29 July 2010

merubah dan berubah

Berubah adalah tanggungjawab individu untuk diri sendiri.
Merubah adalah merubah orang lain dari buruk kepada baik.


Berubah disuruh oleh Al-Quran 13:11.
Merubah di suruh oleh hadis : Man ra’a minkum munkaran.. hadis no 34 matan 40 hadis Nawawi.

Tetapi perlukah ia berlaku drastik? segera, (selalu; bahasa orang pantai timur), on the spot, sekarang, tak boleh ditangguh-tangguh?)

Perbezaan antara berubah dan merubah.


Berubah mestilah drastik kerana kita wajib mematuhi syariat segera. 
Tidak ada pelepasan dari tidak mengikut syariat. 
Allah tidak akan memberi masa kepada kita jika kita mampu untuk melaksanakan kewajiban tetapi kita kemudiannya tidak melakukannya tanpa sebarang uzur. 
Apa kata jika kita mati dalam keadaan kita menangguh-nangguhkan mematuhi perintah Allah. 
Kesah sahabat-sahabat yang menuangkan arak-arak dari tong-tong arak di rumah mereka di Madinah menjadi contoh terbaik bagi kita. 
Contoh muslimah di zaman awal Islam memotong kain-kain langsir rumah untuk di jadikan tudung setelah turun ayat hijab menjadi contoh kepada kita. 
Sahabat yang terus membuang cincin emas dari jarinya setelah di larang Nabi saw juga patut di tauladani.


Merubah pula satu hal yang berbeza.
Kita wajib menyuruh orang untuk berubah. 
Tetapi kita tidak boleh men’expect’ darinya akan berubah serta merta. 
Oleh itu kita mesti bersabar, mencari jalan terbaik, tidak melakukan suatu yang boleh menyebabkannya tidak akan berubah selama-lamanya.
Di sinilah terletaknya fiqh taghyir.
Pelajaran-pelajaran dalam fiqh-fiqh dakwah di dalam halaqah-halaqah akan mengajar fiqh-fiqh ini semua. 
Moga anda semua telah mempelajarinya atau akan mempelajari dari sang murabbi anda.

www.muntalaq.wordpress.com

No comments: