22 December 2008

# daily

2nd task as new reporter~

gelaban siapkan tadi pas magrib..about 7pm,bjaye disubmit!!yeah!!xtw la nnt masuk tibbian jdk ape..hu6~(rupenye kne wt berite je..penat2 je tnye org detail2 majlis~~adey~)ni lah hasilnye!!


sekadar gmbr hiasan~potong smpi siap!!

KAHERAH,8 Dis 08 - Kemeriahan Sambutan Raya Korban PERUBATAN 1429H kali ini terasa bahangnya apabila majlis pada tahun ini berjalan dengan penuh gemilang dan lancar. Sambutan tahun ini diadakan di Hayyu Asyir, Nasr City dihadiri oleh hampir seluruh pelajar PERUBATAN Kaherah. Solat sunat Aidiladha bermula kira-kira jam 7.30 pagi, diikuti dengan ucapan ringkas tetapi bermakna dari Duta Malaysia di Mesir, Datuk Zainal Abidin. Acara penyembelihan 4 ekor unta dan 14 ekor kambing, diikuti dengan sesi melapah daging-daging korban bermula sekitar jam 9.00 pagi. Pelajar-pelajar ikhwah PERUBATAN, baik junior mahupun senior, masing-masing bersemangat melakukan kerja-kerja melapah. Para akhawat PERUBATAN pula meneruskan perjuangan ikhwah dengan memotong daging untuk dibahagikan kepada kesemua ahli PERUBATAN. Hasil kerjasama yang jitu dan perpaduan yang mantap, acara pada hari raya pertama berjaya disudahkan sekitar jam 4.30 petang.

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, sememangnya menjadi tempat pilihan para AJK Pelaksana setiap tahun untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Eidul Adha PERUBATAN. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang menyajikan tetamu yang hadir dengan lauk-lauk masakan Malaysia. Kesemua pelajar PERUBATAN yang hadir masing-masing tersenyum girang dengan ‘baju raya’ sambil beramah mesra dengan pelajar lain dan menikmati makanan yang disajikan. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada warga AJK Pelaksana yang bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis sepanjang dua hari ini berjalan dengan lancar.

2 comments:

wani mangat said...

hoho..manjang gmba ak je weh..bayo2!!siap ko em..

amaninast said...

gmbr ak nk letak ade gmbor2 ko je..ak mane la amik gmbr diri sendiri sgt..tu ak letak gmbr korg tuh..ttbe byk lak gmbor ko..free of charge la bebeh..=D