buat ape sorg2 dlm bilik tu??

6:12 AM أمانينا 3 Comments

exam lagi sebulan.
iye ke? lebih kurang la.
xsampai sebulan lagi pun.. sume orang sewajarnya khusyuk menelaah buku, bukan mengadap internet dan bermain2 lagi dgn keseronokan dunia yang internet bentangkan. kamu kata kamu student medic kan? ada tanggungjawab utk study kan?
kan3?
(ape ak nk ckp senanye..=.=)

ade sesuatu aku nk cakap. benda paling best aku pernah dapat, dan tadi waktu SC isinya agak tergantung sebab aku tak tahu perlukah aku teruskan atau tak. tapi sekarang aku nak mule semula dan teruskan sampai habis.

aku mahu kongsi tentang taqwa. aku yakin semua orang tahu makna taqwa. soalan SPM la katekan...
sebelum tu, sile pastikan AlQuran terjemahan berada di tangan anda. :D

antara hadith Rasulullah yg menyebut ttg taqwa adalah hadith ke 18 dari hadith 40 Imam Nawawi.
Hadith 18 Arabic text
Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal r.a menerangkan, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji."

Ada 3 point yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan pada kita.
1-Taqwa
2-menyusuli perbuatan dosa dengan kebaikan
3-bergaul dengan akhlak terpuji

Bila Allah suruh kita bertaqwa, maknanye Allah suruh kita buat apa?  (AQ 2 :1-5)

ak mahu share ape yg Khalifah kita, Khalifah Umar Ibnu Abd Aziz perkatakan ttg taqwa.
"Taqwa yg sebenar bukanlah dengan puasa di siang hari, solat malam, di samping mencampur adukkan amalan baik dan buruk antara dua amalan soleh itu! Taqwa kepada Allah ialah meninggalkan yang haram dan melakukan yang fardhu, dan sekiranya dia berbuat baik selepas itu, maka itu adalah tambahan"

aku tak mahu pergi jauh2. aku mahu cakap tentang kita. komuniti di Mesir.
semua orang pun rajin sangat2 buat perkara2 sunat. ramai sangat. xpayah pin point, rata2 semuanya rajin sangat puasa sunat pada waktu siang, dan bangun malam utk solat sunat.
tapi....kita masih lagi mencampur-adukkan amalan yang buruk dengan amalan yang soleh antara kedua amalan sunat tu. Ini bukan taqwa! ia tak memenuhi maksud taqwa tu lagi. masing-masing sudah mengaku sudah besar dan pandai berfikir dah kan? boleh fikir kan apa amalan soleh yang dicampur-adukkan dengan amalan buruk yg kita dah buat?
(terasa jantung di'stab2', rasa terpukul )T_T

aku juga mahu kupas tentang "...di mana pun kamu berada..."


bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada, di tempat sunyi, tempat terang, di bulan, matahari, bintang, bumi, langit, underwater, underground, dalam bilik, di Mounira, di Giza, di Imarah 9, di mana sahaja!

dalam keadaan terang mungkin agk mudah utk kita rase takut pada Allah tu, di samping terasa banyak mata memerhatikan kita andaikata kita terfikir nak buat maksiat. tapi bila di tempat tersembunyi??

ada seorang badwi mahu menggoda seorang wanita, lalu dia berkata kepada wanita itu,
"Tak ada siapa melihat kita sekarang melainkan bintang-bintang" >>wah, romantiknye~~<<
lalu wanita itu dengan selambanye menjawab kembali,
" Maka di mana pula Penciptanya??" >>ko ingat pencipta bintang tu xnampak???<<

itu salah satu contoh seorang hamba takut pada Allah di tempat yg sembunyi.
memang cabaran utk tidak melakukan maksiat semasa berseorangan adalah sangat tinggi. sebab waktu tu, tak ada siapa nampak apa kita buat, tak ada siapa yg akan tegur kita, dan kita rasa selamat kalau kita buat maksiat sebab takde orang tahu dan nama baik kita masih lagi terjaga sebab orang tak tahu apa yang kita buat...(ha...korg tgh buat ape dlm bilik sorang2 tu???)

Ulama' Salaf menyebut, yang kenapa kita ni, bila kita sorang2, kita rasa pintu maksiat tu terbuka LUAS untuk kita???? ada 2 sebab:

1. Jika kamu menyangka bahawa Allah tidak melihat kamu, maka sesungguhnya ketika itu kamu sudah kafir. (kerana kita dah menidakkan satu sifat Allah iaitu Allah Maha Melihat!!)
2. Jika kamu sedar Allah melihat, tetapi itu sedikit pun tidak menghalangi kamu, maka ketika itu,kamu terang-terangan sudah menderhakai Allah.

(heart stabbing again #_#)
erk~aku yang mana? kamu pula? erk~~~~........

"Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya."


nah, ini sifat orang bertaqwa. mereka bukan maksum. kita bukan Nabi yang maksum dari segala maksiat dan dosa! tapi, bila sahaja dia melakukan dosa, dia akan cepat2 menyusuli dosa itu dengan kebaikan, dalam erti kata lain, dia cepat2 mintak ampun dari Allah, cepat2 bertaubat.

ada satu cerita menarik tentang ini.
pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang lelaki telah mendapat ciuman yang haram dari seorang perempuan, lalu dia bergegas berjumpe dengan Nabi, tetapi Nabi diam. sampai lah turun ayat ini...

Allah suruh tunaikan solat, sesungguhnya hasanat itu mem'pergi'kan sayyi'at.
sangat comel orang dahulu, mereka sangat care terhadap apa2 yg mereka buat, semua benda mereka akan mengadu kt nabi..=D

ada satu hadith nabi yang Abu Bakar riwayatkan (Abu Bakar sgt sedikit meriwayatkan hadith meskipun beliau org plg rapat dgn nabi o.O), 'orang yang memohon ampun tidaklah dikira berterusan membuat maksiat sekalipun dia berbuat dosa 70 kali."

AQ 3:133-136

ayat ke 135, para sahabat cakap, ayat ni sangat2lah valid untuk orang yang rase dia dah buat banyak sangat dosa2 yang teruk2. Fahishah dalam ayat ni, bermaksud sangat2lah teruk dan memalukan, walau seteruk mana pun kejahatan yang dah dibuat, Allah tetap akn maafkan hambanya. Eventhough Iblis pun menangis bila dengar ayat ni turun! sangat2 lah Allah sayang kt hamba2nya, sampai Iblis yang seteruk2 makhluk tu pun menangis bila tahu yang Allah akn maafkan hamba-hambanya, cume perlu mintak ampun je kt Allah.

lagi banyak kita buat dosa, lagi banyak kita perlu cover dosa2 kita, tapi ini tidak valid utk dosa-dosa besar, dosa besar perlu taubat nasuha. dosa-dosa besar takkan terhapus dengan amalan2 fardhu.

Ada isu di sini : boleh ke kita pandang dosa itu, kecil atau besar?
dengar ni : kalau kita bertaqwa, kita akan menjauhi dosa itu, tak kira lah kecil atau besar. bukanlah menjadi ciri2 orang yg bertaqwa untuk melabel dosa itu kecil atau besar.

realiti kita sekarang, kalau dosa2 kecil..."ala..xpe..dosa kecik je tu.." (biasa dengar kan?)

orang yg bertaqwa akan memandang dosa itu macam GUNUNG yang nak menghempapnya.
orang yang tak bertaqwa, akan memandang dosa itu seperti LALAT yang hinggap di hidung yang akan ditepis dengan tangannya.

"ASTAGHFIRULLAH, AKU TERLEKA PANDANG MAMAT TUH, PANDANGAN MATA YANG KHIANAT!!" (AQ 40:19)

"hik3~~nak wish gudnite ngn sweet dream lah..bukan ape pun..xde sayang2 pun..hik3~" *mesej sent* shuh2!(sambil menepis lalat di hidung)

wah....susahnye....tapi Allah dah sediakan syurga seluas langit dan bumi!!

AQ 3:193

ada disebut, zunubana, dan sayyi'atina...dalam terjemahan ditulis dosa2 dan kesalahan2 kami.
ya, ada beza.
zunubana is referred to dosa2 besar kita.
while sayyi'atina is referred to dosa2 kecil kita.
dan setiap kali kita berdoa, kita doalah, semoga Allah ampunkan dosa2 kita, baik yang kecil mahupun yang besar.

Tahukah anda?? Berbakti kepada kedua ibu bapa boleh menghapuskan dosa besar?

Ada satu hadith, diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Ibnu Umar. Ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah dan mengatakan bahawa dia telah berbuat dosa besar. Kemudian Rasulullah bertanya, sama ada beliau mempunyai ibu atau tak? lelaki itu menjawab, tiada. Kemudian Rasulullah tanya lagi, ibu saudara? Lelaki itu mjawab, ada. kemudian Rasulullah meyuruh lelaki itu berbakti kepadanya(ibu saudara).

Selepas Rasulullah wafat, ada seorang perempuan datang ke Madinah untuk mengadukan masalahnya kepada Rasulullah, sedangkan waktu itu Rasulullah telah tiada. Perempuan itu telah melakukan dosa besar. Maka ijmak para sahabat bersetuju, berdasarkan hadith2 nabi sebelum ini, supaya berbakti kepada ibu, jika tiada, bapa.

wahhh!! tak tahu nk cakap cmne....betape tingginya darjat ibu bapa tu, sampaikan zikir2, hadir ke majlis ilmu pun tak dapat nak hapuskan dosa besar tu!!

Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji..


xde ape sgt aku mahu kupas di sini..semua orang faham kan, kita hidup kat dunia ni ..bukan sorang2. kita hidup dengan manusia lain. dan kita saling berhajat antara satu sama lain. aku perlukan pakcik kedai utk dapatkan bekalan beras, aku berhajat kepada roomate agar aku tak terfikir utk buat maksiat tersembunyi..(bahaya sape yg ade bilik sorg..awas!! syaitan di sebelah kamu sedang berbisik dgn bersungguh2!!)

ade hadith menyebut yang orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.
kite try kan, dalm seharian kita di gam3ah, semalaman kita di rumah, kite try same2 utk memperelokkan akhlak kita.
dalam percakapan, lebih baik diam dari bercakap perkara2 yg takde faedahnya.
elakkan bersama kelompok yg gemar 'bercerita', takut2 kita termakan daging kawan sendiri.
sertai kelompok2 orang2 yg soleh antara kita(insyaAllah ade je), susah sangat, duduk baca Quran, study senyap2, tanya khabar kawan sebelah.
xperlulah sampai bertanya khabar orang di penjuru kelas, sedangkan kite di penjuru lagi satu, sambil melaung suara sekuat tiger, takut2 menimbulkan ketidakselesaan kawan2 yang lain, xpasal2 je tambahkan dosa mengutuk dlm hati kt kawan yang tgh study tu.

aku wish sume akhawat tahun3, selamat menghadapi fatrah imtihan. sama2 kita doakan kejayaan bersama..ameen~
jom berusaha jadi org bertaqwa!


-sumber bahan: buku Himpunan Ilmu dan Hikmah, oleh Ibnu Rajab AlHanbali.-

3 comments:

apekah?

6:07 AM أمانينا 3 Comments

hidup perlu kepada planning.
(sape tak setuju sile cek Quran)
rata-rata antara kite sangat excellent dalam planning study mereka-(xkesah la buat ke tak..hihi)
tapi x ramai pula yg berani untuk plan masa hadapan yang tak tentu apa takdirnya.

aku terfikir,
ape plan aku, kalau tibe-tibe parents aku meninggal waktu aku masih di mesir?
macam mana dengan adik-adik aku?
ape plan aku kalau tiba-tiba scholarship aku ditarik?
ape plan aku kalau aku tak sempat pun habiskan medic kt mesir, tibe2 medic kt mesir tak diiktiraf atau berlaku bencana alam yg sgt dahsyat kt mesir?
ape plan aku tibe-tibe andaikata aku mahu kawen waktu belajar?
ape plan aku kalau aku mahu kawen lepas belajar?
ape plan aku kalau aku mahu sambung kerja di mesir?
ape plan aku terhadap tanggungjawab aku kepada mak dan ayah aku?
ape plan aku terhadap tanggungjawab aku kepada adik-adik aku?
ape plan aku terhadap kewangan aku?
berapa aku target untuk kumpul by the time aku habis medic di mesir?
ape plan aku untuk ringankan beban mak ayah aku bila ak dah berkemampuan?
ape plan aku untuk pergi haji dan umrah?
ape plan aku untuk hafal Quran sebelum balik Malaysia permanently?
ape plan aku utk mesyi Arab Fushah dan Ammiah dan bahasa nenek moyangku sebelum aku tamat tahun 6?
ape lagi..
banyak sgt benda yg aku tak plan lagi..

takut2 aku terlalu sibuk dengan perkara remeh yg langsung takde manfaat, sampai aku terlupe perkara yg lebih besar dalam hidup.

dan yang paling penting,
ape plan aku nak ke syurga?

3 comments:

27 dec--hepi besday 'traveller'

6:17 AM أمانينا 0 Comments

just nk ucapkan,
selamat hari lahir,
sori la lambat wish,
ape2 pon tahniah dalam pmr kamu.


just wanna share something about the real life, from our beloved Prophet Muhammad (p.b.u.h)...


Ibn ‘Umar (r.a) said: Allah's Messenger (saw) took me by my shoulder and said:

"Be in this life as if you were a stranger or a traveler on a path."
And Ibn ‘Umar used to say:
“If you reach the evening, then don’t expect to reach the morning, and if you reach the morning, don’t expect to reach the evening. Take from your health before your sickness, and from your life before your death.”


Recorded by Al-Bukhaaree (no. 6416).


Hadith ini adalah persediaan bagi me'limit'kan hope seseorang dalam hidup ini. Orang yg beriman tidak patut menganggap hidup ini adalah homeland-nya atau tempat tinggal yg tetap, hatinya berasa tenang dan senang di dalamnya. Malahan, dia sepatutnya tinggal di dalamnya seolah-olah dia dalam satu perjalanan, menyediakan diri untuk pergi.





so, di manakah kita? masih dalam perjalanankah?

0 comments:

sambest on top, adakah kita turut top?

5:11 AM أمانينا 13 Comments

[cats.jpg]

bukan mahu menunjuk2.
tidak sama sekali.

cume teringat kisah2 zaman2 silam, zaman2 menjadi calon PMR 04..
rata2 antara kami mahu keluar dari SAMBEST selepas form 3, gara2 tertekan katenye dengan peraturan asrama(padahal kalo nk compare dgn SBP lain lagi ketat)
punye lah merungut macam2.
dulu balik kampung sebulan dua kali.
peraturan baru kata, sebulan sekali.
anak2 yg manja mule merungut2.
"ala cikgu ni, bagi je la kitorang balik. duduk asrama pon bukan bole buat ape.
menyusahkan makcik DM je nk masak utk ktrg. kalo cikgu bagi ktrg balik, jimat bil elektrik, jimat air, air dah la selalu takde kt asrama, mcm mane nk basuh baju, bukannye gune duit cikgu pon, pot pet pot pet ..."


haiiii...budak2 memang budak2.
cakapnye membantah2, xfikir habis ape tujuan cikgu buat camtu. tahu buruk sangka bila kehendak diri tak dipenuhi, dan tak fikir kenapa org dewasa buat begitu.
mereka fikir orang dewasa hanya nak sekat mereka dari bersuka ria.
mereka fikir orang dewasa dengki dgn mereka.
budak2..
(kadang2 senario ini berterusan sampai ke U, kalau x dibimbing cara mereka berfikir maka mereka akn tetap berfikir sama seperti zaman mereka budak2)

itu cerita dulu..
lepas PMR, ramai pelajar yg top2 berhijrah ke SBP-SBP di luar sana.
cikgu sedih.
cikgu kata, kenapa kamu mahu pergi ke sekolah yang sedia bangun?
kenapa kamu tak jadi antara titik-titik yang membangunkan SAMBEST?
orang lain berebut2 nk masuk SAMBEST, kamu berebut2 nk keluar dari SAMBEST.
nah, cakap cikgu memang terbukti.

dari tahun ke tahun, SAMBEST yg baru berusia belasan tahun semakin menunjukkan taringnya.
SAMBEST lahir pada 1998.
sangat muda.
SAMBEST mengumpulkan pelajar2 cemerlang dari seluruh sekolah2 agama di Selangor, berdasarkan result UPSR dan PSRA utk kemasukan tigkatan 1, dan result PMR utk kemasukan ke tingkatan 4.

dan hari ini, SAMBEST antara yang teratas.
dan aku tidak menyesal sama sekali apabila mengabaikan tawaran sebuah sekolah perempuan berasrama penuh di jalan kolam air, KL.
aku sendiri tak tahu kalau lah aku pindah dari sambest, di mana aku sekarang ni.
mesir kah? (ak sgt syg mesir)
atau terkapai2 dalam arus dunia di tempat2 lain??
ak sendiri xjamin di mana aku.

mungkin sedang berpegangan tangan tgk wayang kt Mid Valley.
mungkin topup RM30 habis lebih cepat dari tempoh expirednye, gara2 mesej terlalu murah lalu mesej segala manusia termasuk hubby terchenta dan kawan2nya(kate org, nk tackle pakwe, kne ngam ngn kawan2 de jgk n vice verca..nauzubillah)
mungkin sedang keluar beramai2 dengan kawan2 lelaki, gara2 sekolah itu takde lelaki maka rasa terharu bile dapat bersama lelaki(bukan mahram).
mungkin tengah pilih2 tudung yg the latest version n fashion di Jalan TAR.
mungkin sedang dating2 di mcD di CM.(pasar seni)
mungkin sedang khusyuk study majalah Remaja utk dapatkan maklumat2 terkini ttg fesyen2 dan make-up2 yg kena dengan acara, sesuai dgn remaja.
mungkin sedang sibuk mahu tukar handphone plg canggih abad ini yakni iPhone, kumpul2 duit utk sesuatu yg digital.
mungkin tgh study URTV dan Mangga dan BiPop dan ape2 nth lg utk tahu perkembangan Adam Nur Kasih.
mungkin sedang terlompat2 di konsert artis pujaan dalam sesak lelaki dan perempuan.
mungkin juga aku pegi audition Malaysian Idol supaya dpt masuk TV.
AF, dan lain2.
mungkin dan bole jadi confirm, mak ayah aku akn sgt risau pasal aku,
mungkin aku bukan anak yg tahu hormat ibu bapa lagi,
gara2 mahu ikut kawan,
mereka ada pakwe aku pon mahu.
itu trend malaysia beb..
trend muda mudi zmn skrg~~~
mereka pergi konsert aku pon mahu..
mereka bebas keluar dgn siapa sahaja, aku pon mahu..
maka aku jadik anak yang pandai rebell demi kemahuan diri.
naik suara bila marah, hempas pintu bila bengang.
banyak sangat kemungkinan yang gerun dibayangkan.
sangat2.
tak terbayang betapa nerakanya Malaysia tu kalau salah pilih jalan.
kalau salah teman.
kalau salah cara berfikir.
kalau agama itu, hanya solat zakat puasa haji dan mengucap.

aku sangat2 bersyukur ayah aku menyuruh aku berfikir masak2 utk pindah keluar dari SAMBEST.
aku sangat2 bersyukur ayah tak paksa aku tapi berpesan agar jgn terburu2 buat keputusan.
try dulu utk sebulan dua ni, kalau still x ok, ayah akn pertimbangkan.
SAMBESTt x lah seteruk mana.
mungkin x secantik SBPI-SBPI baru yg tumbuh cm cendawan kt serata Malaysia,
tapi SAMBEST is seadanya.
SAMBEST is so special. ahli-ahlinya juga sungguh special.
bi'ahnya, walaupun xsehebat di Mesir, tapi masih, still, ade yg istimewa di SAMBEST.
no handphone, no internet, org yg xjage ikhtilat akan ade mata2 yang memandang, tanda mereka tidak senang apabila perkara2 yg xselari dgn islam dibuat. terutamanya para KP. terutamanya AJK Badar.
(org berjawatan memang dipandang, sampai lepas mereka keluar sekolah pon orang akn pandang apa yang mereka buat, itulah pemimpin. selamanya orang akn pandang mereka. kalau mereka pemimpin yg berjaya, sebelum dan selepas sekolah pun, dia masih dapat pimpin diri dia, jaga diri dia dari dunia luar, malah mungkin lebih baik jika dia faham dgn hati, org pertama yg kite nak pimpinkan, adalah diri kita sendiri, aint it~?)


kesimpulannya, tahniah SAMBEST dan tenaga2 yang menaikkannya, especially generasi2 selepas aku,
dan, marilah sama2 kita jaga diri kita walau di mana kita berada.
janganlah kita menjadi antara orang2 yang memburukkan nama baik sambest walau di mana kita berada.
SAMBEST telah banyak berjasa membentuk  kita semasa zaman remaja kita, cuma kita, adakah kita menghargai atau terus xpuas hati dgn Ustaz Eizzul A'la.
sekian. =D

13 comments:

i care i share

1:08 PM أمانينا 0 Comments

Muslims rarely share about their religion to the non-Muslims, even with their own brothers.

In contrast with the non-muslims.

0 comments:

esok result PMR kuar

6:50 AM أمانينا 1 Comments

esok result PMR akan keluar.
dan salah seorang candidates nye adalah adik aku.
Yana.
(yanna tanta jgn perasan~~xD)

hari ni dh 23 december.
lagi 4 hari besday dia.

teringat ape yg sahabat2 kongsi kat kelas patho tadi, sebelum Dr. Soleiman masuk,
yang result kita ni, Allah memang dah tahu pun.
A1 ke, mumtaz ke.
yang Allah bagi opportunity pada kita ialah: kita yang tentukan, sama ada mahu berusaha atau tak, dan itulah yang akan dihisab.
usaha kita, mumtaz kah?
doa kita, mumtaz kah?
tawakkal kita sebelum dan selepas mumtaz kah?
hubungan kita dgn Allah, mumtaz kah?

arabic

105. Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

AQ 9:105

bekerjalah: berusahalah kamu sehabisnye, bertalaqilah kamu dgn syeikh2, berperuklah kamu dgn buku 26 jam 8 hari seminggu, do whatever it needs, sebab Allah akan tengok PEKERJAAN kita, bukan natijah kita. He knows already, definitely. kalau kita ditakdirkan tidak mumtaz, itulah yang terbaik untuk kita. barangkali bile kite excellent kita akan riak dan lebih berlengah-lengah dalam study dan makin jauh dgn Allah. tp tu xbermakna kita hanya perlu pasrah n "aku reda" tp sudahnya xbuat apa2. absolutely NO. ask ourselves, "hei, mane ko tau Allah takdirkan kau xmumtaz? who said so?" kita je yg xtahu keputusan kita. maka sewajarnya kita 'bekerjalah' utk ke arah itu.

the same goes with life.
who said so that you would marry with fulan/fulanah definitely after study?
who said so you would be a doctor on 2013?
who said so that 'we wouldnt apart whatever it takes'?
who said so that you gonna be a doctor and get married with the one i love before i died..?
who said so that our parents are still alive to watch us standing on the stage receiving the scroll?
who said so?

-mahu tidur, lain kali sambung, terase mcm tergantung post nih-

yana--semoga dapat result yg sepadan dgn ko. ;p
kuya--esok test komp jpj wt btol2~

1 comments:

on ur 48th birthday

1:25 PM أمانينا 15 Comments


::20 Disember 2009 = 3 Muharam 1431H::






we wish you.......



Syariff Tan Abdullah@Michael Tan Choo Chong


sanah helwah ya ayah!!!
makan kuih raye haji banyak2 ye...;p
semoga Allah murahkan rezki cm name ayah, hoho..
and
may Allah bless our family..

15 comments:

pegang tanganku

5:18 AM أمانينا 7 Comments

aku mendengar bunga-bungaaan seakan menangis kuat,
angin menderu kesedihan,
oh tidak,
beritahu aku sejak bila kita menjadi,
sangat dingin dan kosong di dalam,
hilang jalan untuk sekian lamanya,
adakah kita benar-benar menjadi buta,
kita tidak melihat yang kita acapkali menyakiti sesama kita,
apa yang kita buat hanyalah bergaduh.

kini kita berkongsi terang matahari yang sama, bulat bulan yang sama,
mengapa tidak kita berkongsi cinta yang sama,
katakan padaku kenapa tidak,
hidup ini lebih pendek dari apa yang kebanyakan kita fikir,

pegang tanganku,
ada banyak cara untuk lakukannya dengan betul,
pegang tanganku
palinglah sekitarmu dan lihatlah apa yang telah kita tinggalkan,
pegang tanganku wahai kawanku,
kita bisa menyelamatkan ruh baik aku dan kamu ,
untuk peluang lain,
dan ayuh berdoa untuk dunia yang indah,
dunia indah yang aku kongsi denganmum.

anak-anak seakan hilang senyumnya,
dalam taman  permainan baru yang berdarah,
oh tidak,
bagaimana boleh bila kita tidak mempedulikan,
suara menangis dengan hati yang pecah,
seolah-olah tiada siapa yang peduli,
dan kite hanya berhenti merasai segala kesakitan itu kerana,
seperti itu urusan asas harian

walau sejauh mana aku mungkin berada,
aku kan sentiasa menjadi jiranmu,
hanya ada satu planet kecil untuk kite berada,,
maka aku kan sentiasa menjadi jiranmu,
kita tak boleh menyorok, kita tak boleh menidakkan,
jiranmu, adalah jiranku,
kita adalah berjiran,

jadi peganglah tanganku.

7 comments:

habby berthday

8:16 AM أمانينا 3 Comments



for a yabani's friend i ever had,
happy birthday i wish for that,
for ur smile n laughter u had spread,
for the concern when i'm bad,
for the money when i 'short' at,
for the chocolates u offer even i rarely eat that,
for the rest of ur did when we are together,
do remember me in every laughter n sadness,
even when we are not together then,
i heart u as u heart ur RC,
(hahaah~)
May Allah bless you in this special day,
1Muharram, its a new day,
lets open a new book with good deeds and pray,
sanah helwah sincerely from thy.



p/s: i wonder why oh why when it comes to their birthday, i'm on due to cook~ =.=

3 comments:

please awake

3:48 AM أمانينا 8 Comments

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor

We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied


My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves





Awaken by Maher Zain


-sgt suke lagu ini, rase terkena batang2 hidung-

8 comments:

belajar rajin-rajin

6:44 AM أمانينا 1 Comments

buat 'korang',
jom belajar rajin-rajin,
supaya kita dapat berita gembira banyak-banyak,
bukan satu sahaja,
ayuh, jangan patah semangat,
jangan malas-malas,
jangan takde mood takde mood,
jangan main-main,
penat cuma kadang-kadang,
yang gembira bukan selalu,
ayuh semangat teruskan hidup,
jangan moody-moody,
mari belajar rajin-rajin.

-mahu dapat banyak berite gembira nanti-

1 comments:

i'm my enemy

4:48 AM أمانينا 6 Comments

musuh terbesarku adalah diriku.
bukan syaitan. bukan persekitaran.
kalau diri sudah tidak ikhlas, syaitan hanya perlu menolak lembut sebagai pemangkin riya' dan ujub.

atas segala kesalahan, soallah diriku dulu.
salahkan aku dahulu.
bukan salahkan yang lain.
akulah yang salah.
bukan mereka.

atas segala amalan, berhentilah sebentar untuk berfikir.
untuk apa aku lakukan semua ini?
ikhlaskah aku?
atau untuk dilihat oleh yang lain?
di mana letaknya Allah dalam tindakku?
tahanlah diriku, betulkan niatmu.
kemudian mulakan langkah kembali.
jangan sampai langkah terhenti.
lalu berkelubung di bawah saratoga dan menyepi.


-monolog-

6 comments:

best camera ever

2:32 AM أمانينا 4 Comments

one thing that i realized once after i have a camera is that:


no other camera in life can beat the one where the idea of camera comes from.
the EYES.



kalaulah sang camera mampu shot sebagaimana apa yg aku lihat, kalaulah~...


thanks God most of us have the best camera ever in the world.
alhamdulillah...






btw, i named it Muawwiz. 
thnx to fatty.
=D

4 comments:

dia perlukan nama

4:25 AM أمانينا 7 Comments



ada cadangan name utk ini?

7 comments: