17 May 2010

perhatian!

Perhatian untuk semua para pejuang(pelajar)
yang mengatakan dirinya sedang berjihad di medan perang(exam)!!

anda akan menghadapi empat fasa peperangan.
Perang Pathology,
Perang Microbiology,
Perang Pharmacology, dan
Perang Parasitology.

misi kita menumbangkan musuh ketat kita(syaitan) yang kerap membisikkan pujuk rayu malas ke telinga kita!

aim kita hanya antara dua.
hidup mulia (najah)
atau 
mati syahid(ajal fi sabilillah)

tiada tersenarai langsung dalam misi kita, 
untuk kalah dalam peperangan2 ini (rasib)
atau sekadar menang cukup2 makan
(pulang dalam keadaan hampir mati@hampir rasib).

kita bersepakat yang kita 
tak mahu mengulangi kesemua Perang-perang ini 
kerana ia satu pembaziran masa, wang dan tenaga.

kita mahu menghadapi Perang-perang yang lain pula, bukan mengulangi perang yang sama.


kita tidak akan menggunakan cara kotor(meniru) untuk menang,


dan kita akan berperang dengan adil dan benar, sebab kita tahu Allah bersama orang-orang mu'min.
dan kita beriman dengan sifat Allah Yang Maha Melihat, 
Maha Mengetahui.

kita mahu upgrade diri kita
menjadi pahlawan yang lebih berskill dan mahir dengan ilmu baru, perang baru.

dan kita bertawakkal kepada Allah sepanjang masa,
sebelum, semasa, dan selepas.

result kita mungkin cukup-cukup makan bila diumumkan, 
tapi kita tahu yang kita tak pernah langsung berniat mendapat result sebegitu.


cita-cita kita besar, 
dan kepada Allah kita serahkan segala-galanya.
SEGALANYA.

kita berazam untuk najah, atau mati syahid.
kita tak pernah berazam untuk berjihad main-main.

dan kita redha dgn segala apa yang ditentukan untuk kita, 
kerana kita tahu, itu yang terbaik untuk kita.

selamat datang ke medan perang.
selamat berjihad.

"maka apabila kamu berazam, bertawakkallah kepada Allah.."

2 comments:

Sharifah Syahirah TSM said...

nak terlibat dgn peperangan ni!

=)

Anisah Shamilah MS said...

me like it!!

let's prepare ourself!

walaupun we begin somewhat little late, but late is always better than never!

syaitan sentiasa memerhati dan menganalisa dari sudut yg kita x boleh nampak..so watch out.