20 February 2009

# islami # psycho diri

sambungan tumuhat~~

utk recall semule, tumuhat itu ialah keinginan2 besar yg positif dan tamak ialah keinginan2 besar bersifat negative.

keinginan2 besar ni memang sebahagian dr kehidupan manusia-mmg normal.
tapi, satu hal yg kite xboleh abaikan,semua keinginan2 besar tu, mestilah kite sandarkan kepada Allah.
istimewanya tumuhat seorang yg mu'min, Allah menganugerahkan kepada mereka, satu bonus, yg sgt mahal nilainya.
Apakan??
bonus itu ialah Dzaka' Imany..atau melayu nye, kecerdasan iman.
dzaka imany ini xboleh la bdiri sorg2 je,perlulah disokong dgn faktor2 lain seperti berikut:


1. Dzaka' Syu'ury(emosi)
kecerdasan emosi yg dimaksudkn kt sini, ialah kemampuan mengendalikan emosi sehingga tak mudah goyah ataupun patah terus, dalam mhadapi pelbagai tentangan..

Rasulullah SAW bersabda: orang yang cerdas adalah orang yg mampu mengendalikan diri dan berbuat utk hari esok (HR. Muslim)


memang emosi cepat terpengaruh dek persekitaran kite. bahkan, selalu je ikut serta menggelembung kegilaan mengikuti irama sekeliling, sampai kite xmampu mengendalikannya. Emosi yg tak terkawal dapat mengakibatkan tumpulnye akal, dan mule la panik, lalu lost, lalu xnampak jalan penyelasaian thadap masalah yg kite hadapi.

it happened to Nabi Musa A.S, time die pulang ke kg halamannye bile pulg dr gunung Sinai, tgk2 kaumnya yakni Bani Israel telah kembali pd perilaku yg mnyimpg dr ajaran yg telah dsampaikannya..maka Nabi Musa AS mjadi sgt emosi. ape terjadi seterusnye??
(surah Al-'Araf:150-153)

islam mengajar pemeluknya utk mencerdaskan emosi. bile emosi cerdas, empunye emosi akn dpt manfaat besar dr itu. empunya akn dpt melihat sesuatu persoalan itu dgn telus dan tembus, mcm tgk air yg jernih, nampak smpi ke dasar seperti sungai2 di Ireland (=D),dan dpt mengkonklusikankan solution yg perlu diambil.

utk mencapai tumuhat,kecerdasan emosional sgt diperlukan supaya fokus-fokus sasaran yg kite nak itu, kite hadapi dgn perasaan dan jiwa yg tenang.

para ulama' menyebut hal ini sebagai indera ke-enam, iaitu firasat org mukmin.

"Takutlah kamu dgn firasat org mukmin, kerana mereka melihat dgn cahaya Allah"
(HR An-Nasa'i)


tulang belakang seterusnya utk kecerdasan iman----Dzaka' Fikri

to be continued insyaAllah..

MySpace

No comments: