30 June 2010

patho vs microbe


dah habis!

masih ade lagi yang tak habis oral patho saat ini, ada lagi yang tengah selak2 buku depan department, dalam department, tepi bilik menunggu. alhamdulillah dah habis!

saya terlepas pahala redha dari awal, sbb dh geram dulu dgn doktor oral tsebut, tapi tak terlambat kan utk berlapang dada?

saya nampak markah oral saya. dan markah orang2 sblm saya. doktor ni mmg kedekut markah, berpadanan dgn jenis soalan yang ditanya. T_______T

tapi saya terfikir2...........

microbe, saya dapat doktor baik, dan saya yang tak baik, saya tak stadi dengan smart, maka banyak saya lupa. dan paling2 byk pun la markah oral, kalau saya jadi doktor, saya akan bagi sama dengan markah yang saya dapat mase patho tadi. (suggest that i get the same mark in both subject.)

tapi patho, doktor agk cruel, dan tak tolong langsung kecuali sedikit,(terima kasih doktor), dalam keadaan cara study yg lagi better dan yakin utk hadapi patho, tapi saya dapat markah yang sama dengan microbe(andaikan).

dua situasi yang bagi saya sangat2 kontra, dari segi preparation dan situasi, between the first and the last, tapi sudahnya situasinya terbalik, dengan markah yang sama.

nah, ini kuasa Allah yang susah sangat2 untuk seorang pelajar seperti saya imani, hubungan antara usaha dan result.

PUTUSKAN!

dan sekarang terbukti, terang nyata lagi bersuluh torchlight, tiada langsung hubungan antara kedua itu.
usaha utk patho berkali ganda dari microbe, tapi kesudahannya sama sahaja dengan microbe.

dan Allah bukan kira dan masuk dalam akaun pahala kita, markah2 yang kita dapat, tapi sejauh mana usaha kita dan pergantungan kita kepada Dia. masih tidak terlambat walaupun telah berlalu semuanya, untuk meletakkan sepenuh pengharapan, mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam hidup, sebab tak ada siapa lagi yang layak untuk kita bergantung harap kecuali kepada Allah Maha Esa!



Allahussomad!


impikanlah yang mustahil itu,
dan minta kepada yang selayaknya.
tiada yang lebih layak untuk kita meminta2 dan merequest sesuatu yang impossible melainkan kepada Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu!
Dia berkuasa merubah mimpi jadi realiti, dan merubah sangkaan kepada kejutan!
percaya dengan Allah, sempurnakan rukun imanmu!


p/s: iltizam untuk jadi lebih baik ya tahun depan :D



7 comments:

c's said...

em, some said i was studying better than before..

yes, admit it
even get an enthusiasm feelings of studying [dah 3 thn belajar baru rasa]

yet, still, perfomance dlm exam menggugat2.. redha itu perlu.. tapi pasrah pun mahulah bertempat.. apa yang penting moga2 kita menjadi orang yang menunaikan hak kita sbg pelajar, berusaha.. dan hak Allah utk tentukan takdir kita ini tertunai sempurna atau bagaimana

dan terima kasih kerana sudi menemani saat2 sebelum ini. jumpa lagi tahun depan. kalau lapang2 marilah sama2 encourage supaya jd full time doctor.. mksdnye bukan study utk xm je.. hekhek

verification word : rumit

amaninast said...

betul2, redha itu perlu tapi pasrah biar bertempat.

minta maaf kepada Allah kalau kita tak jadi pelajar yang baik,
minta maaf kita tak usaha betul2,
minta maaf banyak buat dosa,
mohon diberikan yang terbaik untuk kita.

dasatnye verification word .......

Puteri said...

well said em. saya berasa seperti hamba yang tak layak minta apa2 tetapi Allahu ghaniyy kan? Minta ajelah. Moga Allah bantu kita untuk lebih kuat dalam tawakal dan redha dan istiqamah pasca exam ni.
"KEMPEN BEBAS MAKSIAT DAN INGATKAN ALLAH WALAU PASCA-EXAM" ^^ sila sign petisyen masing2 dalam sujud dan doa..

alFaRabi said...

em, doa byk2!! I-Allah, Allah akan tolong hambanya yg x prnh putus asa wpun dlm berdoa...
(aku ni jd peminat blog mg plok.. hikhik)

emhoho said...

mung wt lawak di petang hari le ruby.
xD

doa banyak2, ujian akan terus mendatang, dan kita akan terus kena hadapi.

doa sokmo dapat teruskan hidup dengan redha Allah!

Noor Asyila said...

em, tahniah dah habis exam! xpe, kita tawakkal sungguh2 ye skrg nih!

:)

[projek kite em, projek besau.hua2]

Anonymous said...

em.. aku suka post mu huk nih.. sama2 berdoa.. miracle will happen biiznillah!!