30 November 2009

baik dan jahat

7:42 PM 4 Comments
mari bersusah payah demi kebaikan
benda yang berharga perlu diusaha, dicari
impaknya kita akan lebih mnghargai
jangan diharap dtg bergolek macam bola sepak
jangan diharap sesenang makan ABC
jangan diharap sesimple Simple Plan
impaknya kalau semudah itu
kebaikan itu hanya akn lalu di hati
xberhabitat di situ
lalu bila kejahatan 'tumpang lalu cik hati..'
senang saja kite bagi laluan
sebab kebaikan hanya menyinggah sebentar
sekadar utk menjaga diri pada waktu itu
dan kemudian alpa di saat kejahatan cube2 menerjah

syaitan itu tidak akan pernah berehat walau sesaat
maka sentiasalah kamu mempersiapkan diri

27 November 2009

ujian(edited di pagi raya)

6:42 AM 1 Comments
ujian itu ada dua jenis.
diuji dengan kemudahan, dan diuji dgn kepayahan.
ujian dlm bentuk kepayahan,  biasanya ternampak dan terasa bahawa itu adalah ujian.
lalu kite memohon saban malam dalam tangis supaya dikuatkan diri dan dipermudahkan ujian.


sedang ujian dlm bentuk kemudahan, kita selalu terperangkap.
ujian kuasa, duit, kesenangan, dunia, pengaruh, jawatan dlm masyarakat.
kita rasa ia satu nikmat dari Tuhan.
YA, memang. tapi ia juga satu ujian.
hanya mereka yang menyedari bahawa hidup ini bukan mainan akn berjaga-jaga dgn nikmat yg Allah kurniakan.
realiti hidup memang akn sentiasa didatangi ujian, sebagai bukti kita beriman.




maka berhati-hatilah dengan ujian kesenangan, takut-takut kite terperangkap.




p/s: cuak dgn kata2 kakak qayah.

24 November 2009

kalaulah..

4:57 AM 6 Comments
kalaulah islam itu angin,
akan aku tiup sampai ke Amerika,
akan aku beli kipas terbesar di dunia,
akan aku kerah kincir-kincir angin semuanya,
akan aku sebarkan angin islam ke merata dunia.
biar semua orang rasa damainya angin islam.
biar haruman islam menusuk peparu, meresap dalam alveoli, terus, mencuci darah2 hitam.

kalaulah islam itu cahaya,
akan aku minta siang itu berpanjangan,
akan aku beli segala cermin di alam,
agar cahaya itu terpantul ke tempat yg malam,
akan aku suluh segala spotlight ke langit,
akan aku haramkan lampu dipadam di waktu malam,
akan aku tangkap segala kelip2 di Kuala Selangor,
biar semua org nampak, terangnya limpahan cahaya islam.
biar semua hati yang gelap terang dengan suluhan nur islam.

kalaulah islam itu air,
akan aku buka empangan-empangan baru,
akan aku bina kawasan tadahan hujan,
akan aku bina kolam-kolam air di setiap rumah,
akan aku bina istana Sulaiman yg airnya mengalir di bawah kilatan lantainya,
akan aku hiaskan lautan-lautan dan tasik temasik,
akan aku cipta awanan hujan agar turun di gurun pasir,
biar bumi ini lembap dgn siraman islam.
biar jiwa yang kering menjadi basah.
biar yg tenang mengganti keluh kesah.
biar hati membasah dgn islam.

kalaulah..

tp islam bukan angin.
islam bukan cahaya.
islam bukan air.
bukan jua tanah.
bukan jua makanan mahupon to3meyyah.
islam itu bukan boleh dipegang zarah-zarahnya.
islam itu bukan lah suatu jisim mahupun jirim,
yang boleh di pegang dgn jasad mahupun meng'stimulate' nerve ending.

islam itu suatu penyerahan.
penghambaan jasad dan ruh semata-mata untuk menyembah Tuhan Yang Maha Satu.
Allah Yang Maha Kuasa.

bukan kepada manusia kerana kekuasaannya.
umpama Firaun yang mahu sekalian menyembahnya dan meninggalkan ajaran Musa a.s.
bukan kepada harta kerana takut kehilangannya.
umpama Qarun dan hartanya, lantas ditelan bumi Fayyum.
bukan kepada dunia dan seisinya.
harta, wanita, hiburan melalaikan.

islam itu suatu cara hidup.
bukan sekadar solat zakat puasa haji dan mengucap.
islam itu perlu ditunjukkan, bukan sekadar cakap berbaldi2 air liur tapi amal satu pun xnampak.
untuk ditunjuk, xcukup dengan sekadar 'qudwah hasanah'.
kalaulah itu alasan utk tidak bergerak, maka ketahuilah.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia yang paling layak di atas muka bumi ini menggunakan alasan itu.
kerana beliau adalah sebaik2 manusia, sebaik2 akhlaq, sebaik2 qudwah.
tapi Rasulullah s.a.w. tetap menyampaikan dgn kalamnya,
melangkah dgn kakinya,
dari khemah ke khemah,
dari rumah ke rumah,
dari Mekah hingga ke Taif.

dan kalaulah angkatan Islam itu tidak ada, maka keseimbangan bumi akan terganggu.

"..Semua peristiwa mesti tunduk kepada kitab Allah dan sunnah RasulNya meskipun manusia melihat dunia tidak sebegitu. Agama ini sebenarnya aturan yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia, sebagaimana Dia menetapkan hukum alam kepada matahari, bulan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan dan kepada segala apa yang ada di langit, bumi, dan apa jua yang ada padanya."


"Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia dengan agama ini. Apabila agama hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapa yang berfikir dengan lebih mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai reka bentuk dan binaan yang indah. Agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu agama ini perlu diwakili oleh sekelompok manusia dalam mana-mana waktu dunia ini."

Ustaz Hassan al-Hudhaibi, Majalah Dakwah bil. 51



adakah kita termasuk dalam kelompok manusia yang dimaksudkan atau tidak?

18 November 2009

1 zulhijjah = 1st day SPM

12:24 AM 11 Comments
demam SPM akn mule melanda candidates2 SPM 09 esok.
kebetulan pula (this is not a coincidence act. =D) bertepatan dgn 1 zulhijjah.
dirasmikan oleh subjek yg jika gagal, maka gagallah SPM kamu.
( dipersilakan cg Kasmani dan cg Siti!! )
*clap3x*


mengenang zaman muda2 dahulu di sebuah sekolah di atas bukit, fatrah SPM adalah masa2 terindah selaku seorg student yg duduk di asrama penuh.
ape yg best?



sekadar gambar hiasan~


bebas peraturan.
tiada penentuan masa utk study, study lah ikot suke mu.


tidak perlu lagi terkejar2 gate asrama yg akn tutup jam 7.10am.
bebas keluar masuk.
tiada jadual utk basuh baju.
tiada had waktu prep.
tiada lagi riadah.
tiada lagi sekatan waktu mandi gara2 bilik dobi tak dikosongkan setiap pagi.
competition utk iron baju semakin bkurang kerana waktu di dorm adalah sepanjang hari.




penghuni aspuri yg duduk di tingkat atas akn terpaksa+rela turun ke aras 1, memandangkan lebih mudah utk cik warden kite, cikgu norks utk memantau anak2 dara seramai ~100 org.
junior2 semua sudah pulang ke rumah masing2, tiada lagi suara2 nyaring mjerit2 memanggil member2 dari bawah ke atas, dari atas ke bawah, dari hujung tandas ke hujung dorm.
tiada lagi announcement2 yg menggemakan aspuri. (ke ade lagi??milah??xD)


pada hari yg xde exam, selepas subuh, pagi anda (kita) dimulakan dengan sarapan di aspura (dis is annoying~only dis), makan2, tapau2, kendian...


"jom jalan2 kt luar jom!"


saat melepasi pagar sekolah tanpa perlu hantar kad HIJAU (so memorable~), tanpa perlu berpakaian formal yakni baju sekolah ataupun baju asrama, it is..so... =D


keluar,bukan utk jogging, tp jalan-jalan, makan angin, menghirup udara segar USJ 5 sambil mencuci mata melihat banglo2 yg besar dan utk lebih dramatik, kamera Amalez dan Izzah dieksploitasi utk pose2 ala2 org kaya berumah besar.


kadang2 (selalu la jgk) dikejutkan dengan gong-gong-an si anjing bulldog dan konco2nya dari dlm pagar, rumah si tauke2 cina yg kaya raya.


dan satu2nya rumah yg sentiasa menarik perhatian, ialah rumah di hujung bucu padang sekolah, opposite to it, yg hmpir menyerupai bentuk gereja.
tatkala melewati rumah ini akan bermulalah sesi cerite2 hikayat ttg mitos rumah tersebut. xD


kelas2 form 4 yg kosong menjadi pilihan sbgi port study kerana kesenyapannya dan tiada makhluk bernama lelaki  (less yakni~) yg study di kelas masing-masing.
kelas form 4 tingkat teratas, ats kepada aras form 5.


dan kelas 4 Jabar mjadi sarang the ganges of bapekz esp boss, leha, JM, dan saya.
ahli2 yang lain ade yg study di dorm masing2, ataupon musolla, ataupon gazebo2 indah yg pihak sekolah sediakan.


study di dorm adalah kurg effektif memandangkan ramai penghuni di situ, dgn suasana yg riuh, belum lg dgn mereka yg mbawa hset dan memasang lagu2 dan radio secara berleluasa, dan dan dan...
lebih baik study di kelas. =D






gejala menghafal sambil berlegar2 dalam kelas,


menconteng papan putih sambil mengingat kembali,


mengambil angin dgn duduk termenung sebentar di hujung koridor 4 Biruni,


stok2 makanan yg xputus2 semasa study,


menyanyi lagu "pohon beringin..dahannya rendang..akar berjalur..jejak ke bumi.. hatiku ingin hidup gembira...",
bersama guru vokal: JM the harmony,


dan gejala bermain kamera Izzah,


lantas menjadikan study sesuatu yg tidak memenatkan malah ditunggu2.






dorm hanya tempat tidur dan study time2 hujan turun dgn lebatnye..
(hujan lebat di SAMBEST mampu membanjirkan sesetengah laluan utama, membecakkan tangga sekolah, menumbangkan pasu2 di kaki lima, dan melenjunkan baju sebelum sempat sampai destinasi =.=)


dan satu benda,
aku xigt ape sebab, tapi yg aku ingat, aku ade buat sesuatu yg seperti kain2 yg diikat (mcm langsir2 yg diikat utk org lari dari rumah melalui tingkap)
lalu menjatuhkan ke tingkat bawah (aras bawah diconquer oleh ikhwh),
dan aku pon x igt ape kejadahnye aku buat benda tuh bersama2 boss dan leha.
(nk memomokkan org kah??)


-mode hilg ingatan~~~@_@-


macam2 ragam mase SPM.
ade yg xtidor malam sbb study fizik (xtahu le bezaipo)
isu hangit : pelajar aspuri mintak pelajar aspura belikan burger(dan mknn2 lain) malam2 kt mane nth. menimbulkan isu kerana mereka akn pass away by gate aspuri utk pass mknn2 tsebut.
maka menimbulkan ketidakselesaan terhadap pelajar aspuri, yg berpakaian biasa shja di dalam asrama, baik yg berlegar di sekitar dorm A1:1, musolla, mahupun tandas A1 dan B1.


lain2 isu, lu pikir la sendiri..i xingat~ xD


ape2 pon, itulah kenangan bersama yg kita ada.
kenangan sama2 satu dewan menjawab soalan.
(tetibe teringat ketua pengawas dewan peperiksaan  yg agk 'kamceng' dgn sesetengah pljr perempuan~~~ape2 lah haii..)


semuanye dah ke menara gading sekarang, dah ke negara orang, dah jd  tunangan orang...
(uhuks! terbatuk plak~ =D) 


walau di mana kita berada, jgn lupe dtg iftor alumni tiap2 tahun(ckp org je lebih..haha~)
alumni berusaha sedaya upaya mengekalkan ukhwah antara batch kita, SPM 06, maka sama2 lah  kite membantu dan mengisi borg maklumat diri di web alumni. (pehal la aku promote alumni plak nih)


last but not least,


Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (kerana air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan ada yang haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya(memetik hasilnya), datanglah azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan-nya(tanaman) seperti tanaman yg sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang berfikir. AQ 10:24




ja~jumpe lagi insyaAllah!
selamat maju jaya!
hidup SAMBEST!
(dilarang taksub dalam kehidupan xD)
..............................................................................................
dan buat sume candidate SPM 09 especially buat kuya:


Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu! Maka Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman akan menilai pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan". AQ 9:105


berusahalah sedaya upaya ko, Allah akn tgk apa yg kau kerjakan result itu sudah ada dlm pengetahuanNya.
keredhaan Allah yg kita cari dlm hidup ni, bukan kecemerlangan exam semata2.
walau ape pon ko dapat, i'm always be ur dearest sis dan kite tetap hamba kepada Allah Taala.



hi5
All the best kuya!

13 November 2009

bertenang

4:18 AM 1 Comments
hujung minggu masa untuk bertenang.

bertebaranlah, semoga kta dirahmati Allah.


Apakah mereka yang mendustakan Tuhan itu tidak menjelajahi bumi ini untuk menyelidiki bagaimana nasibnya bangsa-bangsa yang sebelum mereka; bangsa-bangsa itu jauh lebih kuat dari mereka, dan telah mengolah tanah dan membudayakannya lebih baik dari apa yang mereka budayakan. Lalu setelah rasul-rasul mereka datang membawa keterangan-keterangan kepada mereka, mereka dimusnahkan karena mendustakan rasul-rasul itu. Bukan Allah berbuat zalim terhadap mereka, tetapi mereka jualah yang berbuat zalim terhadap dirinya sendiri.




nauzubillah...semoge kita tak termasuk dlm kalangan org2 yg mzalimi diri sendiri.
miss u rj.. ;D

10 November 2009

wht shud i do

3:45 AM 0 Comments

Tamer Hosny - Mosh 3aref A3mel Eih







ترابك يا فلسطين تاج على راسى .... امشى اتباهى بيه بين اهلى وناسى
your sand palestine is a crown on my head i walk and proud between my family and my people
trabek ya falsteen taj 3ala rasy wa amshy beh been ahly wa nassy

ترابك يا فلسطين تاج على راسى .... امشى اتباهى بيه بين اهلى وناسى
your sand palestine is a crown on my head i walk and proud between my family and my people
trabek ya falsteen taj 3ala rasy wa amshy beh been ahly wa nassy



يارب مش عارف انا اعمل ايه ... يارب قدرهم على اللى هما فيه
my god i don't know what to do god understand what they'r going throught
ya rab mosh 3aref a3mel 7aga ya rab gadrhom 3ala homa feh

مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه ... شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه
i don't know what to do i wish i can do somthing i watch my broth is tormenting and i'm watching
mosh 3aref a3mel 7aga nafsy a3mel 7aga shayf a5oya bet3azeb wa ana betfarag

محتاجين وقفه عربية لحل القضية ... باعلى صوت ارجوكوا اتحركوا
we need an arabic stand to solve the situations in a loud voice plase get moving
mahtageen wa2fa la7al al adya ba3al sot argoko ta7arko

عارفين مش قصدكوا .. بس بردو محدش يقدر يسكت واخواته بتموت
i know it's not your fault but still nobody can be quite and he brothers is diying
3arfeen mosh asdako bas bardo ma7desh ya2der yaskot wa a5wato betmoot


يارب مش عارف انا اعمل ايه ... يارب قدرهم على اللى هما فيه
my god i don't know what to do god understand what they'r going throught
ya rab mosh 3aref a3mel 7aga ya rab gadrhom 3ala homa feh


مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه ... شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه
i don't know what to do i wish i can do somthing i watch my broth is tormenting and i'm watching
mosh 3aref a3mel 7aga nafsy a3mel 7aga shayf a5oya bet3azeb wa ana betfarag


يارب نولهالنا فرحة صبر السنين ... ونفرح على ارضك يا عراق وترجعى لينا يا فلسطين
god make it easier the happniess and patience for years and be happy to iraq ground and palestine come bake to us
ya raby nawelha far7et saber al sanen wa nafra7 fe ardek ya iraq wa tarja3y lena ya falsteen

يارب نولهالنا فرحة صبر السنين ... ونفرح على ارضك يا عراق وترجعى لينا يا فلسطين
god make it easier the happniess and patience for years and be happy to iraq ground and palestine come bake to us
ya raby nawelha far7et saber al sanen wa nafra7 fe ardek ya iraq wa tarja3y lena ya falsteen


يارب مش عارف انا اعمل ايه ... يارب قدرهم على اللى هما فيه
my god i don't know what to do god understand what they'r going throught
ya rab mosh 3aref a3mel 7aga ya rab gadrhom 3ala homa feh


مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه ... شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه
i don't know what to do i wish i can do somthing i watch my broth is tormenting and i'm watching
mosh 3aref a3mel 7aga nafsy a3mel 7aga shayf a5oya bet3azeb wa ana betfarag

09 November 2009

08 November 2009

it is not a coincidence.

8:27 PM 2 Comments
pertemuan kita bukan satu kebetulan.
kehadiran kamu dalam hidupku juga bukan satu kebetulan.
semua ini telah ditentukan.
rahsia luh mahfuz tak siapa yang tahu melainkan Tuhan.
Pemegang sekalian hati-hati insan.
dengan namaNya kite bertemu.
dan demi Dia kita berpisah.
sungguh, kita tak tahu apa akn terjadi pada masa hadapan.
andai hadir org ketiga, keempat, kelima,
akan retakkah perhubungan,
atau tsabatkah pertalian.
andai hadir tohmahan manusia,
adakah kau bersama mereka,
atau kau masih setia.
andai kau jemu denganku,
dan kau punya yang lain.
sungguh, ak xakan berputus asa dengan mu,
hingga kau yg membuang aku jauh-jauh.
barulah aku akn pergi.
tapi kau tetap di hatiku.
sampai bila2.
sungguh, aku menghargai kehadiranmu.
ak tidak mahu kehilanganmu.
moga kasih kita sampai ke syurga.
percayalah, hidup ini bukan satu kebetulan.
ia telah ditentukan.
cume kita tidak tahu apa yang ditentukan utk kita.
maka buatlah sehabis baik dgn hidup kita.
ak xpunya kuasa memilih jalan hidupmu.
dan kau tak punya kuasa utk memilih jalan hidupku.
keredhaan Allah matlamat kita.

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللّهِ فَإِنَّ اللّهِ سَرِيعُ الْحِسَابِ {19}


jalan hidup terbaik adalah jalan Islam.

04 November 2009

02 November 2009