22 October 2010

Putus Asa

Terdapat 3 perkara yang menyekat seseorang daripada mendaki tangga kejayaan; jahil, sakit dan putus asa.

Ubat bagi jahil adalah menuntut ilmu, manakala ubat bagi sakit ialah mendapatkan rawatan doktor. Hanya putus asa yang perlu diubati oleh individu yang menderitainya sendiri dengan melawan unsur negatif dalam dirinya dengan aza yang kuat dan tawakal kepada Allah.

Sifat putus asa perlu ditewaskan dengan beberapa langkah berikut:

1. Tawakal dengan sepenuh hati.

2. Yakin dengan janji Allah dan redha dengan segala ketentuannya.

3. Strong will (semangat juang yang tinggi).

4. Jangan fikir kesusahan akan berpanjangan kerana ia akan menyubur sifat putus asa.

5. Ingatlah bahawa Allah mempunyai satu sifat yang harus iaitu harus melakukan apa sahaja. Oleh sebab itu, kita sebagai hamba tidak layak merasa putus asa atas apa jua ketetapan Allah untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam setiap perancangan-Nya.

6. Putus asa bukan jalan keluar daripada sebarang masalah.

 

sumber: Majalah Solusi

No comments: