30 July 2010

minggu ini

malam ni si dia akan menikah.
dan aku tak dapat datang, sebab aku tahu,
ramai lagi akhawat lain sebelum ini yang tak dapat datang juga tarikh2 penting akhawat mereka gara2 tuntutan dakwah yang melaut.
aku tahu aku perlu dahulukan yang lebih prioriti.

dan lusa aku sedaya upaya untuk hadir jemputan walimah si dia.
dalam masa yang sama, memenuhi jemputan orang tua untuk pulang ke kampung menjenguk atuk dan opah yang masih belum sempat aku jumpa sejak aku balik.
walaupun sedikit berat hati kerana terpaksa mengorbankan sabtu malam ahad, yang sepatutnya kita duduk sama2 berbincang tentang kerja kita,
aku minta maaf sangat2.
ana mintak maaf.

ya Allah, sampaikan lah kami kepada yang kami rancangkan, dan permudahkanlah segala urusan kami.

buat si dia,
saya cuba letakkan diri saya di tempat kamu, dan saya rasa banyak cerita sedih menjelang hari bahagia kamu.
saya harap bakal zauj kamu akan lebih menggembirakan kamu dan berada di sisi kamu menemani kamu selalu, supaya kamu tak sedih2 lagi.
kahwini dia kerana Allah, sayangi dia kerana Allah, nescaya redha Allah bersama kamu.

kami sayang kamu.

rawang, sel.

No comments: