VVU

3:54 AM أمانينا 3 Comments

orang yang enggan menutup pandangan
dari kekurangan sahabat
sampai akhir hayat, ia tak kan dapat sahabat tanpa cacat
orang yang selalu menghitimg-hitung kesalahan
sepanjang hayat tak ada sahabat tanpa cacat


jangan terlalu banyak menyalahkan
kerana waktu kita sangat sempit
suasana terkadang tenang

namun terkadang juga bergejolak
aku tak pernah menangisi atau kecewa
kerana pasang surut sikapnya
hanya aku betul-betul menangis
ketika ia pergi tak kembali

ukhuwah mengikat begitu banyak manusia
jika mereka sudah bersatu
tak terasa kesusahan masa lalu
barangkali sisa umur kita terlalu pendek
buat apa kita terus saling menyalahkan
tanpa mengenal waktu


mereka tetap manusia
sama dengan dunia, harus ada cela
terlihat oleh mata atau nampak ibarat noda
dalam air jernih
kiranya tidak adil jika harus mendapat sahabat
yang baik
sementara dirimu tidak baik perangai
dan tatakrama


aku tidak pernah melihat kekurangan sang kekasih
tidak pula sebagian perangainya selama aku menyukainya
pandangan suka akan menutup semua kekurangan
sementara pandangan benci akan memperbesar
setiap kesalahan

3 comments:

Qadar

5:52 AM أمانينا 5 Comments

cerita ini sangat menarik untuk dikongsi. tentang qadar dan freedom of human to choose in his life.
dan benda ni memang menjadi persoalan dalam hati tapi berpusing2 dan tidak menemui penghujung.

Islam kata Tuhan bagi freedom of choice untuk manusia dalam hidupnya, but then Allah still knows the past and the future, and what we will choose.
so, how may a person choose on his own without any influence from God to choose according to what He knows?
(pahe dop soklan nih?)
macam mana kita kata, yang manusia tu ada kebebasan utk memilih dalam hidup ye, tapi Allah kan tahu apa yg akan dia pilih, so, gane kite leh kate yg manusia tu buat pilihan tanpa influence dari Tuhan?
God maybe influence that human to choose according to what He knows.
(pahe dop?)

dipendekkan cerita, pada suatu hari, Akh Fadil Soliman ni pegi la gereja utk buat presentation ttg Islam kpd non-muslim di US. ttbe2 pagi tu anaknye nk ikut lak, sggup meninggalkan kartun Arthur di TV. dia pon bwk je lah. smpi ke gereja, ade la nampak baki2 buku color2 kanak2. mungkin lebihan dari program gereja pada hari sebelumnya. dia tanya anak dia, kamu nak ikut duduk depan bersama presentation atau nk duduk diam2 kat belakang color buku? maka anaknye mjawab nk kaler buku.

stlh hbs presentation, seorang audience bertanya soalan di atas ini.

about Qadar, how may a person choose on his own without any influence from God to choose according to what He knows? (not exact words)

tht's it. ni la soalan yg dia takut2+xbape nk yakin sgt kalau org tnye.

but then, without any thinking, tanpa berfikir apa2, dia terus menjawab,
"On the morning I bring my son here. but then when we arrive here, i give him the freedom of choice,to go in front with the presentation, or to color the book quietly at the back.And I'm sure 99% that my son will choose to color the book, as I'm his father, I've knowledge and experience about my son. Without any influence from me, to choose either one, I'm 99% sure that he will choose to color book."

"And so why wouldn't God, who know everything, the past and the future, to be sure 100% on what choice we'll choose, without influencing on us?"

(pahe dop?)

seorang ayah tu, boleh yakin almost 99% ape pilihan yang anak ye akn buat, tanpa perlu influence anak dia utk pilih mana2, sbb dia dah tahu dan berpengelaman dgn anaknye.
apatah lagi Allah Yang Maha Mengetahui,100% bole sure ape yg kite pilih sbb dia tahu manusia ni gane dan apa pilihan dia buat, tak payah nk influence2 manusia supaya buat ikut apa yg Allah tahu.

itulah ceritenye.
sape dok pahe buleh tnye sek2 ganung yg pi bengkel nih. lol..

5 comments:

kamera vs videocam

12:59 AM أمانينا 5 Comments

kamera untuk orang pendiam.

videocam untuk orang yg outspoken.

sape nak try hypothesis ni?
=D

5 comments:

Bangkitlah negeriku Malaysia

8:56 PM أمانينا 0 Comments



Tatap tegaklah masa depan
Tersenyumlah tuk kehidupan
Dengan cinta dan sejuta asa 
Bersama membangun Indonesia

Pegang teguhlah kebenaran
Buang jauh nafsu angkara
Berkorban dengan jiwa dan raga 
Untuk tegaknya keadilan

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Selama matahari bersinar 
Selama kita terus berjuang
Selama kita satu berpadu
Jayalah negeriku jayalah!


Shoutul Harakah-Bangkitlah negriku


-bangkitlah negeriku Malaysia..-








Singsingkan lengan baju pancangkan asa
Ukirlah hari esok pertiwi jaya
Bergandengan tangan tuk meraih ridho Allah

Buatlah negri ini selalu tersenyum
Bahagia dan Sejahtera dalam cinta-Nya
Tiada lagi resah tiada lagi duka lara



Negeri indah Indonesia
Memanggil namamu
Menyapa nuranimu

Negeri Indah Indonesia
Menanti hadirmu
Rindukan karyamu

Shoutul Harokah-Indonesia Memanggil-

-lagu yg sgt menimbulkan smgt hubb watoniyyah-

0 comments:

of "so so much!"

5:21 AM أمانينا 2 Comments




What if u like someone so much & can't get Married.?



2 comments:

10 minit

2:10 AM أمانينا 0 Comments

0 comments:

Putus Asa

12:31 PM أمانينا 0 Comments

Terdapat 3 perkara yang menyekat seseorang daripada mendaki tangga kejayaan; jahil, sakit dan putus asa.

Ubat bagi jahil adalah menuntut ilmu, manakala ubat bagi sakit ialah mendapatkan rawatan doktor. Hanya putus asa yang perlu diubati oleh individu yang menderitainya sendiri dengan melawan unsur negatif dalam dirinya dengan aza yang kuat dan tawakal kepada Allah.

Sifat putus asa perlu ditewaskan dengan beberapa langkah berikut:

1. Tawakal dengan sepenuh hati.

2. Yakin dengan janji Allah dan redha dengan segala ketentuannya.

3. Strong will (semangat juang yang tinggi).

4. Jangan fikir kesusahan akan berpanjangan kerana ia akan menyubur sifat putus asa.

5. Ingatlah bahawa Allah mempunyai satu sifat yang harus iaitu harus melakukan apa sahaja. Oleh sebab itu, kita sebagai hamba tidak layak merasa putus asa atas apa jua ketetapan Allah untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam setiap perancangan-Nya.

6. Putus asa bukan jalan keluar daripada sebarang masalah.

 

sumber: Majalah Solusi

0 comments:

الموت

10:59 AM أمانينا 1 Comments


كل الناس ستموت فأنا متى؟
 

1 comments:

Waktu

Al-Hasan al-Basri berkata:

- Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!- Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.- Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

Ibn Mas’ud berkata:
- Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu.

Ibn al-Qayyim berkata:
- Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya.

As-Sirri bin Muflis berkata:
- Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berlurangnya usiamu.




p/s: 3 minggu lagi round commed akan tamat.

0 comments:

langit

6:53 AM أمانينا 1 Comments

bila lihat langit yang luas, terasa 'blur'.
kerana melihat sesuatu yang tak ada penghujungnya.
tiada titik fokus sebagaimana bila melihat objek yang dekat.
kosong dan 'plain'.
namun tetap rasa best dan kerdil dengan makhluk Allah yang lain.
kita berlainan bentuk, tapi Tuhan kita tetap satu.
Allah.

subhanallah..


1 comments:

=

1:14 PM أمانينا 1 Comments


Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Mengikut Maslow manusia yang  mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

    • Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain. (akhlaq yang mantap + itsar)
    • Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan. (akhlaq yang mantap)
    • Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular. (aqidah yang sejahtera)
    • Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya. (mujahadah=menguasai diri)
    • Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka. (mampu bekerja=berdikari)
    • Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru. ( can't translate this )
    • Bersikap objektif. (objective-oriented, bukan program-oriented)

1 comments:

bangun malam

11:28 PM أمانينا 5 Comments

"alamak kak, malam tadi tak bangun..", kata Iqi di muka pintu bilik.
dalam hati aku, 'dah Iqi tido kol 1 malam tadi, men game, nak bangun mendenye..=.='.
"malam ni Iqi nk bangun lah."
kagume dengan semangat Iqi, wpun ak tataw apa pasal de nk bangun dan apa dia nak buat bile dah bangun malam.

maka malam ini aku bertanya lagi kepada Iqi.
"Iqi, malam ni Iqi nak bangun ke?"
"Nak"
"Iqi nak bangun pukul berapa?"
"ha, pukol 1 lah, kak set la jam. Kalau tidur lambat pon takpe, nanti Iqi tido la dalam bas. (=.=')"
"Nanti kalau iqi bangun, Iqi nak buat apa?"
"Tengok luar la"
dalam hati, ' ni mesti kes nak tengok pokok rukuk/sujud ni.. =.=
"Iqi, biasenye mane ade nampak pokok rukuk ke sujud ke.."
"Habis tu?"
"Iqi solat le dua rakaat ke, pstu baru la tgk luar.Solat tahajud ke"
"Kakak tahu ke niat solat tahajud?"
"Ala,Iqi bace je sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala"

"Macam mana nak tahu malam tu Lailatul Qadar?"
"Orang kate la, malam tu langit terang, kan macam malam ni Iqi tgk langit hitam kan, kalau Lailatul Qadr de kemerahan2 sket. Kejap kakak google kt internet"
Dan aku bacakan tanda-tanda malam Lailatul Qadar kepada dia.

"Kakak nak bangun ke tak malam nanti?", tanya Iqi lagi, yang sudah dua hari tidur di bilik aku kerana kesejukan bilik ini dengan hawa dari luar bilik.
"Bangun, ala, kalo kakak dengar bunyik alarm tu, msti terbangun jugak"
"Hehe..aah, kalau mama, kakak, din, senang bangun. kalau Iqi, ayah, susah. ayah lagi la, (sambil buat gaya orang berdengkur krooohh)"
"Dah2 tido2. esok sekolah."

Iqi cuba2 menongkat dagu untuk melihat apa aku sedang buat. (tgh tulis blog)

"Daaahhhhh, pegi tidooo.."


5 comments:

Rapuh

11:12 AM أمانينا 0 Comments



meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta





0 comments:

Lost Treasure

3:11 PM أمانينا 0 Comments

Project (3): Lost Treasure

·Many people waste their time after iftar although that if you read just one part of the Qur'an you will recite the whole Qur'an during the month. What prevents you from doing that: is it a comic program?(woah, kartun conan!) Or an interview with an artist?








manfaatkan lepas maghrib kita, bukan dengan makanan ya~

0 comments:

Project 2-Ramadhan has changed me

8:26 PM أمانينا 0 Comments





Project (2): Ramadhan has changed me
(Taraweeh) preparation project) 
Taraweeh is: the restful night prayer in Ramadhan

·Prepare the part of the Qur'an to be recited at night during thetaraweeh prayer. 
Read it after afternoon prayer with deliberation and reflection and you will realize the profound difference in your concentration at taraweeh prayer.
(In this way, you will achieve two recitations of the whole Qur'an: the one at taraweeh and the one after afternoon prayer).

·If possible, read the interpretation of that part or listen to a cassette on the same topic. 

Then you would achieve a rare recitation of the whole Qur'an: study recitation. 
You can then say that there is a real change in Ramadhan.
Do not say that this is difficult …
(The average length of the interpretation of each part of the Qur'an in -Sa'di's Interpretation- is only 29 pages).



baca ayat dan makna, ulang masa terawih. (kalau imam baca lain?)
usaha mana yang termampu.. :D













0 comments:

Project 1

8:39 PM أمانينا 0 Comments

mencari semangat yang lebih lagi untuk Ramadhan kali ini. takut2 entah tahun depan sempat atau tak.
terjumpa sesuatu yg menarik di manhag.net.



A Day of a Muslim fasting Ramadhan

(Ramadhan Projects)
 
Do you want to protect yourself from the thirst of 50.000 years on the Day of Judgment?
When you fast one day in Ramadhan, this means you fast for 14 hours = 50.000 seconds.
 
Do you imagine that these 50.000 seconds protect you from the thirst of 50.000 years on the Day of Judgment?
This means that one second in Ramadhan equals an entire year of the years of thirst and heat on the Day of Judgment!!
Dear brother and sister, Ramadhan, once missed, cannot be recovered. It is enough that you missed many Ramadhans in your life. If you fell once, rise up and do not despair.

Let this Ramadhan be as if it were the last in your life. So, whet your resolution and start Ramadhan projects with us as much as possible:
 

Project (1): How to be a multi-millionaire in 30 days

·Do you know that the good deeds of reciting the whole Qur'an on regular days = 3.3 million good deeds (it means that it cancels 3.3 million bad deeds).
·Multiplication of good deeds in Ramadhan makes the reward of umrah in Ramadhan = the reward of performing hajj with the Prophet (Peace be upon him).
·Then, what about the recitation of the whole Qur'an in Ramadhan? Here are hundreds of millions of good deeds in your hands. Would you let them go, then you shall regret every single good deed you lost on the Day of Judgment? Recitation of the whole Qur'an will make your balance more than that of millionaires and billionaires!!


projek Ramadhan~

0 comments:

arus

9:32 AM أمانينا 0 Comments

sejauh mana kita mampu mengotakan kata-kata kita.
yang mahu menentang arus.
melawan jahiliyyah dengan Islam.
yang mahu menjadi yang asing.

apakah kita berada dalam dakwah kerana ikut kawan lagi?
kerana kawan baik kita semuanya ada bersama?
kerana mak ayah kita ada dalam jalan ini sekali?
atau kerana jiddiyah kita sendiri?


sanggupkah kita tinggalkan kesukaan kita demi Tuhan Maha Esa?


" Sesungguhnya kerja mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. DimudahkanNya bagi siapa yg ada kebaikan dalam hatinya. Tugas ini satu penghormatan dan bukannya bebanan " Imam Ahmad Bin Hanbal

0 comments:

KISRA

9:33 AM أمانينا 2 Comments

ku sangkakan perjalanan akan sangat kelam kabut.
rupanya Allah permudahkan.

Allah permudahkan.
Allah permudahkan.
Allah permudahkan!

rasa menyesal, malu dengan diri sendiri kerana banyak panas hati.
sedangkan sepatutnya bersabar dari awal.
tengok, Allah dah mudahkan.
kan dah termalu sendiri.

give our fullest for the whole this adventure week!

salam KISRA~

-betulkan niat selalu-

2 comments:

Mimpi yang Indah

10:33 PM أمانينا 0 Comments

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

0 comments:

minggu ini

1:56 PM أمانينا 0 Comments

malam ni si dia akan menikah.
dan aku tak dapat datang, sebab aku tahu,
ramai lagi akhawat lain sebelum ini yang tak dapat datang juga tarikh2 penting akhawat mereka gara2 tuntutan dakwah yang melaut.
aku tahu aku perlu dahulukan yang lebih prioriti.

dan lusa aku sedaya upaya untuk hadir jemputan walimah si dia.
dalam masa yang sama, memenuhi jemputan orang tua untuk pulang ke kampung menjenguk atuk dan opah yang masih belum sempat aku jumpa sejak aku balik.
walaupun sedikit berat hati kerana terpaksa mengorbankan sabtu malam ahad, yang sepatutnya kita duduk sama2 berbincang tentang kerja kita,
aku minta maaf sangat2.
ana mintak maaf.

ya Allah, sampaikan lah kami kepada yang kami rancangkan, dan permudahkanlah segala urusan kami.

buat si dia,
saya cuba letakkan diri saya di tempat kamu, dan saya rasa banyak cerita sedih menjelang hari bahagia kamu.
saya harap bakal zauj kamu akan lebih menggembirakan kamu dan berada di sisi kamu menemani kamu selalu, supaya kamu tak sedih2 lagi.
kahwini dia kerana Allah, sayangi dia kerana Allah, nescaya redha Allah bersama kamu.

kami sayang kamu.

rawang, sel.

0 comments:

merubah dan berubah

9:55 PM أمانينا 0 Comments

Berubah adalah tanggungjawab individu untuk diri sendiri.
Merubah adalah merubah orang lain dari buruk kepada baik.


Berubah disuruh oleh Al-Quran 13:11.
Merubah di suruh oleh hadis : Man ra’a minkum munkaran.. hadis no 34 matan 40 hadis Nawawi.

Tetapi perlukah ia berlaku drastik? segera, (selalu; bahasa orang pantai timur), on the spot, sekarang, tak boleh ditangguh-tangguh?)

Perbezaan antara berubah dan merubah.


Berubah mestilah drastik kerana kita wajib mematuhi syariat segera. 
Tidak ada pelepasan dari tidak mengikut syariat. 
Allah tidak akan memberi masa kepada kita jika kita mampu untuk melaksanakan kewajiban tetapi kita kemudiannya tidak melakukannya tanpa sebarang uzur. 
Apa kata jika kita mati dalam keadaan kita menangguh-nangguhkan mematuhi perintah Allah. 
Kesah sahabat-sahabat yang menuangkan arak-arak dari tong-tong arak di rumah mereka di Madinah menjadi contoh terbaik bagi kita. 
Contoh muslimah di zaman awal Islam memotong kain-kain langsir rumah untuk di jadikan tudung setelah turun ayat hijab menjadi contoh kepada kita. 
Sahabat yang terus membuang cincin emas dari jarinya setelah di larang Nabi saw juga patut di tauladani.


Merubah pula satu hal yang berbeza.
Kita wajib menyuruh orang untuk berubah. 
Tetapi kita tidak boleh men’expect’ darinya akan berubah serta merta. 
Oleh itu kita mesti bersabar, mencari jalan terbaik, tidak melakukan suatu yang boleh menyebabkannya tidak akan berubah selama-lamanya.
Di sinilah terletaknya fiqh taghyir.
Pelajaran-pelajaran dalam fiqh-fiqh dakwah di dalam halaqah-halaqah akan mengajar fiqh-fiqh ini semua. 
Moga anda semua telah mempelajarinya atau akan mempelajari dari sang murabbi anda.

www.muntalaq.wordpress.com

0 comments:

tak penting

10:34 PM أمانينا 3 Comments

banyak sangat tak tercatat.

-Ah Choo meninggal, went to Fairy Park, kubur cina kubur kristian place.
-attachment in Hosp Selayang
-result exam third year
-visiting ulya's house
-program summer @@

these happened starting from last Saturday.
too much and couldn't be jot down the thoughts.

result?
makman said, Allah dah kasi dah tu...banyakkan2 la amalan lagi...Allah dah bagi jugak peluang.

lain orang lain mihnahnnya..
bersesuaian dengan apa yang termampu olehnya.
(la yukallifullahu nafsan illa wus3aha)

tabahnye orang2 yang Allah bagi ujian ni..

3 comments:

kotor

12:37 AM أمانينا 1 Comments

mesir kotor.
kotor dengan sampah.

malaysia pon kotor.
kotor dengan zina dan fikiran2 kotor.

3 ibu dunia,
arak,
zina,
judi.

mesir kotor, tapi bukan kotor yang ini.

aku jijik, tapi ini negara aku.
banyak kerja kita kena buat.

statistik anak luar nikah di Malaysia

1 comments:

real hunger

7:02 PM أمانينا 0 Comments

saya masuk ke bilik adik, melihat2 biliknya secara laju.
posisi katil telah berubah, menampakkan timbunan baju di hujung katil.
jika dulu, timbunan baju itu tersorok, nah, kali ini dari jauh sudah kelihatan.
taktik baru mama agaknya. tapi tak berhasil lagi. kene guna taktik lain.

rak buku.
wow.
compact powder dua bekas!
saya satu pon tak ada. T__T
bertepek segala macam produk, tapi jerawat ade jugak.

teringat mama kata tentang karangan yang perlu adik buat tentang rak buku, jenis2 rak buku yang akan menampakkan kekemasan.
yang kemudiannya mama menambah2 di hujung karangan itu,lebih kurang begini,

"rak buku yang kemas bergantung kepada pemilik rak buku itu. Jika dia seorang yang pengemas maka rak buku itu akan jadi kemas. Jika rak buku itu kemas macam mana pun, tapi tuannya tak pengemas, maka rak buku itu akan tetap bersepah."

xD

dua situasi. nampak cm takda kaitan, ada sebenarnya.

manusia di sini, di bumi hujan hijau ini, tumpuan muda mudi zaman ini, sibuk memberi makan kepada jasad2 mereka.

People keep feeding their outfits excessively, not realizing what the real hunger meant.

perkara pokok yang harus diubati dahulu, bukan natijah kerosakan hasil tangan kita.

Iman kita. Islam kita.

Islam mengajar kepada menjaga kebersihan, menjaga pemakanan, dll.
maka itu yg harus dikerjakan dulu.
bukan tepekan2 kosmetik itu yg perlu dilebihkan.

Islam mengajar kepada sistematik dan kekemasan,
maka itu yang harus dipupuk dahulu dalam diri.
bukan membeli rak yang cantik dan kemas semata2.

cuma contoh. rasanya banyak lagi, berjuta2 lagi senario yang akal kita boleh fikirkan utk dijadikan contoh.

baik dari segi gejala sosial, hinggalah ke politik.
no comment.

mahu dapatkan booster esok, meeting sisters are really necessary utk maintain semangat.

p/s: nunu pesan, jgn lupe bawak 'alatan' meeting esok.huhu

0 comments:

rehat?

12:44 AM أمانينا 2 Comments

hari ketiga aku di Malaysia.

setakat ini, hari2 akan ada sesuatu yg kalau orang tanya kau buat ape, ak boleh jawab pegi kenduri, pegi reunion, update data.

cume aku takut sampai satu hari yang mana aku tak buat apa2 di rumah, melainkan termelangut di hadapan komputer dgn perkara tak berfaedah.

ak sangat2 kagume dgn seorang ukhti kita yg sgt bekerja keras di Msia, yang membuatkan aku sentiasa berjaga2 dari terpedaya dgn masa lapang yang aku mungkin akan ada. kalau ku terfikir utk berehat, maka aku akn teringatkan dia yang siang keluar rumah, malamnya pulang dalam keadaan memikirkan tentang orang lain, ttg ummah.

jetlag aku mungkin masih ada, cuma tak sedar agaknya. malam akan ngantuk jam 2am, yg mana pada waktu  mesir jam 9pm, mmg waktu tersengguk2.
cume mujahadah yg tinggi utk melawan ngantuk selepas subuh mmg sangat perlu.
pagi di sini waktu tidur di sana.

seriously, jeles dgn org mesir.
keluar rumah anytime, tak perlu consider pemission mak ayah utk keluar selalu dan lama2,
cabarannye duduk Msia..

aku tak mahu jadi dormant.

kami tiada tempat rujuk pandangan.
gantung tak bertali?
T__T

2 comments:

reunion

8:16 PM أمانينا 3 Comments

'siang pertama' di malaysia dikejutkan dengan kedatangan cik Nana dan Nadirah ke rumah, semata-mata mahu ajak makan sekali petang nanti, ala2 small reunion gtu.

kelas di sekolah agama, utk batch kami, hanya ada 19-20 orang, jika saya tak silap.
tolak 5 cebis lelaki, maka total pelajar perempuan ialah lebih kurang 15 orang, dan semalam berjaya m'gather'kan seramai 6 orang, almost half.

saya suka utk qoute kata2 cik Nana,
"kawan2 pd zaman kanak2 lebih jujur dan telus dibandingkan kawan2 yg dikenali semasa dewasa."


sebab hati kanak2 itu telus, jujur, tak berapa pandai menyembunyikan, dan berterus terang.








aku mahu hati yang suci.









3 comments:

Alex 1

6:21 AM أمانينا 1 Comments

cm tak percaye dah sampai Alex tbe2.

let's paint the light di Alex yg cntik nih.

balik cairo esok mlm.

lusa tamat bengkel.

tulat balik Malaysia.

bwk balik souvenir gmbr2 je boleh x? ringan sikit beg.

kes3~ joking. i'll buy ur 2kg grapes ok.. hadiah kerna mjadi model yg cemerlang.

model tetap



esok: tadabbur alam..

1 comments:

patho vs microbe

3:09 PM أمانينا 7 Comments


dah habis!

masih ade lagi yang tak habis oral patho saat ini, ada lagi yang tengah selak2 buku depan department, dalam department, tepi bilik menunggu. alhamdulillah dah habis!

saya terlepas pahala redha dari awal, sbb dh geram dulu dgn doktor oral tsebut, tapi tak terlambat kan utk berlapang dada?

saya nampak markah oral saya. dan markah orang2 sblm saya. doktor ni mmg kedekut markah, berpadanan dgn jenis soalan yang ditanya. T_______T

tapi saya terfikir2...........

microbe, saya dapat doktor baik, dan saya yang tak baik, saya tak stadi dengan smart, maka banyak saya lupa. dan paling2 byk pun la markah oral, kalau saya jadi doktor, saya akan bagi sama dengan markah yang saya dapat mase patho tadi. (suggest that i get the same mark in both subject.)

tapi patho, doktor agk cruel, dan tak tolong langsung kecuali sedikit,(terima kasih doktor), dalam keadaan cara study yg lagi better dan yakin utk hadapi patho, tapi saya dapat markah yang sama dengan microbe(andaikan).

dua situasi yang bagi saya sangat2 kontra, dari segi preparation dan situasi, between the first and the last, tapi sudahnya situasinya terbalik, dengan markah yang sama.

nah, ini kuasa Allah yang susah sangat2 untuk seorang pelajar seperti saya imani, hubungan antara usaha dan result.

PUTUSKAN!

dan sekarang terbukti, terang nyata lagi bersuluh torchlight, tiada langsung hubungan antara kedua itu.
usaha utk patho berkali ganda dari microbe, tapi kesudahannya sama sahaja dengan microbe.

dan Allah bukan kira dan masuk dalam akaun pahala kita, markah2 yang kita dapat, tapi sejauh mana usaha kita dan pergantungan kita kepada Dia. masih tidak terlambat walaupun telah berlalu semuanya, untuk meletakkan sepenuh pengharapan, mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam hidup, sebab tak ada siapa lagi yang layak untuk kita bergantung harap kecuali kepada Allah Maha Esa!



Allahussomad!


impikanlah yang mustahil itu,
dan minta kepada yang selayaknya.
tiada yang lebih layak untuk kita meminta2 dan merequest sesuatu yang impossible melainkan kepada Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu!
Dia berkuasa merubah mimpi jadi realiti, dan merubah sangkaan kepada kejutan!
percaya dengan Allah, sempurnakan rukun imanmu!


p/s: iltizam untuk jadi lebih baik ya tahun depan :D



7 comments:

doakan

10:00 PM أمانينا 5 Comments

"izzah kate, kalo nak mintak doakan, tulis kat kertas, pstu stepler, nnt bagi kat die sebab die takut lupe."
"cmne nk bagi kat die?die pegi (umrah) malam ni kan?"
"ala, kite kan sekali balik (malaysia) malam ni, nnt jumpe la kt epot.."
"oo..ok2..."

*tulis2*

1. Doakan aku lulus sume subjek terutamanya Microbe.
2. Doakan aku...
3. Doakan aku...
4.Doakan aku.. 
5.Doakan semua orang...
6.Doakan....

*pass kat Amalez*

"Eh, kenapa lulus je?"
"tak yakin la Mal.."
"kan kita kena putuskan hubungan result dengan usaha.."
"tapi cm tak yakin..usaha cm ..hmmm"
"memang la..ko nampak je kite rilek..tapi kt dalam hati ni...huhuhu...sape yang tahu.."
"sebab kite tahu yang usaha kita tak mumtaz, kalau dapat mumtaz tu mmg aku rase tak layak ar..tak patut aku dapat..kalau dapat tu...."
"memang miracle la..mmg kuasa Allah terbukti gile ar...tapi kita kena doa kite nak yang terbaik..tak kesah la dapat ape nanti...kite target yang tertinggi...tapi, lepas ni, kene usaha keras la lagi...(jgn mcm ni lagi.iltizam utk lebih baik.)"

'dalam hati, aah la, kang aku target lulus, dapat lg rendah lak kang, kalo target mumtaz, dapat rendah sikit byk lagi level sblm rasib'

"bak balik kertas tu, nak tukar.."

*conteng2*

1. Doakan aku lulus Mumtaz sume subjek terutamanya Microbe.

'hoo, target yang plg mustahil sekali utk mumtaz..gasak le'
'betul tu, kat sape lagi aku kene berharap kalau tak kat Allah? baru belajar semalam yang orang2 mukmin hanya kena bertawakkal kepada Allah.'


AQ 3:160
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, 
tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."


'ok, ak kena target yang terbaik utk diri aku walaupun aku tahu aku punya usaha level mana sekalipun'

'kemudian, apa2 yang ditakdirkan utk aku setelah itu, maka ketahuilah itu yang terbaik utk aku.'

'sesungguhnya ujian ini sangat kecil dibandingkan dengan orang lain.'

'maka bertawakkallah kepada Allah, kalo mu btawakkal ke doktor takde gunenye.'

'teruskan hidup dengan lebih cemerlang.'

5 comments:

jenis2 blog

11:05 PM أمانينا 9 Comments





blog tambah:


blog tolak:


blog titik:

blog melayang:

9 comments: