31 December 2009

buat ape sorg2 dlm bilik tu??

exam lagi sebulan.
iye ke? lebih kurang la.
xsampai sebulan lagi pun.. sume orang sewajarnya khusyuk menelaah buku, bukan mengadap internet dan bermain2 lagi dgn keseronokan dunia yang internet bentangkan. kamu kata kamu student medic kan? ada tanggungjawab utk study kan?
kan3?
(ape ak nk ckp senanye..=.=)

ade sesuatu aku nk cakap. benda paling best aku pernah dapat, dan tadi waktu SC isinya agak tergantung sebab aku tak tahu perlukah aku teruskan atau tak. tapi sekarang aku nak mule semula dan teruskan sampai habis.

aku mahu kongsi tentang taqwa. aku yakin semua orang tahu makna taqwa. soalan SPM la katekan...
sebelum tu, sile pastikan AlQuran terjemahan berada di tangan anda. :D

antara hadith Rasulullah yg menyebut ttg taqwa adalah hadith ke 18 dari hadith 40 Imam Nawawi.
Hadith 18 Arabic text
Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal r.a menerangkan, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji."

Ada 3 point yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan pada kita.
1-Taqwa
2-menyusuli perbuatan dosa dengan kebaikan
3-bergaul dengan akhlak terpuji

Bila Allah suruh kita bertaqwa, maknanye Allah suruh kita buat apa?  (AQ 2 :1-5)

ak mahu share ape yg Khalifah kita, Khalifah Umar Ibnu Abd Aziz perkatakan ttg taqwa.
"Taqwa yg sebenar bukanlah dengan puasa di siang hari, solat malam, di samping mencampur adukkan amalan baik dan buruk antara dua amalan soleh itu! Taqwa kepada Allah ialah meninggalkan yang haram dan melakukan yang fardhu, dan sekiranya dia berbuat baik selepas itu, maka itu adalah tambahan"

aku tak mahu pergi jauh2. aku mahu cakap tentang kita. komuniti di Mesir.
semua orang pun rajin sangat2 buat perkara2 sunat. ramai sangat. xpayah pin point, rata2 semuanya rajin sangat puasa sunat pada waktu siang, dan bangun malam utk solat sunat.
tapi....kita masih lagi mencampur-adukkan amalan yang buruk dengan amalan yang soleh antara kedua amalan sunat tu. Ini bukan taqwa! ia tak memenuhi maksud taqwa tu lagi. masing-masing sudah mengaku sudah besar dan pandai berfikir dah kan? boleh fikir kan apa amalan soleh yang dicampur-adukkan dengan amalan buruk yg kita dah buat?
(terasa jantung di'stab2', rasa terpukul )T_T

aku juga mahu kupas tentang "...di mana pun kamu berada..."


bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada, di tempat sunyi, tempat terang, di bulan, matahari, bintang, bumi, langit, underwater, underground, dalam bilik, di Mounira, di Giza, di Imarah 9, di mana sahaja!

dalam keadaan terang mungkin agk mudah utk kita rase takut pada Allah tu, di samping terasa banyak mata memerhatikan kita andaikata kita terfikir nak buat maksiat. tapi bila di tempat tersembunyi??

ada seorang badwi mahu menggoda seorang wanita, lalu dia berkata kepada wanita itu,
"Tak ada siapa melihat kita sekarang melainkan bintang-bintang" >>wah, romantiknye~~<<
lalu wanita itu dengan selambanye menjawab kembali,
" Maka di mana pula Penciptanya??" >>ko ingat pencipta bintang tu xnampak???<<

itu salah satu contoh seorang hamba takut pada Allah di tempat yg sembunyi.
memang cabaran utk tidak melakukan maksiat semasa berseorangan adalah sangat tinggi. sebab waktu tu, tak ada siapa nampak apa kita buat, tak ada siapa yg akan tegur kita, dan kita rasa selamat kalau kita buat maksiat sebab takde orang tahu dan nama baik kita masih lagi terjaga sebab orang tak tahu apa yang kita buat...(ha...korg tgh buat ape dlm bilik sorang2 tu???)

