27 November 2009

ujian(edited di pagi raya)

ujian itu ada dua jenis.
diuji dengan kemudahan, dan diuji dgn kepayahan.
ujian dlm bentuk kepayahan,  biasanya ternampak dan terasa bahawa itu adalah ujian.
lalu kite memohon saban malam dalam tangis supaya dikuatkan diri dan dipermudahkan ujian.


sedang ujian dlm bentuk kemudahan, kita selalu terperangkap.
ujian kuasa, duit, kesenangan, dunia, pengaruh, jawatan dlm masyarakat.
kita rasa ia satu nikmat dari Tuhan.
YA, memang. tapi ia juga satu ujian.
hanya mereka yang menyedari bahawa hidup ini bukan mainan akn berjaga-jaga dgn nikmat yg Allah kurniakan.
realiti hidup memang akn sentiasa didatangi ujian, sebagai bukti kita beriman.




maka berhati-hatilah dengan ujian kesenangan, takut-takut kite terperangkap.




p/s: cuak dgn kata2 kakak qayah.

1 comment:

[fathiyyah] said...

em, aku pon br updet blog. hoho. jom tido jomm

jgn lupa esok mandi sunat raya :D