03 May 2010

pantun melayu

siapa cepat dia dapat.
siapa lambat dia ketinggalan,

malu bertanya sesat jalan,
malu bertaubat sesekali jangan.

berkawan biar seribu.
berkasih biar satu.
jangan sampai aku tahu,
kau menduakan kasih kawanku.

Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.

Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak sedang belajar,
kena banyak buat rujukan.

tuai padi antara masak, 
esok jangan layu-layuan,
cari Tuhan sementara nampak,
esok jangan sesal-sesalan.

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh ku bayar,
caci-maki ku pendam di hati.

Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan

berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit tahan nafsu,
bersenang-senang di hari pembalasan.

pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
dosa yang jahat dikenang juga.

dua tiga kucing berlari,
mana sama si kucing belang,
tua muda hidup memberi,
bukan hidup kongsi seorang.

kalau ada sumur di ladang, 
boleh saya menumpang mandi,
umur saya tidaklah panjang,
maafkan saya kalau terasa hati.

9 comments:

penghuni depan bilik em said...

waa gilak laa em.berpantun pulak die.
i like dis post.
hahahahahaa

penghuni bilik belah kiri bilik em said...

em, aku yg lama tak berpantun ni pon takleh lawan pantun ko.

i like this post too

penghuni bilik em said...

ade beberape copy paste sebab makne de menepati cita rasa.

penghuni bilik depan kauthar said...

pergh em...
ape kes ni???
gosip jom.
=P
@.@

penghuni bilik belah kanan em said...

best lah em! best best!
semuanya best bangat!

penghuni bilik depan rumah el-nour lazoughly said...

hahaha..i loike pantun 4 ok...
haha.. em ni makin lame makin puitis.haha
ade makne ke?

penghuni bilik em said...

daie kene jiwang bebeh.kakakakka~~

ahl anfaal y suke tdo said...

pantun ke9 utk aku/>?
knape ak mcm xpaham relation die ngan aku @_@
tp xpe.bkn snang nak ade org jewang cam em dedicate pantun kat aku hua3

Sharifah Syahirah TSM said...

siapa nak jadi a_a_ b_n_a_ saya,
bulan pertama mesti kena karang puisi.
siapa kata hati _ _ _ _ _ _ keras.
kata _______.

em boleh lah tergolong dalam golongan tu, setiap bulan buat puisi.

=)