Ulama' Salaf menyebut, yang kenapa kita ni, bila kita sorang2, kita rasa pintu maksiat tu terbuka LUAS untuk kita???? ada 2 sebab:

1. Jika kamu menyangka bahawa Allah tidak melihat kamu, maka sesungguhnya ketika itu kamu sudah kafir. (kerana kita dah menidakkan satu sifat Allah iaitu Allah Maha Melihat!!)
2. Jika kamu sedar Allah melihat, tetapi itu sedikit pun tidak menghalangi kamu, maka ketika itu,kamu terang-terangan sudah menderhakai Allah.

(heart stabbing again #_#)
erk~aku yang mana? kamu pula? erk~~~~........

"Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya."


nah, ini sifat orang bertaqwa. mereka bukan maksum. kita bukan Nabi yang maksum dari segala maksiat dan dosa! tapi, bila sahaja dia melakukan dosa, dia akan cepat2 menyusuli dosa itu dengan kebaikan, dalam erti kata lain, dia cepat2 mintak ampun dari Allah, cepat2 bertaubat.

ada satu cerita menarik tentang ini.
pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang lelaki telah mendapat ciuman yang haram dari seorang perempuan, lalu dia bergegas berjumpe dengan Nabi, tetapi Nabi diam. sampai lah turun ayat ini...

Allah suruh tunaikan solat, sesungguhnya hasanat itu mem'pergi'kan sayyi'at.
sangat comel orang dahulu, mereka sangat care terhadap apa2 yg mereka buat, semua benda mereka akan mengadu kt nabi..=D

ada satu hadith nabi yang Abu Bakar riwayatkan (Abu Bakar sgt sedikit meriwayatkan hadith meskipun beliau org plg rapat dgn nabi o.O), 'orang yang memohon ampun tidaklah dikira berterusan membuat maksiat sekalipun dia berbuat dosa 70 kali."

AQ 3:133-136

ayat ke 135, para sahabat cakap, ayat ni sangat2lah valid untuk orang yang rase dia dah buat banyak sangat dosa2 yang teruk2. Fahishah dalam ayat ni, bermaksud sangat2lah teruk dan memalukan, walau seteruk mana pun kejahatan yang dah dibuat, Allah tetap akn maafkan hambanya. Eventhough Iblis pun menangis bila dengar ayat ni turun! sangat2 lah Allah sayang kt hamba2nya, sampai Iblis yang seteruk2 makhluk tu pun menangis bila tahu yang Allah akn maafkan hamba-hambanya, cume perlu mintak ampun je kt Allah.

lagi banyak kita buat dosa, lagi banyak kita perlu cover dosa2 kita, tapi ini tidak valid utk dosa-dosa besar, dosa besar perlu taubat nasuha. dosa-dosa besar takkan terhapus dengan amalan2 fardhu.

Ada isu di sini : boleh ke kita pandang dosa itu, kecil atau besar?
dengar ni : kalau kita bertaqwa, kita akan menjauhi dosa itu, tak kira lah kecil atau besar. bukanlah menjadi ciri2 orang yg bertaqwa untuk melabel dosa itu kecil atau besar.

realiti kita sekarang, kalau dosa2 kecil..."ala..xpe..dosa kecik je tu.." (biasa dengar kan?)

orang yg bertaqwa akan memandang dosa itu macam GUNUNG yang nak menghempapnya.
orang yang tak bertaqwa, akan memandang dosa itu seperti LALAT yang hinggap di hidung yang akan ditepis dengan tangannya.

"ASTAGHFIRULLAH, AKU TERLEKA PANDANG MAMAT TUH, PANDANGAN MATA YANG KHIANAT!!" (AQ 40:19)

"hik3~~nak wish gudnite ngn sweet dream lah..bukan ape pun..xde sayang2 pun..hik3~" *mesej sent* shuh2!(sambil menepis lalat di hidung)

wah....susahnye....tapi Allah dah sediakan syurga seluas langit dan bumi!!

