sambest on top, adakah kita turut top?

5:11 AM أمانينا 13 Comments

[cats.jpg]

bukan mahu menunjuk2.
tidak sama sekali.

cume teringat kisah2 zaman2 silam, zaman2 menjadi calon PMR 04..
rata2 antara kami mahu keluar dari SAMBEST selepas form 3, gara2 tertekan katenye dengan peraturan asrama(padahal kalo nk compare dgn SBP lain lagi ketat)
punye lah merungut macam2.
dulu balik kampung sebulan dua kali.
peraturan baru kata, sebulan sekali.
anak2 yg manja mule merungut2.
"ala cikgu ni, bagi je la kitorang balik. duduk asrama pon bukan bole buat ape.
menyusahkan makcik DM je nk masak utk ktrg. kalo cikgu bagi ktrg balik, jimat bil elektrik, jimat air, air dah la selalu takde kt asrama, mcm mane nk basuh baju, bukannye gune duit cikgu pon, pot pet pot pet ..."


haiiii...budak2 memang budak2.
cakapnye membantah2, xfikir habis ape tujuan cikgu buat camtu. tahu buruk sangka bila kehendak diri tak dipenuhi, dan tak fikir kenapa org dewasa buat begitu.
mereka fikir orang dewasa hanya nak sekat mereka dari bersuka ria.
mereka fikir orang dewasa dengki dgn mereka.
budak2..
(kadang2 senario ini berterusan sampai ke U, kalau x dibimbing cara mereka berfikir maka mereka akn tetap berfikir sama seperti zaman mereka budak2)

itu cerita dulu..
lepas PMR, ramai pelajar yg top2 berhijrah ke SBP-SBP di luar sana.
cikgu sedih.
cikgu kata, kenapa kamu mahu pergi ke sekolah yang sedia bangun?
kenapa kamu tak jadi antara titik-titik yang membangunkan SAMBEST?
orang lain berebut2 nk masuk SAMBEST, kamu berebut2 nk keluar dari SAMBEST.
nah, cakap cikgu memang terbukti.

dari tahun ke tahun, SAMBEST yg baru berusia belasan tahun semakin menunjukkan taringnya.
SAMBEST lahir pada 1998.
sangat muda.
SAMBEST mengumpulkan pelajar2 cemerlang dari seluruh sekolah2 agama di Selangor, berdasarkan result UPSR dan PSRA utk kemasukan tigkatan 1, dan result PMR utk kemasukan ke tingkatan 4.

dan hari ini, SAMBEST antara yang teratas.
dan aku tidak menyesal sama sekali apabila mengabaikan tawaran sebuah sekolah perempuan berasrama penuh di jalan kolam air, KL.
aku sendiri tak tahu kalau lah aku pindah dari sambest, di mana aku sekarang ni.
mesir kah? (ak sgt syg mesir)
atau terkapai2 dalam arus dunia di tempat2 lain??
ak sendiri xjamin di mana aku.

mungkin sedang berpegangan tangan tgk wayang kt Mid Valley.
mungkin topup RM30 habis lebih cepat dari tempoh expirednye, gara2 mesej terlalu murah lalu mesej segala manusia termasuk hubby terchenta dan kawan2nya(kate org, nk tackle pakwe, kne ngam ngn kawan2 de jgk n vice verca..nauzubillah)
mungkin sedang keluar beramai2 dengan kawan2 lelaki, gara2 sekolah itu takde lelaki maka rasa terharu bile dapat bersama lelaki(bukan mahram).
mungkin tengah pilih2 tudung yg the latest version n fashion di Jalan TAR.
mungkin sedang dating2 di mcD di CM.(pasar seni)
mungkin sedang khusyuk study majalah Remaja utk dapatkan maklumat2 terkini ttg fesyen2 dan make-up2 yg kena dengan acara, sesuai dgn remaja.
mungkin sedang sibuk mahu tukar handphone plg canggih abad ini yakni iPhone, kumpul2 duit utk sesuatu yg digital.
mungkin tgh study URTV dan Mangga dan BiPop dan ape2 nth lg utk tahu perkembangan Adam Nur Kasih.
mungkin sedang terlompat2 di konsert artis pujaan dalam sesak lelaki dan perempuan.
mungkin juga aku pegi audition Malaysian Idol supaya dpt masuk TV.
AF, dan lain2.
mungkin dan bole jadi confirm, mak ayah aku akn sgt risau pasal aku,
mungkin aku bukan anak yg tahu hormat ibu bapa lagi,
gara2 mahu ikut kawan,
mereka ada pakwe aku pon mahu.
itu trend malaysia beb..
trend muda mudi zmn skrg~~~
mereka pergi konsert aku pon mahu..
mereka bebas keluar dgn siapa sahaja, aku pon mahu..
maka aku jadik anak yang pandai rebell demi kemahuan diri.
naik suara bila marah, hempas pintu bila bengang.
banyak sangat kemungkinan yang gerun dibayangkan.
sangat2.
tak terbayang betapa nerakanya Malaysia tu kalau salah pilih jalan.
kalau salah teman.
kalau salah cara berfikir.
kalau agama itu, hanya solat zakat puasa haji dan mengucap.

aku sangat2 bersyukur ayah aku menyuruh aku berfikir masak2 utk pindah keluar dari SAMBEST.
aku sangat2 bersyukur ayah tak paksa aku tapi berpesan agar jgn terburu2 buat keputusan.
try dulu utk sebulan dua ni, kalau still x ok, ayah akn pertimbangkan.
SAMBESTt x lah seteruk mana.
mungkin x secantik SBPI-SBPI baru yg tumbuh cm cendawan kt serata Malaysia,
tapi SAMBEST is seadanya.
SAMBEST is so special. ahli-ahlinya juga sungguh special.
bi'ahnya, walaupun xsehebat di Mesir, tapi masih, still, ade yg istimewa di SAMBEST.
no handphone, no internet, org yg xjage ikhtilat akan ade mata2 yang memandang, tanda mereka tidak senang apabila perkara2 yg xselari dgn islam dibuat. terutamanya para KP. terutamanya AJK Badar.
(org berjawatan memang dipandang, sampai lepas mereka keluar sekolah pon orang akn pandang apa yang mereka buat, itulah pemimpin. selamanya orang akn pandang mereka. kalau mereka pemimpin yg berjaya, sebelum dan selepas sekolah pun, dia masih dapat pimpin diri dia, jaga diri dia dari dunia luar, malah mungkin lebih baik jika dia faham dgn hati, org pertama yg kite nak pimpinkan, adalah diri kita sendiri, aint it~?)


kesimpulannya, tahniah SAMBEST dan tenaga2 yang menaikkannya, especially generasi2 selepas aku,
dan, marilah sama2 kita jaga diri kita walau di mana kita berada.
janganlah kita menjadi antara orang2 yang memburukkan nama baik sambest walau di mana kita berada.
SAMBEST telah banyak berjasa membentuk  kita semasa zaman remaja kita, cuma kita, adakah kita menghargai atau terus xpuas hati dgn Ustaz Eizzul A'la.
sekian. =D

You Might Also Like

13 comments:

meng said...

saya tak puas hati dgn ust. izzul aala..haha.. :P

siaraya 2006 said...

ahaha..
ala meng. ko mmg x puas ati je ngan dia. tapi aku syg abg ijul aku tu..
sampai skrg aku ingat lagi hukum tayammum. ehehe!!

bunda em, mmg x rugi stay sambest. sgt2 btol and tepat lagi jitu apa yg bunda em katakan. hihihi!! =p

Anonymous said...

apasal tetibe nama ust 'izzul timbul ni..ko rndu ustz ke em??

lps PMR, ak ade dgr ayat ni (lbih kurg):
"klu nk sng, g pindah skolah len. klu nk b'korban, stay"

ivelysis

matadore said...

pinjam link kak ;)

emhoho said...

anonymous: aku nk mgamit sejarah lame ko bersama ustaz kesayangan ramai..haha~

cama said...

ust ezul..time ksh sbb bwt kls akidah tok ktorg...terharu dowh :-p

hohoho~

terima kasih cikgu sam10 sbb pksa kitorg msuk SAMBEST..
hehehe~

tersenyum riang membayangkn peristiwa2 bersama ust eizzul a'la..
huhu~

medad said...

hebat la sambes,bes nyer korg ex sambes kn ?
special thanx to sume tng plajar sambest. plg ku syg cegu wahdi,tamparan backhand nyer jadi kn ku x cuak dgn tamparan arab mesir :p

abe_fatih said...

ahaha..
tb2 lak jd tmpt bukak cte lm kt sni lak.

besela tu..
bl dh abis skola, br rs skola tu bgs, br rs skola tu yg spatutnya kite tlg bangunkan.

besela tu..
bl dh lm tinggal skola, br trase nk buat baik kt ckgu, adik2, nk blaja rajen2.

kn2???

meng said...

hahaha..nice amedad,kelakar gile habaq hang kne tampo..at least aku takdela kne tampar public..haha

yehh..?tak rase pon camtuh..haha

ana_fariha said...

saya sayang sambest~
di sana bermulanya tarbiyah..
doakan kita semua teguh..
aamin!!

Akmal Nizam said...

kenapa aku xtau amedad penah kne tampa dooo0o..
wakkakaa..
atau aku da lupe..
nice post..
aku trigt balik membe2 aku..
lol