13 October 2019

Refresh

October 13, 2019 0 Comments
Berhabuk sudah bak kata orang, blog yang satu ni. In fact, amma has few secret blog just to jot down my diary as a wife, as a mother, and my love to dakwah 😂. Tak terkejar rasanya dengan dunia yang serba laju ni, nak banding dengan zaman blogger dulu. Tak terbaca semua update teman, keluarga yang berkembang, sanak saudara, dan jari jemari si kecik Nuha yang laju menekan keyboard while I'm typinggg. 😑



Sekilas pandang, melihat kelibat beberapa akhawat yg jarang-jarang terlihat, yang struggle dengan kerjaya, moga Allah mudahkan urusan dia.

Media sosial hari ini sangat menguji iman dan kesabaran, tangan lancang menulis tanpa memikir panjang impak negatif penulisan pendek hasil dari inovasi status update Facebook, WhatsApp, Twitter yang dengan mudah mengepos apa yg ada dalam minda, yang baru sahaja ada dalam minda sesaat yang lalu. Idea2 yang belum ditapis, diedit, direfleksi, adakah perlu ditulis atau tidak. Dan amma turut jadi mangsa ketidakwarasan dalam menulis. Kerana semua orang mampu menulis pada masa kini, dan dibaca oleh ramai orang, kerana medium2 social media yang sangat memudahkan semua orang untuk meluahkan perasaan dan buah fikiran, tanpa perlu editor surat khabar dan majalah. Sensitiviti dan kewarasan manusia sangat mudah hilang, in a blink.

And I'll huff, and I'll puff

Menarik nafas panjang. Istighfar.
Dan kembali ke dunia blogger. Di mana kewarasan kembali menguasai. 

Kau edit, kau baca, kau simpan as draft. 

Esok kau baca lagi, kau edit lagi, edit emosi semalam, edit penulisan semalam, edit segala yang tidak waras. Berapa banyak topik pun kau mahu luah, kau tulis lah. 

Kemudian, simpan.

Muhasabah semula, perlu ke tulis ni?

and I'll blow blow blow.
Melepaskan nafas lelah.

Teringat masa di Mesir, masa kami diinterview ringkas oleh pegawai WAMY (rasanya untuk sumbangan baucer), Akhi tersebut bertanya dalam bahasa Arab, "Kamu ada blog?" " Blog peribadi ataupun untuk dakwah?" Dan kami menjawab, kedua2nya.

Mari, refresh semula keberadaan kita di muka bumi ini. Keberadaan kita di media sosial ini. Mengapa kita buka akaun itu dan ini, dan di mana Allah dalam setiap keputusan kita.

Bak kata kak Teha, 

#resustillrevert
Bismillah.


23 November 2017

INCRAE

November 23, 2017 7 Comments
http://www.penmerahpress.com/2017/07/bahaya-ubat-untuk-gemuk-harsenkuning.html

I suddenly fall my attention to this pills call INCRAE, a weight gain pills, so I went to google but couldn't found anything. I looked for the laboratories name and found out that Harsen laboratories were in Indonesia. I looked for the printed name on both pills, Karben orange pills, and Harsen yellow pills, and found out the original packaging was Dexamethasone Karben and Cyproheptidine Harsen,  which are steroids and antihistamine, respectively. Sellers cheating the customers by saying it was made of multivitamin.

These pills are actually banned in Malaysia, people repack them into INCRAE bottle and rebrand them as a weight gainer. Both of them shared the side effects of increased appetite, but others side effect are more dangerous if taken without doctor's prescription, apatah lagi untuk wight gain purpose. They sell them on Lazada for RM45 and everyone was like giving good reviews and their blurring vision (which is one of the side effects). This seller started to sell this pill since one year ago. I don't know how many people already fall into such side effects,  but I hope this post can reach out as much as crowds to let them know before consuming such pills. It's better to take some protein shake or milk rather than such pills. Please read the above website for more explanation from the pharmacist.

Regards,
Dr Amanina

06 October 2017

years after

October 06, 2017 0 Comments
the time approaches 2018 and here I am
a mother of two with the blessed husband
a postgraduate student with few more years to go
looking forward to self-contentment and satisfaction
improvements and betterments
marriage has counted to the 4th anniversary
and our careers are just beginning
striving hard to serve the religion
within the limited time and money
keep positive and trying
we are unique in our own ways
love yourself and what u are doing
believe in Allah in everything
may Allah ease everything

03 May 2016

Minta maaf teman :')

May 03, 2016 0 Comments
Yang membuat kita lelah
Bukanlah Tuhan yang banyak kerenah
Tapi manusia yang serba tak betah
Dengan diri yang serba lemah

Tuhan itu Maha Mulia
Kami ini serba hina
Jangan dihentam kelupaan kita
Kami manusia bukan komputer

Masa lapang masa ujian
Terlebihnya kita memerhati kekurangan
Masa sibuk masa kesempatan
Menghargai setiap satu keupayaan

Iman kami masih melemah
Daya kami turun berlangkah
Mampukan kami dengan mengadah
Doa kalian dan juga madah
Agar kami segar dan basah
Kalian lah paling hampir sebelah.

Kami sedih dengan kekurangan
Kami kecewa dengan ketidakcekapan
Maafkan kami wahai pedoman
Doakan kami seperti kalian.

Salam sayang, salam iman.



30 June 2015

Pelajari niat

June 30, 2015 1 Comments
Apa yang kita harapkan dari melahirkan anak, wahai saudariku?
Apakah hanya sekadar engkau jadikan sebagai teman bersenda-gurau? Dengan niat ini, kita tidak mendapat pahala.
Tetapi kita mendapat pahala dengan meniatkan, "Aku ingin melahirkan anak-anak yang mentauhidkan Allah. aku akan gembira dengan anakku yang sujud di hadapan-Mu, wahai Tuhanku. Ia menjadi seperti Shalahuddin atau Khalid bin Walid. Aku berharap anakku menjadi hamba-hambaMu, wahai Tuhanku."

Jika kita meniatkan dengan ini, maka semua jerit tangis anak yang nyaris menghalangi kita dari tidur nyenyak di malam hari, serta semua letih payah yang kita rasakan dalam mengasuh anak kita, berubah menjadi pahala bagi kita.
Mengapa? Karena, kita berniat mendidik anak untuk menjadi hamba Allah.

21 June 2015

Ramadhan day 2 & 3

June 21, 2015 0 Comments
Yesterday was so full of event that i forgot to write about 2nd ramadhan.

Hari kedua Ramadhan, hari jumaat. Nothing much, cuma yang aku ingat, bila bertolak ke masjid the day before (khamis malam jumaat), aku tanya Kuya, dh tilawah sampai mana. Sebab dia kata dia x ingat muka surat berapa. Aku plak, hari kedua, juz dua la kan, xpyh igt page. Rupanya Kuya dh tilawah almost habis juz 2 masa 1st day. Terawih mlm tu rasa penat sgt, panas pulak tu. Xbermasib baik, dpt port yg tak kene kipas mahupun aircond. Bila rakaat ke lima, aku beralih tempat ke belakang sbb takut pitam sbb xcukup oksigen. Solat kt belakang.

Malam tu, masuk hari ketiga Ramadhan. Sheikh Nuruddin yang bagi ceramah kt Masjid yang sama.  Antara point yang disebut, kalau ibadah lain misalannya Haji, perlukan wang, kudrat tenaga, masa kelapangan, kenderaan, dan hidayah utk gerakkan hati ke sana. Sedangkan Ramadhan, dia yg datang kepada kita. Mahma kita miskin atau kaya, sakit atau sihat,msibuk bekerja atau tidak, ada kenderaan mahupun tidak, masih berdosa mahupun sudah bertaubat..Ramadhan tetap datang menyapa kita.
Point lain, jangan solat terawih saja yang penuh safnya, tapi bila solat fardhu entah ke mana jemaahnya. Sedangkan yang terutama ialah solat fardhu. Kalau solat fardhu tidak cantik, sia2 solat2 sunat yang lain.
Malam tu dapat port be-raircond, jd selesa je dengar tazkirah dan solat.
Malam tu jugak, mama ayah balik kampung, sebab nak menebas kebun arwah atok esoknya sbb mama uzur dr puasa.

Jadi, sahur esok paginya, aku dan kuya masak roti telur mata untuk bersahur 4 orang. Ntah berapa kali mama telefon dari kampung nak make sure ktrg bangun dan bersahur. Ada rasa macam budak kecik pun ada adey. Risau betul mama.

Siang tu, kuya ada kelas mengajar tuisyen kt Kg melayu bt 16. Iqi pulak tuisyen 11:30 till 1 pm. Lepas amik iqi dari tuisyen, ktrg g Mydin beli barang untuk pek Ramadhan ikram HS. Petang tu ada iftor jamaie ikram hulu selangor kat pejabat ikram Hs. So alang2 ke sana, bawak sekali lah barang2.

Aku tak sempat habis tilawah day 3. Huu sedey. Planner ramadhan pun cm kosong sbb lupa belek pagi tu.

Esok, kita cerita apa berlaku masa iftor ikram eh.

19 June 2015

Ramadhan Day 1

June 19, 2015 0 Comments
I decided to start writing. Just write. :) 

1 Ramadhan bermula dengan masuknya waktu Maghrib 17 Jun 2015. Tak perlu kelam kabut untuk iftar, sebab tak puasa pun. Just makan apa nak makan untuk dinner dengan lebih awal, then prepare untuk solat maghrib. Around 8pm, aku, Kuya dan Yana bertolak ke Masjid Nurul Iman, Rawang. Kuya yang beria nak ke sana, kerana biah masjid tu yang best. Rapatkan saf, dan xde makcik menyembang2.

Sampai2 je sana, cari port. Then aku tengok Kuya dah standby solat tahiyyatul masjid. Aku follow. Then Kuya cari Quran untuk tilawah, aku follow. Dalam hati aku, bagus jugak ada adik akhawat ni(ikut usrah), dia reminder kita indirectly apa yg kita patut buat. Bukan mustawa mana kita berada yg menentukan itqan kita beramal soleh, tapi atas diri kita sendiri sebenarnya yg menentukan. 

Sempat aku habiskan half juz, jurus ikan Paus, sebelum azan Isyak berkumandang. Then pihak masjid bagi taklimat ringkas semua program sepanjang Ramadhan, zakat fitrah dan harga semasa (RM 7.00). Imam Tarawih tahun ni para huffaz alQuran. Style dorg, baca surah bukan lazim, tapi baca 4-5 ayat sahaja. Takde la jamaah asyik dengar surah juz 30 je huhu.. Malam tu, imam baca sebahagian surah Anfal. So antara ayat2 sentap ialah, orang yang beriman tu, bila dibacakan ayat2 Allah, bergetar hati mereka. Huuuuuu... Muhasabah sendiri.

Lepas witir, terus pulang. Xjoin tazkirah n moreh pun.

Sahur esoknya, bangun awal. 4am dh bangun sbb nk makan ubat. Then sempat mandi, qiam, then tolg mama prepare sahur. Lepas subuh, take time review planner, tertido jap, then sambung. Lepas zohor jurus Paus lagi sampai habis juz 1. Lepas asar dh start memasak2. Kepenatan memasak. Goreng sukun je ngn bubur nasi tapi sbb take time, jd penat pulak.

2nd Ramadhan, sambung esok :D


18 April 2015

Sisi gelap

April 18, 2015 0 Comments
Sisi gelap kita yang tersimpan
Jauh dari pengetahuan manusia
Malu aku dengan Tuhan
Masih bermaksiat dalam sedar
Hati berulang mengingat akhirat
Namun nafsu tetap di muka
Noda dalam ilmu
Bukan kejahilan
Apa lagi alasan yang ada
Aku sangat perlukan Tuhan
Untuk ampunkan segala kesengajaan
Jasad kedua menendang ringan
Mengingatkan aku hak tuntutan
Tarbiyah ibu sejak kandungan
Bukan hitam yang patut dicalitkan

Maafkan aku Tuhan
Maafkan aku anak.

19 February 2015

CNY

February 19, 2015 0 Comments
malam raya cina, tv penuh dgn konsert2 cina dan pertunjukan, xde citer/drama/kungfu. sudahnye tgk astro ceria versi cina. ofkos xpaham.

22 September 2014

Listen

September 22, 2014 0 Comments
Apa guna sang kumbang tiada telinga
Sedang bunga suka bercerita.

Terkadang pada pandangan kita
Itu remeh
Sedang pada pandangan dia
Itu serius.

Bersangka baik lah selalu
Agar lidah tiada seteru

Si buta pun lebih mahir mendengar
Dari si celik yang kurang deria

Tidak membaca
Tiada berilmu
Pincang rencana
Sakit beribu

Dengarlah kumbang dengarlah cerita
Cerita bisu sekuntum bunga.

-tadabur alam-

22 May 2014

terbang

May 22, 2014 1 Comments
Langit asar
masih agak terik
namun tidak bahang

aku menjengah bumbung rumahku
melihat langit petang
dan tangan pun bekerja

mata terkilas pada sang burung
sekawan burung hitam yang bebas
terbang menghias kepulan awan
dan langit biru

indahnya menjadi burung
bisa terbang bebas
berlingkar bernyanyi menikmati udara lembut
tidak perlu mengangkat kain di jemuran

ah

barangkali burung pula berfikir
indahnya menjadi manusia
mempunyai pelbagai pakaian dan bergaya
tidaklah bosan dengan bulu yang sama

ah

karut

burung tahu tujuan kejadiannya
nyanyiannya adalah tasbih merdu
memuji Tuhan
ia tiada akal seperti aku
mana mungkin burung berfikir tentang fesyen

Subhanallah, 
berbutir keluar dari mulut hina ini

tangan sudah selesai bekerja
dan aku turun 
ke syurga dunia ku

duhai hati
bebaskanlah cengkaman si gelap
terbanglah tinggi bersama cita-cita
usah murung
usah duka
aku merindui hatimu yang dahulu
sembuhlah
wahai hati



13 May 2014

Isu

May 13, 2014 0 Comments

To think about it again, kenapa org dulu, sebelum merdeka Tanah Melayu, melaung2kan Melayu. 
Simply, the only Muslims there in Tanah Melayu was Melayu. 
But not now. 

We have Muslims from Chinese, Indians, and bangsa2 minor yang lain. To shout Islam with Melayu, this is not Islam.

Doing some reading on fb, fb jumping stalking, found many interesting answers to such issues. Well answered, and well debated back.

End up, u know this wont stop. Tak kan ada hujah yang mematikan hujah yang lain, manusia sememangnya suka berdebat dan menyalahkan.

When some say they shouldnt generalised on all chinese, then others replied it's not all chinese but only DAP.
Then why at the first place u just dont say you meant DAP and keep quoting chinese chinese =.=

Perdebatan takkan berakhir walaupun jemaah keluar statement paling agung sekalipun. Jemaah dh buat stand umum,bole baca kt website.

Plus we can read bloggers from ikhwah akhawat, menerangkan isu2 ni dengan sejahtera sekali. Only if u r lucky and rajin enough to find and search them.

Melayu adalah bukan org Islam before kedatangan pedagang Arab ke Melaka. Should we quoted it up till now?

See..this wont end. 

Thats why jemaah just say it once, because we have a lot of things to do. Memperkukuhkan Islam dalam diri umat Islam dan menyampaikan Islam kepada non-Muslim. 
Kita takkan jadi UA kerana sibuk memperjuangkan nasionalisme kita.

Berapa banyak bangsa yang musnah kerana memperjuangkan kebangsaan mereka.
Bila Arab memperjuangkan bangsa Arab, kerana tidak mahu tunduk dengan khilafah Uthmaniyah. Bangsa Turki.

Nice reading kt blog pakcik Jalan Juang.

They said the truth, but should you take it as ur principe to defend on and fight for? Nope. Itu bukan perjuangan kita.

Gtg.