11 May 2010

jangan hukum aku

laungan azan di mesir memanglah berkali2, namun aku sering menunggu untuk laungan yang satu itu untuk menggerakkan aku ke toilet dan mengambil wuduk. laungan bang dari masjid berhampiran rumah lamaku; Beit al-Cis cake. kerana itu yang paling wadih dan paling dekat dengan koordinat rumah aku yang sekarang ni.

sedaya upaya aku terus mencuba, agar bukan laungan azan mana yang menjadi pilihan, tapi yang pertama aku dengar itu yang menggerakkan aku segera menyucikan dosa2 kecil antara waktu solat yang telah aku buat.

sungguh, aku masih mencuba.

mencuba meninggalkan segala yang menarik aku dari bergegas2 menghadap Ilahi.
meninggalkan keyboard empuk dari hentaman jari-jemari lemah ini.
meninggalkan peluk selimut yang aku tiduri.
meninggalkan sudip berminyak dan kuali menggelegak menyiapkan santapan petang hari.
meninggalkan buku yang penuh dengan penemuan2 dan bukti ciptaan Ilahi.
meninggalkan segala bentuk hubungan duniawi yang memutuskan aku dari berhubung dengan Ilahi.

tinggalkan.
tinggalkan semuanya.

graviti dunia terlalu kuat menarik aku menelepek ketat bersamanya.
bisikan merdu syaitan terlalu asyik sampai aku kabur itu adalah dia.
suara hati bisikan nafsu hasil didikan iblis durjana mengelirukan aku apa yang patut aku buat.
bila azan memanggil,
graviti tak merelakan aku pergi dari kerusiku.
punggung berat, angkat mahu tak mahu, kaki injak tak injak menolak punggung untuk berdiri dan pergi.
suara halus, selesaikan urusanmu dahulu, mereka yang lain pasti lambat sekali untuk kau tunggu.
hati bicara, taip sampai habis, jangan biar isi perbualanmu tergantung, kamu sedang mendakwahinya kan?

tinggalkan.
tinggalkan semua kecintaanmu.

sungguh aku masih mencuba.
jangan Kau hukum aku ya Tuhan.
aku mohon.
ampunkan aku.

2 comments:

nur ain said...

suka3 sangaaat
kita buat kempen wuduk b4 azan ok kan ^^
hmmm...fastabiqul khairat!!
kita lah yang lebih sepatutnya untuk tunggu 5waktu contact dgn Allah tu ...sbb kita hny hambaNya

Sharifah Syahirah TSM said...

best.
em, ana rasa enti memang ada bakat menulis.
harap enti teruskan menulis ye,
insyAllah, akan ada hati2 yang tersentuh.