25 June 2010

panjang cerita

true friends doesn't mean being together forever.

kawan sejati bukan bererti sentiasa bersama selamanya.
kawan sejati, dia tidak menceritakan keburukan kamu kepada orang lain hatta kekasih hatinya.
kawan sejati tak pernah mengkhianati kamu, andai kamu beri amanah pada dia.
dia bukan munafiq.
cakap bohong, tak amanah, tidak menepati janji.
andai dia terpaksa meninggalkan kamu, bukan kerana dia mahu meninggalkan kamu.
tapi dia tahu, dia perlu utamakan Tuhan lebih dari segalanya.
dan kalau kamu kata kamu kawan sejatinya,
kamu harus faham juga mengapa dia buat keputusan begitu.
jasad dia mungkin meninggalkan kamu,
tapi hati dia sentiasa terikat kuat dengan kamu.
andai berukhwah kerana Ilah,
jangan kamu risau,
kamu pasti bersama dengannya selamanya di syurga nanti.
perpisahan dunia hanya sementara,
jangan dilayan bisik-bisik setan yang coba2 menggunting ikatan hati kamu itu.
kawan sejati itu saling memanfaatkan.
kau dapat manfaat dari dia.
dia dapat manfaat dari engkau.
Nabi kita pernah bersabda,
sebaik-baik kamu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.
nilai sebuah persahabatan itu,
bagi seorang kawan sejati,
bukan sekadar di dunia.
bukan sekadar duduk serumah bersama.
bukan sekadar study group bersama.
bukan sekadar main bola bersama.
bukan sekadar duniawi.
bukan sekadar dengar masalah kamu.
bukan.
kamu lihat dia, kamu mahu rujuk pada dia.
kamu lihat dia, kamu percaya dia akan bagi nasihat yang sepatutnya.
kamu lihat dia, kamu tahu dia takkan alpakan kamu dengan korea dan bola.
kamu lihat dia, kamu tahu dia akan pimpin kamu sama-sama dekat dengan Tuhan.
dia tak pandang jawatan kamu setinggi mana,
dia tak peduli kamu mahu ikut dia atau tak,
dia sentiasa bersedia andai kamu perlukan dia,
dia hormat pendirian kamu,
dan dia ada pendirian yang harus dipertahankan juga,
dia punya wawasan yang kamu tak nampak,
wawasan yang harus diperjuangkan,
wawasan warisan kaum terdahulu,
yang dahulunya seakan angan2,
tapi kian menjadi realiti,
tanpa ilusi, baginya, mimpi takkan jadi realiti.
semakin hampir kepada realiti itu,
semakin banyak dia perlu kerja keras dan tahan ujian yang lebih berganda untuk cita-cita yang ingin dicapai.
sokonglah dia, dokonglah dia,
andai kamu tak mampu sebaris dengan dia.
jangan kamu masih berendam rasa sedih di hati,
sebab dunia ini bukan hanya kamu berdua yang tinggal.
sudah2 untuk terus berfikir tentang sedih hati sendiri sahaja.
masih banyak perkara besar yang perlu diselesaikan atas dunia ini.
selagi dunia ini tidak tunduk kepada kehendak Allah,
selagi itu kita semua bertanggungjawab atas segala kerosakan yang berada atas muka bumi ini.
Khilafah islamiyah masih belum tertegak.
kerja kita masih belum selesai.
jangan mudah berpuas hati dengan pujian2 yang dilemparkan kepada negara kita.
negara kita masih corrupt lagi.
ayuh sediakan tenaga kita, khidmat kita,
untuk Perang Dunia Ketiga.
berlapang dada lah, dan saling memaafkan.
jangan biar setan dan emosi negatif menjadi pak catur minda kamu.
jangan.

No comments: