24 November 2009

kalaulah..

kalaulah islam itu angin,
akan aku tiup sampai ke Amerika,
akan aku beli kipas terbesar di dunia,
akan aku kerah kincir-kincir angin semuanya,
akan aku sebarkan angin islam ke merata dunia.
biar semua orang rasa damainya angin islam.
biar haruman islam menusuk peparu, meresap dalam alveoli, terus, mencuci darah2 hitam.

kalaulah islam itu cahaya,
akan aku minta siang itu berpanjangan,
akan aku beli segala cermin di alam,
agar cahaya itu terpantul ke tempat yg malam,
akan aku suluh segala spotlight ke langit,
akan aku haramkan lampu dipadam di waktu malam,
akan aku tangkap segala kelip2 di Kuala Selangor,
biar semua org nampak, terangnya limpahan cahaya islam.
biar semua hati yang gelap terang dengan suluhan nur islam.

kalaulah islam itu air,
akan aku buka empangan-empangan baru,
akan aku bina kawasan tadahan hujan,
akan aku bina kolam-kolam air di setiap rumah,
akan aku bina istana Sulaiman yg airnya mengalir di bawah kilatan lantainya,
akan aku hiaskan lautan-lautan dan tasik temasik,
akan aku cipta awanan hujan agar turun di gurun pasir,
biar bumi ini lembap dgn siraman islam.
biar jiwa yang kering menjadi basah.
biar yg tenang mengganti keluh kesah.
biar hati membasah dgn islam.

kalaulah..

tp islam bukan angin.
islam bukan cahaya.
islam bukan air.
bukan jua tanah.
bukan jua makanan mahupon to3meyyah.
islam itu bukan boleh dipegang zarah-zarahnya.
islam itu bukan lah suatu jisim mahupun jirim,
yang boleh di pegang dgn jasad mahupun meng'stimulate' nerve ending.

islam itu suatu penyerahan.
penghambaan jasad dan ruh semata-mata untuk menyembah Tuhan Yang Maha Satu.
Allah Yang Maha Kuasa.

bukan kepada manusia kerana kekuasaannya.
umpama Firaun yang mahu sekalian menyembahnya dan meninggalkan ajaran Musa a.s.
bukan kepada harta kerana takut kehilangannya.
umpama Qarun dan hartanya, lantas ditelan bumi Fayyum.
bukan kepada dunia dan seisinya.
harta, wanita, hiburan melalaikan.

islam itu suatu cara hidup.
bukan sekadar solat zakat puasa haji dan mengucap.
islam itu perlu ditunjukkan, bukan sekadar cakap berbaldi2 air liur tapi amal satu pun xnampak.
untuk ditunjuk, xcukup dengan sekadar 'qudwah hasanah'.
kalaulah itu alasan utk tidak bergerak, maka ketahuilah.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia yang paling layak di atas muka bumi ini menggunakan alasan itu.
kerana beliau adalah sebaik2 manusia, sebaik2 akhlaq, sebaik2 qudwah.
tapi Rasulullah s.a.w. tetap menyampaikan dgn kalamnya,
melangkah dgn kakinya,
dari khemah ke khemah,
dari rumah ke rumah,
dari Mekah hingga ke Taif.

dan kalaulah angkatan Islam itu tidak ada, maka keseimbangan bumi akan terganggu.

"..Semua peristiwa mesti tunduk kepada kitab Allah dan sunnah RasulNya meskipun manusia melihat dunia tidak sebegitu. Agama ini sebenarnya aturan yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia, sebagaimana Dia menetapkan hukum alam kepada matahari, bulan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan dan kepada segala apa yang ada di langit, bumi, dan apa jua yang ada padanya."


"Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia dengan agama ini. Apabila agama hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapa yang berfikir dengan lebih mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai reka bentuk dan binaan yang indah. Agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu agama ini perlu diwakili oleh sekelompok manusia dalam mana-mana waktu dunia ini."

Ustaz Hassan al-Hudhaibi, Majalah Dakwah bil. 51



adakah kita termasuk dalam kelompok manusia yang dimaksudkan atau tidak?

6 comments:

Fathy said...

terbaik em! bley masuk majalah.. hehe

suka suka

amaninast said...

ko ktne tu fatty? kausar ke?

aimi j said...

em!
terbaek!
*aimi menulis dgn nada sgt terharu*

maka, nikmat tuhan yang mana lagikah yang kamu dustakan?

Fathy said...

emhoho, aku kat umah laa

Unknown said...

terbaekk dari ladang!

-ya Allah, peliaralah hati2 kami, kuatkanlah ikatan antara kami, kurniakan syurgaMu buat kami~

thasilah said...

mantap!