'set'kan minda kau,
bahawasanya "kau telah berjuang, tapi kau masih tak kuat untuk lawan godaan dunia, godaan syaitan.
at least kau dah berusaha."
dan terus menerus berfikiran macam tu?


you are a good planner kawan.
kau rancang study kau, kau berjuang dalam study kau, almost perfect!
tolonglah.
tolong buka pancaindera keenam kau, yang melawan syaitan juga perlu strategi.
tolong jangan pura2 buta, dan pandang sebelah mata, yang maksiat kau buat selama ini, akan terus menerus begitu tanpa sebarang usaha utk mengatasinya, dan kau redha dgn maksiat itu!
tolong jangan!
mereka sangat sudi membantu kau,
tapi kepala diri kau, ketua bagi diri kau, ialah diri kau sendiri.
bukan diorang!
kepala kau yang akan tentukan kau, sama ada mengadap laptop untuk mecari Allah, atau mencari Taghut.


dah, jangan mengelamun lama-lama.
ini hakikat hidup kat satu tempat bernama dunia yang terletak di planet Bumi.
tolong sedar cepat-cepat.
sebab kita tak tahu bila kita akan dipindahkan ke alam yang satu lagi tu.
cepat2 kembali kepada hakikat.
cepat2 kembali kepada fitrah.

microbe & D

12:59 AM 0 Comments
minta maaf, saya post dua post hari ini.

ade seorang orang, name glemernye Masyi.

saya kata saya tgh buat microbe. markah tak berape sangat mase mid year, dan wakil batch utk subjek microbe assign semua org buat soalan micribe past year.
dan saya kata, baguslah mereka buat mcm tu, sbb subjek ni plg saya risau. at least saya tergerak utk mula study microbe.

Masyi pun kata,
owh..
bguslah tuh
bila org dh bg tggungjwb, bru kita nk bergerak kn

saya pun kata,
haah
sedangkan patutnye memang dh kena gerak pun
cume xsedar2 dan xtergerak2

saya tak tahu apa yang Masyi fikir, tapi dalam kepala saya ade double meaning sedang menari2 dan mencucuk2 brain tissue saya.
1, tentang microbe itu sendiri.
2, tentang sunnah terbesar Nabi kita Muhammad s.a.w, iaitu dakwah.

ramai orang sudah tahu sahaja tanggungjawab  menyebarkan Islam, tapi tak tergerak2.
mungkin kerana tiada taklifan utk membuat sesuatu sebagai initiation, pemula kepada gerak kerja dakwahnya,
dalam keadaan dia tahu betapa pentingnya dakwah itu dalam hidup dia sebagai seorang manusia.

-inilah yg dikatakan yg sikit, tp menerobos ke dalam hati. terima kasih Masyi!-

25 April 2010

cubaan bunuh diri

11:26 PM 1 Comments
meninjau2 status orang Malaysia di ym sambil meng'klik2' mane2 status yg berlink.
tup.
keluar blog jiran depan rumah.
bace3, tertarik dgn satu post.
tapi agak menyeramkan.




..........
jiran cube bunuh diri lepas cerai di mahkamah???
..........
sape???

kepala menerawang meng'scan' rumah2 jiran yg dikatakan mempunyai anak yg masih kecil2.

tp Tuhan xkac de mati lagi.
belum masanya.
masih nyawa2 ikan bile jiran aku masuk umah de.
bleeding from mouth and head.
call polis 10 minit dh sampai.
call ambulans 40 minit baru sampai.
siap berjemput lagi masuk..(????) =.=
(ni kes malas nk layan ape.)

korek punye korek cerite dari jiran sebelah, rupenye jiran yg cube bunuh diri itu, adalah jiran belakang rumah aku, cume dia seorang Hindu.

aku cakap kt jiran aku,
kalau orang Melayu pun macam tu la caranye nk handle situasi bile berhadapan dgn masalah, mmg xde beza r iman depa dgn iman Hindu belakang umah aku tuh.

cmne dgn org Melayu sekarang?

pendapat aku, mungkin kes bunuh diri xbanyak mana, tp sort of-sort of tu cm banyak je.
xbunuh diri, ala2 cubaan bunuh diri pun ade gak.
tension, lalu drive dengan kelajuan tak cukup bacaan meter, kalau boleh nk putar cm roda impian kt speedmeter tuh.
minum2 di kelab2 malam.
lumbe haram.
berdiri tengah2 jalan.
jalan lambat2 semasa melintas supaya kereta akan terlanggar beliau.
telan racun tikus.
telan panadol banyak2.
(sape yg telan benzodiazepine tu mmg bajet, sekadar nk buat drama telan ubat banyak2 tapi doktor kate paling2 teruk pun ubat tu punye effect ialah TIDOR, xkan ade CNS inhibition melainkan de amk alcohol skali)

tu cubaan bunuh diri.

gejala2 tak mahu menerima takdir plak:

-nangis gile2, meraung berteriak melalak2 pastu baru kate "aku redha dgn ketentuan Ilahi", after all those tears???
(this is not the real redha ok, ini namenye baru lepas calm down dari menangis)

the real redha should be from the start, dari mule kita terima berita tu lagi. bukannye selepas beberapa ketika of menjerit2, menyalahkan semua orang dan takdir, then baru nk redha!

teringat satu kisah, xingat the real chronology and names.
ade seorang penceramah, sedang bercakap di hadapan khalayak ramai. ucapannya sangat bersemangat, dan menyemangatkan orang yg mendengar. tiba2 datang seorang utusan menghulurkan kertas. Penceramah itu membacanya, dan meneruskan ceramahnye dgn semangat lagi.
selepas ceramahnya, orang bertanya, kertas ape yg kamu dapat tadi tu?
penceramah pun menjawab, aku dikhabarkan tentang kematian anakku sebentar tadi.
(and so forth, xigt ape lagi details, tolong sesape plz tambah? =D)

nah, ini baru redha.

susahkan nk buat redha yg sebenar?
tp tak mustahilkan?

exam final belum lagi kita lalui, tapi ape kate kte set diri kita utk redha dan ready awal2 dgn segala kemungkinan yg akn berlaku sepanjang kite lalui fatrah exam dan keputusan selepasnya, setelah kita berusaha semaksima mungkin utk imtihan kali ini.


ape kate korg??

17 April 2010

16 April 2010

12:20 AM 3 Comments


saya mahu hati yang basah macam spongebob.



waktu ini waktu saya paling ingat dekat Allah, rasa sgt x sabar2, mcm nk pergi dating. berbunga2 hati tunggu sharing.

akhirat-1.jpg image by iluvislamdesign

dunia, puas sudah saya rasai. cerita korea dah layan, segala bentuk hiburan.
masa dah banyak dihabiskan, bagaimana dengan akhirat?



dunia is nothing but a dream. the real reality is there, akhirat.

click to zoom

nanti kite ym ye kak aimi...;)

-saya sangat sayang kamu semua. kamu banyak ajar saya tentang realiti. kamu bawa saya kembali ke tanah. kamu tunjukkan jalan pada saya apa yang saa tak nampak sebelum ni. maafkan saya. maafkan akak.
this is the last but this give me the biggest booster i've ever had.

saya sayang spongebob.
saya sayang semua.
=)

11 April 2010

Cinta dan tanggungjawab

4:55 AM 4 Comments
Lan dan Lin merupakan sepasang suami isteri. Sudah lama mereka hidup bersama. Dikurniakan chya mata. Anak2 membesar hnggalah ke menara gading. Satu hari, penduduk kampung dikejutkn dgn berita, Lan dan Lin bercerai???? Ank sudah besar2, kenapa pula bercerai berai??? Lan menjawab, kalau bukan kerana anak2, sudah lama ak bercerai.

tanggungjawab tanpa cinta takkan bertahan lama.

Lan tak cintakan Lin, tp kerana anak2, dia tak jd bcerai awal.

Dakwah kita juga begitu. Jgn lakukan dakwah itu semata2 tanggungjawab yg dirasa, tp dahulukan dgn cinta kpd Dia. Kerana dakwah semata2 tanggungjawab, kamu akan cepat letih. Tp kalau kerana cinta kepada Tuhan, seumur hidup kamu takkan pernah mengeluh kepenatan. Sbb kamu punya sang kekasih yg selalu membantu kamu dan mencintai kamu.

Burung itu terbang sblh sayapnya, kerana takutkan Allah, dan sebelah lg sayapnya, kerna mharapkan ampunan Allah. Jika hanya bergantung pd takut dan harap semata2, burung itu mmg xkan mampu terbg lama. Tp kerana antara keduanya ada tubuh badan yg penuh dgn rasa cinta kpd Penciptanya, kedua2 sayapnya mmpu mengibas kencang, menderu di udara.

Ya, tanggungjawab tanpa cinta takkan mampu bertahan lama.

06 April 2010

day out

6:39 AM 8 Comments
Interntional Bowling Centre, 5 April 2010
team teksi 1: Yamu, Amal, Kinah, Syaimaa, Fathy
team teksi 2: Nunu, Chep, Milah, Em, Teha

tak perlu cerita keadaan semasa tengah main.
sudah tentu sahaja bising dan banyak adegan cuci longkang.
ditambah lagi dengan bunyi 'TEEET" yg bkumandang bila tlebih had garisan dari lane.

juara piala Botol Air Hayat tahun ini ialah Milah, diekori rapat oleh Syaima, dan ketinggalan jauh di belakang skali ialah...........teeet........((siaran tergendala))

selesai bermain, kami menunggu masuknya waktu maghrib di dlm musolla.
sesi muhasabah bermula.
apa yg kamu dapat dr main bowling ni?

semua org melontarkn ape yg mereka dapat.

dari tentang TV paparan markah, sampailah ke longkang lane.
bile main tu, kite sentiasa alert tentang markah grup kite, kejap2 tgk.
kalaulah pahala tu kita boleh lihat macam kita tgk markah kita kt TV tu, mesti kite berusaha sungguh2 lagi utk tambah pahala kita, mcm kita main bowlg td.
dan kalaulah dosa itu juga boleh kita lihat jumlahnya mcm markah kita, sudah tentu kita akn sedaya upaya meminimakan jumlah dosa terkumpul kita.
realitinya, dosa dan pahala adalah perkara ghaib yg perlu kita imani kewujudannya, dan perlu kepada myjahadah yg tinggi utk mendapatkannya(pahala) dan meninggalkannya(dosa) dalam keadaan retina kita tak dapatpun melihatnya.

orang yg baru first time main akhirnya dapat bermain dengan cemerlang skali.
kat situ kita nampak yg setiap orang ada potensi tersembunyi sebenarnya.
mule2 mmg banyak longkang, tp dh 3 4 kali baling, dh boleh maintain atas landasan dah.
walaupun xde yg strike qat3i hr nih, yg ade strike versi spare, tp at least hr ni semua org belajar mcm mane baling bola dgn betul pun dh alhamdulillah.

kt sini jgk, kite dpt rase, sokongan shbt2, wpun grup lain, kepada shbt yg xscore2 dari awal,
sbb ini game KITA, bukan game individu.
kite nampak shbt2 yg reti main dgn baik, sanggup nk ajar mcm mane yg ptt kita buat.

dan bile kite nampak kwn kite buat dgn cara yg xbetul, kita sedaya upaya mahu share cara yg kita rasakan terbaik yang kita buat utk baling bola dgn betul,
tp mungkin shje cara yg kite rasakan terbaik utk kite tu, xsemestinya terbaik utk kawan kita.
cara kita mungkin bola rendah, tp kawan kite lambung bola mcm nk lambung biji kelapa,
tp still score jgk.

dan setiap lontaran seharusnya semakin baik dan baik.
kalau makin merundum tu, teknik semakin salah lah tu.
sama juga dgn kerja yg kita buat, kalau semakin teruk atau tiada apa2, maka check balik ape yg kite dh buat, something wrong ade di situ.

dan main2 kita bukan main2 kosong hanya kerana mahu main shje, tp kita mahu bina peradaban Islam.((hooooo...visi besar))

wa akhiran, ni mungkin first time bagi kebanyakan kami bermain bowling di cairo, plus, pengalaman pertama selepas main bowling ade sesi muhasabah. :D

jzkk akhawat.. :D
bulan ni xhabis2 lg stressnya.
sekurang2nya berada di luar dpt mengurangkan tekanan.
:D
ok, esok sekolah balik.. =.=