10 January 2010

manusia tak sedar diri

tiba2 aku rasa sangat2 malu untuk berseronok-seronok pada usia 20-an ku,
sedangkan pada usia ini kedua orang tua ku sedang menghadapi masa-masa tersusah dalam hidup mereka.
mereka mencari kerja untuk survive, sedang aku dapat duit senang-senang dari JPA.
mereka beribur seadanya, sedang aku melampau-lampau dengan youtube dan internet.
mereka berdiri atas kaki sendiri, duit gaji dah diberi kepada orang tua,
sedang aku, duit banyak2 membazir makan makanan mewah dan ntah ape2 lagi.
aku malu, mereka bersusah, dan aku menikmati kesenangan hasil perit jerih mereka.
aku malu.
sangat2 malu.
malu dengan diri sendiri.

aku respect orang dahulu.

No comments: