26 April 2010

adakah ini hari meluahkan perasaan?

To Kawan.
perjuangan kita bukan main-main.
perjuangan kita berkitar antara hidup dan mati.
samada kita hidup mulia, atau mati syahid.
dua-dua demi Islam.
demi Allah.
tak ada niat lain melainkan kerana Tuhan sekalian alam.
ini tanda kita hamba Dia.
ini tanda kita tunduk sujud rukuk pada dia.
ini bukti kita Islam.


demi Tuhan yang menciptakan hati dan perasaan,
aku harap kau tak lama-lama terawang-awang mencari jejak.
cepat-cepat kembali kepada Tuhan.
cepat-cepat minta maaf kerana membuang masa banyak sekali dalam keadaan kau sihat.
cepat-cepat cari penawar atau syaitan akan terus menerus meracuni engkau.
cepat-cepat sedar yang hakikat dunia bukan hanya diduduki oleh manusia, tapi ada makhluk lain juga.


jangan fikir bila kamu lesu itu adalah sebab kamu, 
itu bukanlah satu-satu faktor utama.
kerana kelesuan kamu adalah tanda keberhasilan syaitan dalam kerjanya.
jangan sekali-kali kau tunduk pada syaitan durjana itu.


dulu dia bongkak dgn Adam a.s.
jangan kau biar dia terus menerus bongkak dan berjaya menguasai diri kau.
bodohlah engkau kalau kau tunduk patuh dan mengaku kalah sebelum berjuang.


kau masih belum berjuang Kawan, tapi kau asyik tergoda sebelum kau berjuang.
kau asyik mengaku kalah sedangkan kau tak berjuang langsung!
sampai satu tahap, bila kau asik diasak dengan pemikiran yang kau telah terlalu banyak kali kalah,
kau jadi penat lantas mengalah terus.

hakikatnya kau tak berjuang habis!
mungkin tak pernah berjuang pun!
mungkin selama ini kau tidak terjerumus dalam maksiat, hanya semata-mata persekitaran "bilik" kau yang selamat, dan kau tak diuji dengan segala keindahan dunia kerana semua itu berada di "bilik sebelah".
bukan kerana kau berjuang untuk menjaga diri kau dalam keadaan persekitaran yang tidak selamat.
kau selamat selama ini kerana suasana sekitar kau selamat.
dan bila kau termasuk ke bilik sebelah yang tidak selamat, kau hanyut.


nampak tak?
teliti balik.
betulkah apa yang kau fikir selama ni?
betulkah selama ni kau berjuang untuk melawan maksiat itu?
betulkah?
atau kau telah termakan dengan bisikan syaitan durjana itu?
yang membisikkan dan meng'set'kan minda kau,
bahawasanya "kau telah berjuang, tapi kau masih tak kuat untuk lawan godaan dunia, godaan syaitan.
at least kau dah berusaha."
dan terus menerus berfikiran macam tu?


you are a good planner kawan.
kau rancang study kau, kau berjuang dalam study kau, almost perfect!
tolonglah.
tolong buka pancaindera keenam kau, yang melawan syaitan juga perlu strategi.
tolong jangan pura2 buta, dan pandang sebelah mata, yang maksiat kau buat selama ini, akan terus menerus begitu tanpa sebarang usaha utk mengatasinya, dan kau redha dgn maksiat itu!
tolong jangan!
mereka sangat sudi membantu kau,
tapi kepala diri kau, ketua bagi diri kau, ialah diri kau sendiri.
bukan diorang!
kepala kau yang akan tentukan kau, sama ada mengadap laptop untuk mecari Allah, atau mencari Taghut.


dah, jangan mengelamun lama-lama.
ini hakikat hidup kat satu tempat bernama dunia yang terletak di planet Bumi.
tolong sedar cepat-cepat.
sebab kita tak tahu bila kita akan dipindahkan ke alam yang satu lagi tu.
cepat2 kembali kepada hakikat.
cepat2 kembali kepada fitrah.

1 comment:

Anisah Shamilah MS said...

kawan,
maaf kalau aku bukan kawan terbaik.
tapi aku ingin kita semua jadi pejuang terbaik. at least, cuba menjadi pejuang terbaik.