AQ 3:193

ada disebut, zunubana, dan sayyi'atina...dalam terjemahan ditulis dosa2 dan kesalahan2 kami.
ya, ada beza.
zunubana is referred to dosa2 besar kita.
while sayyi'atina is referred to dosa2 kecil kita.
dan setiap kali kita berdoa, kita doalah, semoga Allah ampunkan dosa2 kita, baik yang kecil mahupun yang besar.

Tahukah anda?? Berbakti kepada kedua ibu bapa boleh menghapuskan dosa besar?

Ada satu hadith, diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Ibnu Umar. Ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah dan mengatakan bahawa dia telah berbuat dosa besar. Kemudian Rasulullah bertanya, sama ada beliau mempunyai ibu atau tak? lelaki itu menjawab, tiada. Kemudian Rasulullah tanya lagi, ibu saudara? Lelaki itu mjawab, ada. kemudian Rasulullah meyuruh lelaki itu berbakti kepadanya(ibu saudara).

Selepas Rasulullah wafat, ada seorang perempuan datang ke Madinah untuk mengadukan masalahnya kepada Rasulullah, sedangkan waktu itu Rasulullah telah tiada. Perempuan itu telah melakukan dosa besar. Maka ijmak para sahabat bersetuju, berdasarkan hadith2 nabi sebelum ini, supaya berbakti kepada ibu, jika tiada, bapa.

wahhh!! tak tahu nk cakap cmne....betape tingginya darjat ibu bapa tu, sampaikan zikir2, hadir ke majlis ilmu pun tak dapat nak hapuskan dosa besar tu!!

Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji..


xde ape sgt aku mahu kupas di sini..semua orang faham kan, kita hidup kat dunia ni ..bukan sorang2. kita hidup dengan manusia lain. dan kita saling berhajat antara satu sama lain. aku perlukan pakcik kedai utk dapatkan bekalan beras, aku berhajat kepada roomate agar aku tak terfikir utk buat maksiat tersembunyi..(bahaya sape yg ade bilik sorg..awas!! syaitan di sebelah kamu sedang berbisik dgn bersungguh2!!)

ade hadith menyebut yang orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.
kite try kan, dalm seharian kita di gam3ah, semalaman kita di rumah, kite try same2 utk memperelokkan akhlak kita.
dalam percakapan, lebih baik diam dari bercakap perkara2 yg takde faedahnya.
elakkan bersama kelompok yg gemar 'bercerita', takut2 kita termakan daging kawan sendiri.
sertai kelompok2 orang2 yg soleh antara kita(insyaAllah ade je), susah sangat, duduk baca Quran, study senyap2, tanya khabar kawan sebelah.
xperlulah sampai bertanya khabar orang di penjuru kelas, sedangkan kite di penjuru lagi satu, sambil melaung suara sekuat tiger, takut2 menimbulkan ketidakselesaan kawan2 yang lain, xpasal2 je tambahkan dosa mengutuk dlm hati kt kawan yang tgh study tu.

aku wish sume akhawat tahun3, selamat menghadapi fatrah imtihan. sama2 kita doakan kejayaan bersama..ameen~
jom berusaha jadi org bertaqwa!


-sumber bahan: buku Himpunan Ilmu dan Hikmah, oleh Ibnu Rajab AlHanbali.-

3 comments:

[fathiyyah] said...

ya robb,
sgt menusuk kalbu ok

subhanallah

Sharifah Syahirah TSM said...

em,
kamu besungguh-sungguh!
menaip segala isi ke dlm labtob kamu.

semoga Allah balas usaha kamu.

ya Allah,
kurniakan kami ketakwaan.
kurniakan kami ketakutan kepadamu.
berikanlah kami mengenal mu.
jangan sekali-kali kau tinggalkan kami sendiri.

ameen.

nuruliman said...

bagus la mcm ni..
em dah keluarkan yg terbuku di hati saya..
kadang2 mcm fikir...
perlukah saya tutup perjalanan hidup saya? takut tak membantu org2 menambah iman...

moga Allah permudahkan.