01 December 2008

# islami

antara memegang anjing & aweks/pacar kamu

semalam bile sye buka inbox...wow!byk rupenye email xbace lg..name je hr2 on9 tp inbox malas nk check..n salah satu email yg best friend sye kac,mmg menarik perhatian utk dishare bsame ngn sume..kisah tentang antare memegang anjing dengan memegang aweks~ mane lg teruk sebenarnye?? ofkos sume mesti lg rela pgg awek2 n balak2 dr pgg anjg,rite?? hakikatnye....o.o...hu3~
okai!enjoy it!(kne study 4 biochem! for the sake of 2.5 marks tomorrow!! T_T )

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh! kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah! .. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

wallahu a3lam~

2 comments:

princess said...

tahniah2..dah bjye mengupdate.. :D

al-fareast said...

hurm menarik artikel ni......utk rmai remaja kt msia tu....ap kata link kn blog ak kt blog ko.....hehe