22 May 2010

tema: cemburu

jangan cemburu dengan rupa aku.
kelak mungkin saja api membakarnya dan kedut-kedut tua menghilangkan ketegangannya.

jangan cemburu dengan warna kulitku.
sesungguhnya Allah tidak memandang warna kulit kita.
Allah pandang iman kita, taqwa kita.

jangan cemburu dengan kepandaianku yang kamu sangka aku ada.
akal itu kurniaan Tuhan, dan aku cuma mahu menggunakannya semaksima mungkin sebagai tanda mensyukuri.

jangan cemburu dengan apa yang aku buat.
aku cuma mahu memudahkan kalian dari sudut yang aku mampu.
sebab aku tahu aku tak mampu dan tidak seikhlas itu dalam hal-hal lain yang kalian buat tapi aku tak buat.

jangan cemburu dengan harta dunia yang aku ada.
aku sedang berusaha untuk tidak mencintai mereka semua.
dan mereka semua tak mampu pun membantu aku di hari penghakiman nanti.

aku tidak punya apa-apa yang seharusnya orang-orang mukmin mencemburui aku.

cemburuilah seseorang mukmin itu kerana taqwanya.
kerana bangun malamnya.
kerana tulus hatinya.
kerana zuhudnya.
kerana kemas perancangannya.
kerana lapang dadanya.
kerana ikhlas senyumnya dikala resah dan gelisah.
kerana sabarnya.
kerana tidak prejudisnya.
kerana cerdiknya menangani situasi.
kerana tsabat mutabaah amalnya setiap masa.
kerana lembutnya hatinya menangis kerana Tuhan.
kerana kentalnya dia ditimpa musibah berganda-ganda.

cemburuilah dia, jangan cemburui aku.

7 comments:

syai said...

Allah..
really nice..
jzkk ukht~

masyi said...

masyi sangat suka post ni..

nur ain said...

suka3
sgt3 suka
tak da kata lain lebih sesuai
semoga semburu yang mnambah iman
jom
fastabiqul khairat

Anisah Shamilah MS said...

ur ayat makin lame mkin menusuk.
:)
jazakillah ukhti..

ana cemburu pada enti..
sangat2.

eMan said...

i like this too~!

XD

saye_ngee said...

suke kak...suke3
mnusuk ar kak
:)

Dr. E-iN said...

jeles tgk em..
em,em,em!!!!!!!!!!!!!!
tq em.. (-.-')